Followers

Saturday, November 13, 2010

SIAPA SEBENARNYA PENGHASUT..?

"TIADA MAKNANYA MENGHUNUS KERIS , PERCAYALAH..TAK ADA MAKNANYA"


HISHAMUDDIN MAKIN HILANG WIBAWA

Sewaktu Datuk Zaini Hassan menulis tentang Peristiwa 13 Mei , beliau menyarankan agar ianya dikenang dan diambil pengajaran betapa sangat penting perpaduan dijaga dan dipelihara.

Lim Kit Siang menimbulkan perkara ini dengan ' MENGAJAK RAKYAT MELIHAT 13 MEI DARI SUDUT NEGATIF SEHINGGA MEMUNGKINKAN SUBUR SEMULA KEBENCIAN'.

- Siapakah yang menghasut ?

Kemudian isu ini dipanaskan melalui 5 laporan polis yang dibuat oleh Wakil Rakyat DAP dan PKR- alasannya tulisan Zaini mempunyai unsur hasutan yang mungkin mencetuskan kebencian.

- Siapakah yang menghasut ?

- Sekiranya benar tulisan ini mengahasut dan boleh menyemarakkan semula api perkauman , mengapa wakil rakyat DAP dan PKR sehingga perlu membuat 5 laporan polis.

Tidakkah MEREKA INI MENJADIKAN ISU INI SEMAKIN BESAR, SEMAKIN PANAS SEHINGGA AKHIRNYA MENJADI ISU NEGARA?

BUKANKAH MEREKA YANG SEBENARNYA MENGHASUT ?

Inilah realiti sebenarnya. Oleh yang demikian, saya merasakan SUDAH SAMPAI MASANYA MENTERI DALAM NEGERI MEMAINKAN PERANAN SEBENAR. MENJAGA KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA.

Maaf, saya tidak fikir Hishamuddin boleh dianggap berkesan JIKA HANYA BERTINDAK MENUKAR PEGAWAI. MALANGNYA KESNYA TIADA LAIN SELAIN DARIPADA PELARIAN MELOLOSKAN DIRI.

Datuk Seri, salah satu kejayaan sebuah kerajaan ialah bilamana rakyat tidak rasa terancam. Bila rakyat mula rasa tidak selamat, maknanya kerajaan telah gagal. Berusahalah sedaya upaya agar Datuk Seri tidak menjadi punca kerajaan dilihat telah gagal.


1 comment:

Perak Today said...

Salam empunya blog,

Kami mohon supaya dipautkan Portal Perak Today dengan blog anda, kami sudah pun memasukkan pautan anda ke dalam portal kami.

Sekian. Terima Kasih

http://peraktoday.com/wp/