Followers

Wednesday, December 22, 2010

WARGA PENDIDIK RASA TERHINA

" CUBAAN PAKATAN MERASUAH GURU MEMAKAN DIRI "


PAKATAN PEMBANGKANG CUBA MERASUAH GURU

Saya menerima panggilan dari seorang rakan sekampung yang agak
tidak berjumpa semalam. Rakan saya ialah seorang guru yang telah berkhidmat hampir 30 tahun dengan pelbagai pengalaman di pelbagai tempat.

Beliau bermula sebagai seorang guru Sek Rendah yang menyambung pelajaran semasa berkhidmat dan sekarang bertugas di sebuah Sekolah Menengah di Selangor.

Dia menghubungi saya hanya untuk melahirkan RASA TERSINGGUNG DAN TERHINA DENGAN SALAH SATU JANJI PAKATAN PEMBANGKANG BARU BARU INI. MENURUT BELIAU JANJI UNTUK MENAIKKAN GAJI GURU SEBANYAK 500 RINGGIT SEBAIK SAHAJA MEMERINTAH MENGGAMBARKAN BETAPA RENDAHNYA ' NILAI DAN MARUAH' WARGA PENDIDIK DI MATA PEMBANGKANG.

HASIL PERBUALAN SAYA DENGAN BELIAU MENDATANGKAN BEBERAPA DAPATAN YANG INGIN SAYA KONGSIKAN

1. Bukan semua guru mendidik semata mata kerana gaji atau pendapatan. Guru kebanyakannya berkhidmat kerana kasih kepada anak bangsa.

2. Walaupun tidak kaya, kebanyakan guru hidup selesa dan bersyukur dengan tahap kehidupan sekarang

3. Guru berkhidmat dengan ' hati dan roh '. Pembangunan manusia tidak akan berlaku jika guru tidak ikhlas

4. Guru bersyukur dengan kemudahan untuk menyambung pelajaran bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan

5. Guru bukan golongan yang boleh ' DIGULA GULAKAN ' dengan janji material kerana sampai ke satu peringkat umur, guru lebih fokus kepada mencari keredhaan ALLAH.

Pandangan rakan saya bahawa Pakatan ' memilih guru untuk digoda atas beberapa sebab :-

1. Guru merupakan kakitangan kerajaan yang paling ramai

2. Guru dari sudut sejarahnya memang merupakan golongan yang rela bekorban dan berjuang

3. Guru amat rapat dengan masyarakat dan umumnya mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi

Bagaimanapun rakan saya menegaskan, berdasarkan pengalaman beliau sendiri beliau yakin warga guru tidak akan terperangkap dengan janji ini. Menurut beliau ada perkara yang tidak disedari oleh ramai orang iaitu kebanyakan anak guru berjaya dalam hidup.

Kebanyakan anak guru berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, sebahagiannya kerana ' keikhlasan guru ' mendidik.

Akhirnya rakan ini menegaskan bahawa nampaknya ada kecenderungan baru pihak tertentu untuk memaksa sokongan
orang ramai tetapi dalam masa yang sama menghina dan merendahkan maruah rakyat.

Perbualan ini mengingatkan saya kepada ramai guru saya, memang benar ada di antara mereka mendidik, mengajar dengan sepenuh jiwa raga mereka.

Nampaknya silap besar Pakatan Pembangkang. Umpan yang mereka lontarkan menjadi racun kepada mereka sendiri.

JANJI SERATUS HARI BUKAN PERISTIWA BIASA

" INSYAALLAH ANAK CUCU AKAN MENZIARAHI KUBURAN KITA DENGAN RASA SYUKUR DAN BANGGA "



IA ADALAH PERMULAAN SATU PERJUANGAN YANG AGUNG

Selepas Konvensyen Pakatan 2 di Pulau Pinang baru baru ini, Pakatan Pembangkang telah melahirkan satu dokumen yang merupakan ' janji mereka jika berjaya memerintah negara '.

Saya amat yakin bahawa apa yang berlaku adalah sesuatu yang amat hebat, sama prinsipnya apabila Peristiwa Tsunami melanda Acheh pada tahun 2004.

Apabila sebuah masjid kekal utuh di tengah tengah keruntuhan segalanya, maka ada ulamak yang mengaitkannya dengan peringatan ALLAH bahawa setelah manusia kehilangan segalanya, percayalah ada ISLAM sebagai penyelamat.

Saya fikir bahawa di tengah tengah kerisauan umat Melayu Islam tentang serangan pelbagai sudut yang cuba menghancurkan satu satunya negara Islam moden di dunia ini, sekali lagi ALLAH turunkan petanda bahawa kita kena kembali kepadaNya untuk menyelamatkan diri.

Mari kita merujuk kepada Al Quran Surah Al Baqarah 204-205,

" Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikan kepada ALLAH ( atas kebenaran ) isi hatinya, padahal ia adalah penentang
( Islam ) paling kuat. Dan apabila ia berpaling ( daripada kamu ),ia berjalan di muka bumi untuk merosakkannya, ia merosakkan tanaman dan binatang ternakan, dan ALLAH tidak menyukai kebinasaan. ( Ibarat orang yang berusaha menggoncang iman orang mukmin dan selalu mengadakan kekacauan dan huru hara)

Mari kita perhatikan pula peringatan ALLAH melalui Surah Al An'am - 112

" Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap tiap Nabi itu musuh, iaitu dari kalangan syaitan syaitan ( dari jenis manusia dan jin ),
sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain akan perkataan ( janji janji ) yang indah indah untuk menipu umat Islam. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak berjaya mempengaruhi. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka janjikan adalah palsu belaka.

Saya yakin apa yang berlaku sekarang bukan sekadar persoalan menang kalah pilihanraya, sebaliknya jauh lebih besar daripada itu ialah adanya percubaan untuk meruntuhkan satu sistem hidup masyarakat Malaysia yang amat unik dan istimewa.

Umum menyedari betapa tersusunnya apa yang berlaku, satu persatu seakan akan pergerakan buah catur yang dimainkan oleh pakar yang terbilang.

Percayalah. Walaupun kelihatan amat sukar, ini adalah anugerah ALLAH kepada kita untuk bangkit berjuang dan berjihad. Seperti Rasullullah dan para sahabat. Seperti datuk nenek kita yang berjuang menuntut kemerdekaan.

Ayuh mari kita bangun. Kita bangkit mempertahankan maruah dan martabat agama, bangsa dan tanahair tercinta. Ditakdirkan kita mati dalam perjuangan ini insyaallah, ALLAH akan letakkan kita di kalangan orang orang yang ALLAH kasihi.