Followers

Monday, February 14, 2011

ANWAR DAN HADI MELIHAT RASULLULLAH DARI SUDUT UNTUNG RUGI

" INDAHNYA ISLAM "


MEREKA PERKECILKAN MANUSIA AGUNG

Semua manusia dari semua agama, bangsa dan keturunan mengaku dan mengiktiraf bahawa Muhammad bin Abdullah adalah manusia Agung sepanjang zaman.

Yang demikian 12 Rabiulawal disambut dan diraikan oleh umat Islam setiap tahun untuk sentiasa menyuburkan kasih sayang umat Islam terhadap Rasullullah, ajaran dan didikannya.

Malangnya ada yang melihat Rasullullah dengan pendekatan yang amat dangkal dan cuba mendapat untung peribadi daripadanya.

Haji Hadi memberi fokus kepada ' penafian kaum dan menghapus penindasan'. Anwar lebih berani lagi dengan mengaitkan apa yang berlaku terhadapnya setara ujian terhadap para Nabi.

Inti dakwah Rasullullah tidak diperbesarkan kerana mungkin menjejaskan faedah yang ingin mereka perolehi.

1. Pengabdian mutlak terhadap ALLAH tidak disebut kerana wujud kecenderungan untuk membentuk ' kelompok taksub' terhadap mereka.

2. Seruan perpaduan seperti ' penyatuan' Muhajirin dan Ansar tidak ditekankan kerana kebimbangan penyatuan boleh menghalang mereka untuk berkuasa.

3. Penekanan kepada akhlak dan budi pekerti juga tidak disentuh
kerana mereka sendiri sentiasa keras dalam pendekatan.

4. Mereka mengabaikan sama sekali pengorbanan Rasullullah sehingga menolak segala kesenangan dunia, kerana mereka sendiri selesa hidup dalam suasana mewah dan kaya raya.

Demikianlah jadinya apabila kepentingan peribadi mengatasi segala yang lain. Mari kita syukuri nikmat aman dan sejahtera ini,
keamanan dan kesejahteraan membolehkan kita menjalani kehidupan sebagai hamba ALLAH yang bersyukur.


ALLAH TIDAK HANYA CAMPURTANGAN DI MESIR

" SEBAGAI MANUSIA, KITA SEBENARNYA AMAT KECIL DI SISI TUHAN"


NIK AZIZ PERKECIL HAK ALLAH

Mursyidul Am PAS tidak mahu ketinggalan dalam membicarakan kebangkitan rakyat di Mesir yang menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak selepas 30 tahun memerintah.

Nik Aziz memulakan artikelnya dengan ' memaklumkan' bahawa beliau menghabiskan 4 tahun dari usia mudanya menuntut ilmu di bumi para ambiaya' itu.

Bagi orang yang mengakji manusia ' makluman ' Nik Aziz menceritakan sebahagian daripada dirinya yang sebenar. Bagaimanapun saya tidak akan mengulas perkara itu di sini.

Saya sekadar ingin mengingatkan diri saya dan Nik Aziz betapa ALLAH telah campurtangan dalam seluruh urusan kita. Bukan sekadar di Mesir.

Peristiwa di Mesir barangkali ALLAH jadikan sebagai alat untuk kita merenung dan berfikir. ALLAH memberi kita ruang untuk melihat ke dalam diri.

1. Kuasa adalah pinjaman semata mata. Pada bila bila masa ALLAH boleh memberikan kita kuasa dan pada bila bila masa pula ALLAH akan merentap kuasa itu daripada kita.

Inilah ayat yang Nizar Jamaluddin bacakan dalam Persidangan pertama DUN Perak sewaktu Pakatan memerintah. Tetapi malangnya apabila kuasa itu terlepas dari tangan mereka, Nizar terlupa dengan ayat yang dibacanya.

2. Nik Aziz juga sesekali kena berfikir bahawa ' memerintah' Kelantan juga adalah sebahagian dari kehendak ALLAH. Kelantan sewajarnya menjadi contoh teladan kepada negeri lain di Malaysia.

Hakikatnya Nik Aziz telah gagal ' membuktikan' janji dan cakapnya di Kelantan. Nik Aziz tidak berbeza dengan tokoh tokoh lain setelah berkuasa. Kronisme, nepotisme berlaku dengan
meluas di Kelantan. Malangnya di Kelantan ia dihukum ' sunnah'manakala di negeri lain ia dihukum haram.

3. Kemudiannya Nik Aziz telah sentiasa gagal pula meyakinkan rakyat dalam beberapa PRK mutakhir ini. Bahkan semakin merosot sokongan rakyat kepada parti pimpinan Nik Aziz.

Katakan bahawa UMNO/BN bermain kotor, rasuah dan sebagainya. Di atas segalanya, Nik Aziz wajib percaya bahawa di sini juga ada tangan ALLAH bersama sama.

Berfikirlah Nik Aziz. Satu ketika Nik Aziz disegani kawan dan lawan. Akhirnya Nik Aziz menjadi takbur dan bongkak. Mengaku hebat dan istimewa.

Sesiapa pun barangkali tidak menyangka bahawa satu masa Nik Aziz tidak lagi dinilai sebagai tokoh yang dihormati sebaliknya manusia biasa yang ghairah mahukan kuasa.

Bukan UMNO sahaja sedang menarik Nik Aziz turun, tetapi para ahli dan pimpinan Parti PAS juga sedang berjuang menurunkan Nik Aziz. Nik Aziz , yakin dan percayalah, ALLAH berada di mana mana.