Followers

Saturday, November 13, 2010

KUCING TIADA, TIKUS BERMAHARAJALELA..

" BEGITU YAKIN HAJI HADI BERUCAP KERANA NIK AZIZ TAK ADA "


PIMPINAN PAS ' BERAYA SAKAN ' SEPANJANG
KETIADAAN NIK AZIZ.

Sewaktu DS Mohd Najib dimasukkan ke hospital, TS Muhyiddin Yassin bersama pimpinan UMNO/BN bertungkus lumus berusaha memenangi PRK Galas dan Batu Sapi.

TS Muhyiddin dan rakan rakan bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Bersungguh sungguh sambil dari semasa ke semasa menerima arahan dan memberi laporan kepada DS Najib.

Inilah petanda keikhlasan UMNO/BN.

Bandingkan pula dengan Pimpinan PAS Pusat. Sewaktu Nik Aziz tiada mereka ' berpesta ' melalui Seminar PAS ganti UMNO. Semua jurucakap bercakap SOAL MELAYU. Sesuatu yang AMAT DIBENCI oleh Nik Aziz.

Haji Hadi sendiri bercakap tentang MELAYU ISLAM. Idris Ahmad bercakap tentang MELAYU MEREMPAT KERANA UMNO.

Dua MAKNA TERSIRAT DARIPADA SEMINAR INI.

1. Pimpinan PAS selama ini TIDAK PERNAH BERSETUJU DENGAN NIK AZIZ BILAMANA ' MENGHURAI TAFSIRAN MELAYU SECARA PRAKTISNYA. MALANGNYA MEREKA LANGSUNG TIDAK BERANI BERSUARA SEWAKTU NIK AZIZ ADA. NIK AZIZ BUKAN DIHORMATI TETAPI DITAKUTI.

2. Pimpinan PAS melalui seminar ini telah MELUDAH KE LANGIT DAN MENUNGGU AIR LUDAH ITU MENYIRAM WAJAH MEREKA. LIHAT TAJUK DI BAWAH :-

A- PELAJAR MISKIN YANG CEMERLANG DIBERIKAN KEUTAMAAN UNTUK KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH - KENYATAAN UMNO

B- RAKYAT MISKIN AKAN DIBERI BANTUAN BERAS 10 KILO SEBULAN - KENYATAAN PAS.

Berdasarkan dua kenyataan di atas , mari kita bertanya siapakah yang sebenarnya berjuang UNTUK RAKYAT MELAYU ISLAM ?

SIAPAKAH YANG HAKIKATNYA MERELAKAN ORANG MELAYU TERUS MEREMPAT DI BUMI SENDIRI ?

TIDAKKAH MELALUI PENDIDIKAN NASIB BANGSA DAPAT DIUBAH?

BUKANKAH BANTUAN BERAS SEBANYAK 10 KILO SEBULAN MERUPAKAN SATU PENGHINAAN KEPADA UMAT MELAYU?

AKAN BERUBAHKAH NASIB BANGSA JIKA BANTUAN YANG DIBERIKAN HANYA 10 KILO BERAS ?

Inilah realiti yang mesti kita fikirkan. Percayalah, jika kita benarkan PAS menggantikan UMNO, bersedialah untuk terus menjadi rakyat kepada sebuah pemerintahan yang sebenarnya tidak berupaya memerintah.

SIAPA SEBENARNYA PENGHASUT..?

"TIADA MAKNANYA MENGHUNUS KERIS , PERCAYALAH..TAK ADA MAKNANYA"


HISHAMUDDIN MAKIN HILANG WIBAWA

Sewaktu Datuk Zaini Hassan menulis tentang Peristiwa 13 Mei , beliau menyarankan agar ianya dikenang dan diambil pengajaran betapa sangat penting perpaduan dijaga dan dipelihara.

Lim Kit Siang menimbulkan perkara ini dengan ' MENGAJAK RAKYAT MELIHAT 13 MEI DARI SUDUT NEGATIF SEHINGGA MEMUNGKINKAN SUBUR SEMULA KEBENCIAN'.

- Siapakah yang menghasut ?

Kemudian isu ini dipanaskan melalui 5 laporan polis yang dibuat oleh Wakil Rakyat DAP dan PKR- alasannya tulisan Zaini mempunyai unsur hasutan yang mungkin mencetuskan kebencian.

- Siapakah yang menghasut ?

- Sekiranya benar tulisan ini mengahasut dan boleh menyemarakkan semula api perkauman , mengapa wakil rakyat DAP dan PKR sehingga perlu membuat 5 laporan polis.

Tidakkah MEREKA INI MENJADIKAN ISU INI SEMAKIN BESAR, SEMAKIN PANAS SEHINGGA AKHIRNYA MENJADI ISU NEGARA?

BUKANKAH MEREKA YANG SEBENARNYA MENGHASUT ?

Inilah realiti sebenarnya. Oleh yang demikian, saya merasakan SUDAH SAMPAI MASANYA MENTERI DALAM NEGERI MEMAINKAN PERANAN SEBENAR. MENJAGA KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA.

Maaf, saya tidak fikir Hishamuddin boleh dianggap berkesan JIKA HANYA BERTINDAK MENUKAR PEGAWAI. MALANGNYA KESNYA TIADA LAIN SELAIN DARIPADA PELARIAN MELOLOSKAN DIRI.

Datuk Seri, salah satu kejayaan sebuah kerajaan ialah bilamana rakyat tidak rasa terancam. Bila rakyat mula rasa tidak selamat, maknanya kerajaan telah gagal. Berusahalah sedaya upaya agar Datuk Seri tidak menjadi punca kerajaan dilihat telah gagal.