Followers

Monday, April 19, 2010

PAS berkubur di Hulu Selangor

Dari awal lagi Pakatan Pembangkang sebenarnya bukanlah sebuah pakatan. Ia adalah sebuah kongsi gelap yang dikepalai oleh DAP. PKR dan PAS tidak lebih daripada kuda tunggangan yang sentiasa dipaksa berlari menuju matlamat DAP iaitu kehancuran Melayu Islam.

Pemilihan Zaid Ibrahim adalah atas arahan DAP dan Anwar tiada pilihan selain mengikut telunjuk DAP bagi mempastikan Karpal Singh terus mengetuai pasukan pembelanya di mahkamah.

PAS pula tidak diajak berbincang sama sekali. Bijak juga DAP. Mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang kenyataan menghina PAS sebaliknya memilih Zaid yang merupakan satu satunya pemimpin Melayu yang berani menyaman PAS. Zaid adalah satu satunya pemimpin Melayu Kelantan yang berani dan konsisten memperlekeh dan menghina Nik Aziz.

Semua ini kembali diungkit dan disebut orang. Dalam masa yang sama PAS telah memaksa penyokong dan pemimpin peringkat negeri menyokong dan bekerja keras untuk memenangkan Zaid. Orang yang selama ini dianggap musuh kini menjadi sahabat.

Di Hulu Selangor, DAP telah berjaya memaksa PAS menjilat ludah mereka sendiri.Sekali lagi, Melayu dan Islam PAS terpaksa membiarkan maruah dan harga diri mereka diperniagakan.

Dr Halili tinggalkan PKR ?

Orang yang tak kenal Dr Halili mungkin terkejut dengan berita ini. Tetapi bagi yang kenal Dr Halili sebenarnya mengetahui bahawa selama ini pun hanya batang tubuh Dr Halili sahaja yang berada dalam PKR. Jiwa dan semangatnya tetap kekal bersama UMNO.

Dr Halili seorang pejuang. Kerana perjuanganlah Dr Halili mencapai tahap sekarang. Pakar yang amat disegani dalam bidangnya. Hubungan peribadi dengan Anwar Ibrahim memerangkap beliau. Dr Halili orang yang terdidik dengan budi bahasa dan adap sopan. Beliau tidak tergamak meninggalkan Anwar kerana percaya Anwar teraniaya.

Namun petunjuk dan hidayah Allah tetap datang kepada hamba yang soleh. Akhirnya Dr Halili mendapat kekuatan untuk meninggalkan gelanggang kepalsuan yang selama ini dikuasai Anwar.

Dr Halili mementingkan akhlak. Beliau yang saya kenali tidak akan berkompromi dengan persoalan akhlak ini. Apabila Anwar Ibrahim bertegas meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon, maka inilah masanya beliau berundur.

Syabas Dr, akhirnya Dr menjadi diri Dr yang asal. Melihat agama, bangsa dan negara mengatasi segala galanya.

Hulu Selangor , mencabut akar komunisme

23 Februari 1950, 19 orang anggota polis telah dibunuh bersama 5 orang anggota keluarga mereka dalam Tragedi Bukit Kepong.Sejak daripada itu sehinggalah sekarang luka hati rakyat yang sentiasa cintakan keamanan tetap berparut.

Semenjak akhir tahun 70an, komunis bukan lagi menjadi ancaman dalam negara kita. Rakyat hidup aman dan hampir melupakan sama sekali tentang kezaliman, kekejaman pengganas komunis . Barangkali anak cucu kepada mangsa keganasan komunis sahaja yang sesekali terasa hiba mengenangkan kekejaman tersebut.

Bagaimanapun sejak Gerakan Reformasi dimulakan pada tahun 1998, saya dapat melihat dengan ketara kecenderungan ' fahaman komunis 'ini diterapkan secara perlahan lahan oleh Pakatan Pembangkang yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.
Allahyarham Tan Seri Ghazali Shafie sewaktu menggulung perbahasan di Parlimen pada 7 April 1976 mengingatkan bahawa komunis tidak akan mungkin menamatkan perjuangan mereka. Beberapa kaedah akan terus mereka gunakan bagi menjayakan matlamat perjuangan mereka.Menurut beliau, antara strategi komunis ialah :-

1. Menghakis tekad dan matlamat negara mencipta kejayaan
2. Mengeksplotasi retak retak yang wujud antara pemimpin
3. Mengeksploitasi perasaan tak puas hati dari segi ekonomi, sosial dan politik

Ketiga tiga kaedah yang pernah disebutkan oleh Tan seri Ghazali Shafie merupakan perkara perkara yang menjadi tumpuan Pakatan Pembangkang. Ini diikuti dengan usaha mereka menyerang pihak polis dan menyemai kebencian rakyat terhadap penguatkuasa undang undang.

Kerisauan saya semakin kuat apabila kerajaan 11 bulan, pimpinan DAP di Perak secara tergesa gesa menganugerahkan geran tanah 999 tahun kepada anak cucu komunis di Perak. Terbaru ialah cabaran dan fitnah Ngeh Koo Ham terhadap polis .

Salah satu petanda bahaya komunisme ini ialah apabila sebahagian penggeraknya akan mendalami Islam bagi tujuan memikat hati umat Islam. Berjayapun mereka apabila tok tok guru dalam PAS ada yang terpukau dengan mereka bahkan ada yang sanggup mencipta fatwa bagi menyokong golongan ini.

Berasaskan kepada teori ini, saya ingin mengingatkan pengudi Hulu Selangor bahawa undi mereka bukan undi biasa. Undi mereka adalah penentu samada 'Fahaman Komunis 'akan terus menyerap masuk ke dalam kehidupan kita atau kita akan mengundi untuk mencabut sama sekali akar yang mula bertunas ini.

Percayalah, undi kita akan mempastikan ' luka Bukit Kepong ' tidak akan berulang.

Azmin Derhaka

Tiba tiba Azmin mencabar blogger atau sesiapa sahaja untuk membuktikan Zaid Ibrahim kaki botol. Katanya adalah tidak wajar menuduh seseorang tanpa bukti.
Ironinya tidak pula Azmin mencabar sesiapa membuktikan Anwar Ibrahim kaki liwat.
( Barangkali takut juga Azmin sebab entah entah dia juga adalah sebahagian daripada bahan bukti, 'entah entah ' ).

Azmin tahu Zaid kaki botol. Anwar Ibrahim pun tahu. Mereka melihat Zaid dari sudut berbeza. Azmin melihat inilah masanya nak menghancurkan Zaid. Zaid seorang yang bahaya kepada Azmin. Tanpa Zaid, Azmin pasti akan menjadi Presiden PKR seterusnya Perdana Menteri.( Azmin dan Zaid sama sama menjangkakan Anwar akan merengkok sekali lagi di penjara ).

Azmin tahu kalau Zaid menang kali ini, Zaid akan menjadi orang harapan Anwar Ibrahim. Kenyataan yang semua mereka tahu ialah Zaid jenis orang yang tiada perkiraan dosa pahala. Ada sumber mengatakan bahawa Zaid tak percaya Tuhan pun. Zaid percaya dia tak perlukan Tuhan. Dia boleh dapat apa dia inginkan. Orang macam ini sangat diperlukan oleh Anwar. Maklumlah lepas ini ada macam macam penipuan terpaksa dibuat untuk menyambung nyawanya.

Ini satu satunya peluang Azmin. Dalam kata lain Azmin tak mahu bermadu dengan Zaid. Kalau ( Sebenarnya pasti )Zaid kalah kali ini maka Azmin tiada lagi saingan. Azmin percaya dan yakin sangat dialah yang akan mewarisi PKR dan segala kuman kotornya.

Pertama kali dalam sejarah hidupnya, Azmin derhaka kepada bos yang amat dikasihinya.