Followers

Saturday, October 9, 2010

KATA DUA LIGA ARAB

KATA DUA ITU SEBENARNYA ADALAH RAYUAN/RINTIHAN
KEBENARAN NAJIB TERSERLAH

Negara negara Arab yang bersidang baru baru ini memberi kata dua kepada Amerika Syarikat. Mereka memberikan AS tempoh selama sebulan untuk melaksanakan langkah langkah perlu bagi mempastikan rundiangan damai Israel Palestin diteruskan.

Ada beberapa perkara boleh kita pelajari daripada' kata dua' ini. Kata dua ini sebenarnya adalah rayuan, rintihan dan harapan dunia Arab seluruhnya. Mereka mewakili rakyat Arab. Malangnya mereka juga mewakili umat Islam.

Negara negara Arab adalah negara yang kaya. Hasil minyak mereka boleh membeli AS. Tetapi anugerah ALLAH itu tidak mempunyai makna yang besar kepada mereka. Mereka tidak menguasai ilmunya.

Mereka bergantung kepada AS untuk mengeluarkan hasil minyak. Mereka bergantung kepada AS untuk memproses minyak. Mereka bergantung dan barangkali diperdaya oleh AS untuk survival hidup mereka.

Negara Arab juga tidak bersatu. Islam tidak menyatukan mereka. Bahkan sebahagian daripada mereka menjadikan Islam untuk berpecah belah. Mereka menghafal Al Quran. Mereka memahami maknanya. Malang, mereka tidak mengamalkannya.

Inilah kebenaran Najib. Ini juga yang kerap ditekankan oleh Tun Mahathir dulu.Najib sentiasa bercakap tentang keperluan membangunkan diri. Najib sentiasa menyeru kepada pembinaan manusia.

Najib juga mengajak kepada perpaduan dan penyatuan. Najib memang benar apabila bimbang kepada perpecahan. Perpecahan memjadikan kita bangsa yang lemah.

Liga Arab adalah contohnya. Puluhan tahun memberi amaran. Puluhan tahun memberi kata dua.

Puluhan tahun mereka ditindas. Puluhan tahun mereka dihina dan menderita.Puluhan bahkan ratusan kali mereka merayu dan meminta. sedangkan Islam mahu umatnya menjadi umat pemberi.

Marilah belajar daripada pengalaman mereka. ALLAH tidak jadikan sesuatu atau sesuatu peristiwa sia sia melainkan bagi mereka yang tidak mahu berfikir. Mulai sekarang marilah kita jadi bangsa yang berfikir.

PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN


AGAMA TIDAK DIJUAL OLEH ORANG JAHIL.

RAWATAN TERAPI

Bagi sihir, ilmu hitam, saka, santau dan histeria.

AWAS !! Anda sebenarnya telah disihir jika terdapat tanda tanda ini :-

Sukar tidur malam, malas ke tempat kerja, tidak naik pangkat.

- Sakit tulang belakang, tulang rusuk kiri/ kanan tanpa sebab
- Sakit kepala berpanjangan
- Sakit belakang tulang punggung
- Nampak makhluk halus
- Takut takut sebab


DATANGLAH BERAMAI RAMAI

" JIKA ANDA FIKIR WANG LEBIH BERNILAI DARI KESIHATAN DAN KEBAHAGIAN CUBALAH ANDA SAKIT, MALAH PASTI GUNUNG EMAS BUKAN NILAINYA"

RAWATAN ISLAM MENGGUNAKAN KAEDAH ISLAM.

Saudara fikir dan nilailah. Iklan ini tersiar dalam akhbar akhbar. Inilah hasil manipulasi agama yang pasti akan meruntuhkan tamadun. Bersedialah untuk menghadapi masyarakat penuh syak wasangka. Bersedialah untuk menghadapi masyarakat yang berfikir secara mudah dan penuh prasangka sesama sendiri. Bersedialah untuk melihat Islam diperdagangkan dengan harga yang amat rendah.

Atau sudah sampai masa kerajaan bertindak berani, tegas dan jelas. Ambil tindakan segera sebelum keadaan menjadi semakin parah.