Followers

Sunday, January 24, 2010

Dah tiba masanya Datin Seri

Esok ( 25 Januari 2010 ) sepatutnya adalah hari perbicaraan DS Anwar Ibrahim bermula.Masyarakat menunggu untuk mendengar dan melihat keadilan ditegakkan. Tanpa mahu membuat penghakiman mendahului mahkamah, saya ingin mengemukakan pandangan. Saya bukan peguam, tapi apabila pihak Anwar memohon dokumen pendakwaan saya berasa pelik.

Kita nak berperang tetapi sebelum itu kita tanya lawan kita apa senjata yang nak digunakan. Begitulah analoginya. Pelik yang kedua ialah apabila Peguam Sulaiman Abdullah menarik diri dari membela Anwar. Sulaiman Abdullah ni saudara kita yang baru. Warak orangnya.

Kita tak tahu sementara menunggu perbicaraan sebenar nanti apa pulak dalihnya. Mahkamah sebenarnya tempat keadilan ditegakkan. Undang undang digubal untuk kebajikan seluruh umat manusia bukan untuk sebahagian manusia.

Saya tak nampak jalan lain. Hanya Wan Azizah sahaja yang dapat menyelamatkan keadaan. Hanya Wan Azizah sahaja yang benar benar tahu siapa Anwar. Bangunlah, ada masanya wajib isteri mentaati suami, tapi janganlah sampai terbakar diri. Bangunlah, ceritakanlah kebenaran. Rakyat akan mengenang Wan Azizah sebagai serikandi negara.

Monday, January 18, 2010

Eloklah berhati hati

Sekarangni masyarakat sedang ghairah memperkatakan tentang Majlis Perundingan Antara Agama. Cetusan idea Dr Chandra Muzaffar ini adalah cadangan lama yang dikemukakan semula selepas timbul kerisauan berlakunya konflik antara agama.

Sebelum saya menyatakan pandangan saya, marilah kita membuat beberapa pemerhatian.
Beberapa soalan sewajarnya ditanyakan, misalnya benarkah apa yang berlaku ini adalah konflik antara agama atau konflik antara agama agama dengan agama Islam ? Yang kedua, pernahkah misalnya agama Hindu mempersoalkan atau memperkatakan agama Kristian?

Walaupun percaya kepada keupayaan kerajaan dalam menangani perkara ini, saya bimbang selepas ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi menurut perlembagaan akan lebih kerap di persoal. Sesiapa sahaja boleh memperkatakan Islam kerana peruntukan undang undang tidak lagi berfungsi sebaliknya Majlis Perundingan ini akan membincangkannya secara intelektual.

Sekali lagi timbul persoalan, apakah selepas ini apa sahaja perkara yang selama ini dianggap sensitif boleh diperkatakan ? Ketuanan Melayu, hak istimewa orang Melayu ?
Dan adakah akan sampai peringkat bilamana akhirnya tiada apa lagi istimewanya Melayu Islam ini apabila semuanya akan dibincangkan oleh cerdik pandai semua kaum atas nama harmoni ?

Menteri Dalam Negeri sewajarnya meneliti perkara ini sedalam dalamnya.

Thursday, January 14, 2010

Ikhlas kunci kejayaan.

Sekali lagi saya ingin menyentuh Gagasan murni 1 Malaysia. Sebaik sahaja Gagasan ini dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, ianya terus menjadi fenomena yang melanda negara. Saya mempunyai keyakinan sekiranya kita ikhlas gagasan ini pasti akan menghasilkan kesan yang amat baik kepada negara.

Hakikat yang terpaksa kita terima ialah kita tidak mungkin menjadi satu bangsa. ALLAH telah jadikan kita bangsa yang berlainan, budaya yang berbeza tetapi menjunjung langit yang sama. Inilah uniknya kita.

Selama ini kita hidup harmoni. Orang Melayu bersedia berkongsi banyak perkara yang tiada bangsa lain di dunia sanggup lakukan. Bahkan orang India di India dsn orang Cina di Cina sendiripun tidak mungkin sanggup berkorban sebagaimana pengorbanan orang Melayu dan Bumiputera lakukan di tanah tercinta ini.

Namun bigitu pengorbanan besar ini seharusnya dihargai. Orang Melayu tidak wajar diperlekeh tidak kira dengan cara apa sekalipun. Maruah dan harga orang Melayu tak usah dipermain. Jika tidak Gagasan 1 Malaysia ini hanya akan jadi retorik kosong tanpa makna.

Saya ingin mengambil satu contoh penghinaan yang dilakukan secara halus yang sebenarnya menyinggung perasaan orang Melayu. Saudara perhatikan banyak papan tanda yang berbunyi " Terima kasih kerana terus mempercayai kami".Ini adalah papan tanda Zhulian, syarikat perniagaan barang kemas tiruan atau palsu. Bahasa mudahnya emas celup. Papan tanda ini banyak diletakkan terutama di lebuh raya Utara Selatan.

Saya tidak hairan jika syarikat mengiklankan produk mereka. Masalah yang timbul ialah gambar yang terpampang itu menunjukkan sekumpulan wanita Melayu. Tiada seorangpun bangsa lain. Maknanya yang mengguna atau mengedarkan emas palsu ini adalah orang Melayu. Orang Melayu dalam lain perkataan hnya mampu menggunakan barangan palsu. Inilah isunya.

Inilah yang saya ingin kaitkan. Sekiranya kita berhasrat untuk mencapai gagasan 1 Malaysia sebarang bentuk penghinaan seumpama ini mesti dihentikan. Saya percaya Gagasan 1 Malaysia tidak akan tercapai selagi kita tidak meletakkan hakikat kebenaran di tempat selayaknya. Kebenarannya ialah Orang Melayu adalah pribumi yang boleh berkongsi tetapi mesti dihormati.

Monday, January 11, 2010

Ikhlasni kerja hati, bukan lakonan

Saya mula bersekolah pada tahun 1974. Seingat saya inilah tahun pertama skim pinjaman buku teks diperkenalkan. Lega kebanyakan ibu bapa kerana tak perlu pening kepala nak beli buku teks.Masa tu nak cari duit bukannya mudah. Maklumlah negara baru nak membangun. Di sinilah lebihnya kerajaan kita ni. Dia tahu nak bangunkan manusia tak ada kaedah lain selain melalui pendidikan. Maka dipermudahkan rakyat mendapat pendidikan.

Semua orang tak kira bangsa mendapat peluang belajar yang sama rata. Hasilnya lahirlah ramai golongan kelas atasan dan menengah termasuklah yang sekarang ini merayau di serta tempat menyemai kebencian terhadap kerajaan. Macamlah mereka tu mencapai tahap sekarang hasil keupayaan sendiri semata mata. Hakikatnya kita di Malaysia ni dari dalam perut hinggalah ke liang lahat, kerajaan sentiasa beri perhatian.

Tapi bukan ini isu yang saya nak bincangkan di sini. Yang nak saya bangkitkan ialah betapa bersungguhnya kerajaan berusaha membina negara bangsa ni dari dahulu lagi.Konsep 1 Malaysia yang disuburkan semula oleh Perdana Menteri yang kita kasihi sebenarnya telah lama cuba diterapkan. Tapi oleh kerana ada petualang yang menabur benih benci di hati rakyat, maka terpaksa ianya di war warkan semula. Supaya rakyat jangan tersasar dari landasan yang dah elok dibina oleh datuk nenek kita dahulu.

Kita ingat balik buku buku yang dibekalkan kepada kita semasa kita bersekolah rendah dahulu. Siapa watak watak dalam hampir kesemua buku buku tersebut ? Ali, Abu, Raju, Kim Seng, Kumari , Ah Mooi dan ramai lagi. Semua watak ini digambarkan sebagai sahabat. Bersekolah,bermain dan melakukan pelbagai aktiviti secara bersama. Tak pernah watak watak ini digambarkan bertelagah sesama sendiri. Tak pernah.Apa maknanya? Maknanya kerajaan dari dahulu lagi cuba menanam nilai hidup bersama dalam jiwa rakyat sejak dari kanak kanak lagi.

Ini contoh klasik. Semua orang yang pernah bersekolah di Malaysia berpengalaman menempuhnya.Nuar Brahim sekolah di mana? Nga Kor Meng? Ngeh Kor Ham? Nizar? Kalau semua sekolah di Malaysia, akuilah kerajaan sentiasa berusaha untuk wujudkan masyarakat yang bersatu padu, aman, makmur tanpa kekecohan. Akuilah bahawa yang buruk sangka dan busuk hati serta ada agenda jahat sahaja mengatakan kerajaan ini rasis dan perkauman. Hanya orang jahat sahaja yang sanggup bercakap di luar negara tentang penindasan kerajaan terhadap kaum minoriti. Orang ikhlas akan bertindak seperti Najib. Sesuatu yang baik tetapi meluntur dengan segera disuburkan semula. Syabas, teruskan perjuangan Najib. Ada ramai lagi orang yang sanggup bersama menjayakan gagasan. Dan yang lebih utama, yakinlah ALLAH bersama kita.

Sunday, January 10, 2010

Bersabarlah Najib, inilah cabarannya

Beberapa hari kebelakangan negara dilanda konflik antara agama. Islam dan Kristian. Inilah kepercayaan ramai orang. Pencinta kedamaian dan ketenangan menjadi resah dan gelisah. Akan tiba masa ketika bilamana masyarakat berasa sentiasa tidak selamat dan terancam.
Percayalah dalam masa yang sama ada orang berasa sangat seronok. Kalau boleh mereka ingin subur dan besarkan lagi krisis ini supaya negara menjadi huru hara. Negara huru hara akan menjejaskan ekonomi. Pelabur pasti risau nak masuk melabur. Prejudis terhadap kerajaan makin meningkat.

Ini sebenarnya percubaan pihak tertentu untuk membuktikan kegagalan Najib sebagai PM. Usaha Najib dengan jelas berjaya menawan hati rakyat . Rakyat mula fokus terhadap mencipta kejayaan dalam bidang masing masing. Inilah ketakutan mereka. Sabarlah Najib. Yakinlah berkat kegigihan,kesungguhan YAB nanti kita akan saksikan mereka tersungkur bersama mimpi mereka yang tak akan sampai.

Sunday, January 3, 2010

Sudahlah...


Sinar Harian Edisi Perak (3 Januari 2010 ). Saya petik berita lawak sedih ini kerana ianya melibatkan maruah dan makna perjuangan. Satu negara sedang bergegar dengan keputusan mahkamah membenarkan Kalimah ALLAH kepada Kristian. Luka hati tak tergambar tapi sebab ada juga Melayu yang sokong maka reaksi menjadi amat sederhana. Kot manapun kebijaksanaan mesti didahulukan dengan harapan kesucian dan keindahan Islam tak tercalar.
Di Perak tanpa angin ribut tiba tiba Mustaffa Kamil Ayub mengumumkan penubuhan Gerakan Gelombang Rakyat ( Gegar )untuk tujuan sebenarnya timbulkan huru hara nak tunjukkan sokongan rakyat kepada Anwar Ibrahim. Apa makna semua ni. Maknanya mereka tak peduli apa nak jadi kepada Islam sebaliknya apa nak jadi kepada aku.(Anwar). Dah tahu dah nak ghuyup cari juga jalan untuk elakkan bicara.
Jangan kata nak sokong. Rakyat Perak dah semak perut. Ini masa menyusun srategi membangun bangsa.Dulu kerajaan bawah pokok. Kemudian bagi pulak Cina 999 tahun status geran, bodohkan Melayu. Rakyat dan tolak semua ni. Gelombang rakyat tak kan berlaku. Yang berlaku ialah gelombang Anwar. Percayalah ada juga cerdiknya Anwar ni. Dia tahu Mustaffa Kamil Ayub ni dah tinggal nyawa ikan. Namapun orang dah lupa. Bagi peluang hidup. Memang gila babilah budak ni buat kerja. Ini masa yang baik nak bagi orang ingat balik.
Pakar manipulasi Anwar ni. Agaknya inilah sebabnya ALLAH musnahkan kaum Nabi Lut. Selain daripada tak boleh ubah tabiat, ia juga akan buat apa saja untuk penuhi hajat peribadi. Kepada anak anak muda khasnya di Perak. Jangan terpedaya lagi. Ini masa membangunkan diri. 2010 ni ciptalah kejayaan. ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan bangsa itu sendiri mengubahnya.Ini masa saudara. Apa saja nak dibuat mestilah berasaskan pemikiran bukan emosi. Fikirkan bahawa tanahair ini anugerah ALLAH kepada kita untuk kita nikmati, makmurkan bukan hancurkan.

Friday, January 1, 2010



Bukan semua orang mengaji tinggi ni cerdik. Contohnya Nizar. Antara jurutera Melayu berjaya dengan bantun UMNO tapi bodoh. Bodoh kerana dia fikir orang tak fikir. Orang buta hati. Atau memang dia ni suka buat lawak. Ada ke dia kata dia tak gila kuasa. Kalau tak gila kuasa apa pasal macam nak runtuh Perak dibuatnya Ceramah tak pernah berhenti. Macam tak ada kerja lain.Mengutuk, memfitnah ni Tuhan je yang tahu.Kesiannya orang kampung. Bila dengar ceramah balik lambat. Esok nak noreh getah letih. Tapi biasalah. Orang gila talak sebenarnya tak akan dapat dikesan secara saintifik.
Kemudian dia kata 93% masjid dia dirikan di Perak lebih mahal faripada tokong dan kuil. Jangan tertipu. Tanya dia berapa masjid dia dirikan. Tak sampai lima. Tokong,kuil melambak.
Bukan boneka?Sudahlah Nizar. Yang geran 999 tahun untuk Cina tu apa. Melayu pulak udah sikit. 99 tahun pulak tu. Allahuakbar. Mujurle 11 bulan. Kalau tidak tinggal namale Melayu Perak ni

Mari kita bermula

Maka 2009 pun melabuhkan tirainya. Selamat datang 2010. Selamat tahun baru. Banyak peristiwa berlaku dalam tahun 2009 ini yang tentunya memberikan kita banyak pengajaran pula. Sebagai anak Melayu Islam saya rasa gusar dengan beberapa perkembangan yang berlaku.Yang terbaru apabila mahkamah membenarkan Herald Tribune menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan mereka.Hakim bukan Islam.Mana mungkin dia dapat merasai kerisauan orang Islam.
Bayangkan nanti bagaimana akhbar ini menyebarkan dakwahnya.Dia akan kata matlamat kita sama. ALLAH.Jadi tak payah jadi orang Islam pun boleh capai akhir yang sama.Islam ada banyak perkara tak boleh manakala Kristian ni ada banyak kelonggaran.
Orang Islam tak pedulipun. Nampak sangat MelayuIslam ni dah tak ada roh.Tak ada rasa.
Bila Nga Kor Meng pertikai peruntukan masjid, siapapun tak bangkit.
Cina ni bagi salam pakat sambut. Padahal salam ni anugerah ALLAH kepada umat Islam. Lambang persaudaraan.
PAS jangan haraplah. Dia dia pun tak terjaga.Cempera.Akhirnya bersetujuje dengan Pakatan Rakyat. Dia ni pulak miskin. Sebab itule agaknya Islam mengajar umatnya agar tidak jadi miskin, bahkan Rasulullah pernah mengingatkan bahawa hampir hampir kepapaan itu membawa kekufuran. Hakikat bahawa PAS ni tak nak kepada Islam dengan sendirinya terdedah. Kuasa ALLAH.
Sekarangni bergantung kepada UMNO. UMNO ni tertubuh dengan cinta dan kasih sayang kepada Agama, Bangsa dan Negara. Kerana faktor inilah UMNO berjaya maintain negara. Bila gelincir ALLAH bagi warning. Ingat luka Pilihanraya 12. Usah gelincir lagi. Fokus mesti tepat. Jangan buat kerja sia sia. Ini Wanita UMNO bising suruh Nazri letak jawatan. Apa pasal? Dia tak sedar bila dia bantai Nazri sebenarnya dia dedahkan kelemahan Muhyidin. Timbalan Presiden UMNO.Ini apa punya pemikiran.
Pemuda UMNO, tolonglah. Langsung tak ada bunyi.
Kepada Presiden UMNO percayalah,ambil tindakan kepada kepada petualang partini. Cari ganti, Insyaallah kita ada masa yang cukup untuk perbaiki keadaan sebelum PRU 13