Followers

Saturday, December 11, 2010

ZAMBRY MEMANG LUARBIASA

" PERLU PERHATIKAN KEBERKESANAN PEGAWAI MENJALANKAN TUGAS "


TAPI BUKAN SATU SATUNYA FAKTOR KEMENANGAN

Saya membaca wawancara Mingguan Malaysia dengan Dr Zambry, Menteri Besar Perak. Rakyat Perak mengakui kehebatan Dr Zambry.Beliau mampu berada di puncak gunung, dan berupaya pula berada di tanah lembah.

Rakyat terpesona dengan bijaknya. Rakyat tergoda dengan kerendahan hatinya. Pembangkang sendiri terpesona dengan akal budinya.

Zambry dianugerahi pakej lengkap sebagai pemimpin. Dikasihi rakan digeruni lawan.

Malangnya politik demokrasi menuntut undi rakyat terbanyak. Tidak semua rakyat sempat ' merasakan aura ' Dr Zambry. Oleh yang demikian Zambry perlu menguasai kerajaan.

Mari kita belajar daripada pengalaman tahun 2008. Bagaimana kita melihat kakitangan kerajaan telah menunjukkan protes dengan mengalihkan sokongan kepada pakatan pembangkang yang menawarkan 'PERKHIDMATAN MENDENGAR '.

Pak Lah gagal memimpin jentera kerajaan untuk sekurang kurangnya menjadi pendengar yang baik. Pak Lah barangkali dikhianati pegawai pegawai kerajaan yang berselimut bersamanya tetapi dalam masa yang sama menikam dari belakang.

Saya melihat fenomena yang sama sedang melanda kerajaan semasa. Mari kita melihat sedikit contoh untuk renungan.

Rombakan besar besaran sedang berlaku di Jabatan Pelajaran Perak. Pegawai pegawai yang menjadi penyokong setia UMNO termasuk JK Bahagian ditukarkan samada ke sekolah atau ke unit berlainan.

Dikatakan pegawai yang cenderung kepada pembangkang kekal tidak berubah. Perubahan ini akan melarat ke Pej Pelajaran Daerah dan ke sekolah.

Guru Besar yang aktif menyokong kerajaan akan dihantar ke sekolah orang asli manakala yang diketahui umum penyokong pembangkang akan bertugas di sekolah ternama.

Saya dapat bayangkan bahawa akan ada suara menyebut " Ah..ini semua persepsi, sangkaan nakal".

Jangan lupa, PERSEPSILAH YANG MENYEBABKAN KITA KEHILANGAN LIMA NEGERI.

Malangnya EXCO PELAJARAN DIKATAKAN AMAT KURANG MESRA GURU. Percayalah kepada saya, UMNO akan lumpuh jika semua aktivis UMNO ( golongan guru) menarik diri . Sejarah membuktikan ' cikgu UMNO ' tidak pernah menuntut sebarang ganjaran. Tidak pernah.

Lihat pula di Majlis Perbandaran. Selidiklah, buat sedikit kajian. Kebanyakan pegawai adalah penyokong pembangkang. Maka kita mendegar rungutan, penguakuasa akan menyaman dan menyaman setiap kenderaan yang tidak beresit atau tersilap parking.

Bayangkan orang ke pasar yang tiada parking mencukupi. Selepas 5 minit, melihat ada resit saman di kenderaannya. Bukan salah penguatkuasa tetapi kerajaan yang zalim.

Bahkan ada suara mengatakan, saman ini akan digunakan oleh UMNO/BN untuk membiayai pilihanraya.

Kita belum lagi becakap tentang harga barangan keperluan. Ikan dan sayur. Semuanya sangat rapat dengan rakyat. Semuanya menjadi ' bahan bukti' pembangkang untuk menggambarkan betapa perlunya menukar kerajaan.

Sekarang ini ada semacam kepercayaan di kalangan guru di Perak, ' JANGAN SOKONG UMNO, SEBAB JABATAN DAN PPD DIKUASAI PEMBANGKANG. KALAU TIDAK 32 LAH SAMPAI KE MATI'

Sekali lagi saya amat percaya, kita akan memerhati dan menilai, mengkaji dan menyelidik, mendengar dan memahami, atau kita akan berasa seperti berbuat baik tetapi bukan kebaikan yang kita perolehi.