Followers

Tuesday, August 24, 2010

BERFIKIR KE ARAH MENANG PRU 13

Saya baru selesai membaca sebuah buku terjemahan yang bertajuk Pastinya Anda Boleh tulisan Jack Collis, seorang penulis yang amat terkenal kerana tulisannya berkaitan pembangun dan perubahan manusia berasaskan perubahan dan penguasaaan minda sendiri.

Buku ini saya yakini boleh membantu pembaca untuk berfikiran lebih positif dan berani membayang dan mengejar kejayaan. Antara pendekatan awal yang dicadangkan oleh Jack Collis ialah dengan menggunakan kuasa minda bagi membina 'gambar 'situasi di mana kita berada atau sedang meraikan kejayaan tersebut.

Gambaran ini perlu diulang ulang tayangannya supaya ia lekat di minda kita sehingga menjadi sistem kepercayaan. Sistem kepercayaan inilah yang akan menggerakkan seseorang manusia berfikir dan bertindak dan bertingkahlaku sesuai dengan apa yang ia percayai.

Saya membawa perbincangan ini kerana saya dapati pelbagai peristiwa yang berlaku dalam politik negara menjadikan UMNO dan ahli ahlinya mula percaya bahawa kita akan kalah. Pimpinan dan Ahli UMNO sebahagiannya sedang melayan kerisauan dan kegelisahan. Malang sekali risau dan resah itu tidak pula menggerakkan kita menjadi semakin laju dan gagah. Sebaliknya kita jadi seakan lemah dan tidak berdaya.

Keadaan amat berbeza apabila kita melihat secara teliti pemimpin utama kita Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Laju , cergas dan jelas. Riak wajah tidak menunjukkan kegusaran sama sekali. Mari kita tumpang keyakinan Najib untuk kita mulakan gambaran dan kepercayaan menang besar PRU 13. Percayalah jika acapkali kita lakukannya dan diikuti pula dengan rangkakerja yang sistematik- yakinlah seyakin yakinnya bahawa kita akan menang besar sama seperti Rasullullah di awal Islam- tidak ramai tapi menang kerana Tuhan bersama kita.

Sempena Ramadhan yang mulia ini ayuh kita mulakan kebangkitan. Padamkan perkatan kalah dari hidup kita. Kita tidak lahir sia sia. Kita lahir untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara tercinta.

MAKA PEMENTASANPUN BERULANG

Di tengah tengah kepanasan isu khatib tak bertauliah mendoakan LIM Guan Eng di atas mimbar masjid di Pulau Pinang dan dalam masa yang sama menggugurkan nama Yang Dipertuan Agung sebagai payung agama tiba tiba sekali lagi dua orang pelakon berkarektor Karpal Singh dan Nik Aziz tampil di pentas melakonkan kisah hudud Nik Aziz.

Seperti biasa lakonan mereka mantap dan meyakinkan. Mereka berhujah dan bertelagah. Mereka memenangi hati dan jiwa penyokong masing masing. Malangnya mereka juga memerangkap beberapa orang blogger yang selama ini berjuang demi kebenaran.

Blogger ini mengatakan apa yang berlaku ialah kegagalan Nik Aziz berdakwah kepada Karpal Singh. Inilah kebimbangan saya. Ada rakan percaya bahawa Nik Aziz adalah seorang pendakwah. Bukan. Nik Aziz bukan seorang pendakwah. Nik Aziz adalah seorang politikus licik yang menjadikan agama sebagai alat.

Nik Aziz juga bukan ulama. Pergilah ke mana mana negara Islam. Tanyakan Nik Aziz . Tiada siapa menganggap Nik Aziz ulama. Bahkan tiada nama Nik Aziz dalam dunia ilmuan Islam, tiada.
Usaha yang bersungguh sungguh mesti dibuat supaya umat Melayu Islam di Malaysia memperbetulkan tanggapan mereka.

Umat Melayu Islam mesti disedarkan bahawa Nik Aziz bukan ulama. Tiada keramatnya Nik Aziz. Hampir 20 tahun memerintah Kelantan, buktikan kejayaan Nik Aziz mengangkat martabat agama, tiada.

Nik Aziz dan Karpal Singh adalah sahabat baik. Mereka sentiasa berhubung dan berpakat. Bila bila masa PAS atau DAP menghadapi masalah, mereka sentiasa tampil bersama, berlakon dan beraksi. Kita jangan terperangkap. Sehebat manapun mereka berlakon, ia tetap sebuah lakonan yang tiada makna apa apa kepada pembangunan negara bangsa selain keruntuhan dan kemusnahan .