Followers

Monday, December 20, 2010

UMNO JAYAKAN KONVENSYEN PAKATAN 2

" SESEORANG MESTI DILANTIK UNTUK FOKUS KEPADA
JENTERA PILIHANRAYA "


GHAIRAH YANG MELEKAKAN

Saya pada awalnya seperti kebanyakan sahabat lain percaya Konvensyen Pakatan 2 telah gagal mencapai matlamatnya. Kepercayaan ini bersandar kepada fakta bahawa komponen Pakatan mempunyai dasar yang amat jauh berbeza di samping sejarah masalalu yang menggambarkan keretakan mereka.

Anggapan saya agak berubah hari ini apabila melihat reaksi pimpinan dan ahli UMNO, pimpinan NGO dan yang lainnya. Saya mendapati ada kecenderungan di pihak UMNO/BN untuk beranggapan bahawa rakyat akan terpengaruh dengan apa yang disiarkan oleh media arus perdana.

Saya pula mempunyai pandangan berbeza.

1. Ahli dan penyokong pembangkang akan mengabaikan apa jua yang dilaporkan oleh media arus perdana dan menganggap apa jua yang terpapar adalah palsu.

2. Ahli dan penyokong kerajaan pula akan menerima paparan media arus perdana secara bulat dan mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap bahaya Pakatan

Kerisauan saya ialah :-

1. Jentera UMNO akan berhenti bekerja atau tidak akan mulakan kerja kerana yakin pengundi membuat keputusan berdasarkan media semata mata.

2. Pimpinan UMNO/BN merasakan telah cukup maklumat yang didedahkan oleh media dan mengambil keputusan untuk tidak merangka program komprehensif bagi menawan pengundi.

3. Pimpinan dan jentera Pakatan pula secara senyap mendaftarkan pengundi baru dan terus memindahkan pengundi lama dengan tujuan memenangi lebih banyak kerusi.

4. Muslimat PAS terus terusan menjalankan ziarah dari rumah ke rumah bagi menawan hati pengundi dan menjalin hubungan baik dengan mereka.

Cadangan :

Sebarang berita yang didedahkan oleh media adalah aksesori dan kemungkinan memberi sedikit kelebihan kepada UMNO/BN. Tetapi saya jangkakan keputusan PRU 13 banyak bergantung kepada

1. Pengundi yang mengundi kali pertama dan memilih parti yang mendaftarkan mereka jika parti ini berjaya menjalin hubungan berterusan sehinggalah PRU 13.

2. Pengundi yang paling kerap didatangi oleh jentera parti yang bertanding dan dilibatkan dalam program program kepartian.

Kesimpulannya ialah sekali lagi kita perlu menerima kenyataan bahawa jentera pilihanraya mesti bermula sekarang dan jangan berhenti sehingga PRU 13.

Jika kita tidak sanggup bersusah payah sekali ini saya jangka kita akan berdepan keputusan yang mungkin mengecewakan kita.