Followers

Tuesday, December 14, 2010

SIRI JELAJAH YANG GELABAH

" APA ANWAR KATA YER.."


ANWAR PERBODOHKAN KHALAYAK

Sebenarnya yang hadir termasuk yang membenci tingkahlaku dan perbuatan Anwar. Yang hadir sebahagiannya hadir kerana simpati kepada Wan Azizah. Ada juga hadir kerana menyangka dengan bertakbir dan berteriak mereka akan masuk syurga.

Ada juga agen komunis hadir untuk meraikan ' perpecahan umat 'yang
cuba dijayakan oleh Anwar dengan sokongan dan dokongan PAS laknatullah.

Ada juga pejuang tegar UMNO/BN yang hadir bagi mengesahkan
kepercayaan bahawa Anwar benar benar berada di hujung mimpinya.

Hakikatnya Anwar masih meneruskan tradisi ' lari dari isu sebenar'. Tidak ditimbulkan jawapan kepada tuduhan liwat ke atas Saiful. Tiada sebarang jawapan kepada dakwaan ' ketagihannya kepada lelaki '.

Khalayak pulang hampa. Bahkan Anwar mengaku bahawa beliau bukanlah orang yang boleh diperangkap. Yang tersirat, Anwar meliwat secara sedar dan rela.

Yang hadir menyedari Anwar ' canggung dan kekok '. Semua pasti Anwar sangat terganggu. Seperti yang diduga, Anwar fokus kepada ' isu Najib dan Altantuya' yang sebenarnya telah diselesaikan oleh mahkamah yang tidak ' terjejas oleh sebarang penangguhan '.

Tian Chua tidak mengangkat muka sewaktu Anwar menyebut ALTANTUYA kerana beliau pernah SECARA HINA DAN TIDAK BERMARUAH MENGAKU ' MENCIPTA GAMBAR ANTANTUYA DAN NAJIB'.

Anwar juga MENGHINA NIK AZIZ YANG SANGAT UZUR DAN NYANYUK . Alatnya ialah Tun Mahathir yang sihat walafiat. Demikianlah Anwar.

Semua yang hadir balik dalam keadaan keliru. Sekiranya kita bertanya " TERJAWABKAH PENDEDAHAN WIKILEAKS TENTANG KETAGIHAN ANWAR TERHADAP SEX SONGSANG ?"
Mereka pasti akan menjawab " TIDAK..ANWAR CERITA BENDA LAIN ".

Kepada rakyat Malaysia, saya ingin menyeru tak perlulah hadir siri ceramah Anwar Ibrahim. Saudara tidak akan mendapat apa apa selain penipuan yang sentiasa dikemaskini.


UMNO PERAK MENUJU PUNCAK

" USAH BIARKAN ZAMBRY SENDIRIAN"


DENGAN SEDIKIT PENAMBAHBAIKAN, PAKATAN AKAN
TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI

Saya adalah pemerhati yang tekun. Walaupun tidak memegang apa apa jawatan di dalam UMNO bahkan tidak pernah mendapat sebarang ' faedah langsung' daripada UMNO, saya mempunyai kepercayaan bahawa UMNO adalah parti keramat.

Agama, bangsa dan tanahair ini akan selamat selagi UMNO diberi kepercayaan oleh rakyat. Inilah yang ALLAH telah takdirkan.Cuma UMNO kena menilai diri. UMNO perlu keluar dari ' kubu selesa' kerana sesuatu yang disangka kubu boleh saja bertukar menjadi penjara.

Sebagai pemerhati saya melihat UMNO Perak sedang bergerak laju dan yakin mendaki puncak. Momentumnya dapat dirasa dengan jelas. Kepimpinan Dr Zambry jadi sebutan rakyat. Rakyat rasa bahagia hidup di Perak.

Syukurnya rakyat Perak telah ALLAH pilih untuk ' merasai ' derita dijajah Pakatan Pembangkang. Perak bertukar menjadi' tegang dan panas '.

Pegawai Kerajaan khasnya di Pejabat Tanah, Pejabat Daerah terasa seperti ' buruh paksa ' yang sentiasa menerima arahan arahan yang mesti serta merta dipatuhi.

Orang kampung rasa ' terancam ' dengan karenah ahli dan pimpinan Pakatan yang tiba tiba menjadi sombong dan bongkak. Rakyat umumnya percaya, janji Pakatan adalah mimpi yang tak mungkin jadi nyata.

Suasana amat membantu UMNO. Sekarang terpulanglah kepada UMNO Negeri untuk memacu pergerakan agar lebih licin dan laju.

Jika pandangan saya diminta , saya ingin menyarankan beberapa perkara untuk difikirkan :-

1. Politik UMNO adalah politik yang amat seni dan indah. Selamanya UMNO mengangkat dan membina. Ketua Cawanganpun berasa ' terlalu penting dan bermakna'. Menjadi Ketua Cawangan adalah pencapaian yang amat tinggi bagi ahli UMNO.

Saya dapati UMNO agak mengabaikan Ketua ketua Cawangan. Mereka dianggap sebagai pekerja bukan pimpinan parti. Kadangkala mereka dilayan seperti kerani.

Apa salahnya jika dirancang satu program' santai ' untuk mereka. Datangkan pimpinan tertinggi parti dari Perak. Hadirkan Menteri Besar yang hakikatnya ada Ketua Cawangan belum dapat berjabat tangan.

Ketua Cawangan adalah kunci kemenangan UMNO. Mereka tidak mahukan apa apa selain perhatian dan penghargaan. Hargailah mereka.

2. Gerakkan Pemuda dan Puteri. Mereka gagal menyaingi Pakatan Pembangkang dalam merapati golongan muda. Terlalu ramai pemuda di kampung, di kilang, di ladang ladang, Mat Rempit, Punk, di IPTA/IPTS.

Saya melihat Pemuda dan Puteri Perak tidak ada program yang benar benar dapat menawan pengundi muda. Program yang diadakan seakan ' biasa biasa ' sahaja sedangkan UMNO umumnya bergerak secara luar biasa.

Saya mendengar ada program latihan dijalankan. Ini sangat bagus untuk bangunkan Pemuda dan Puteri. Tapi tentunya kita ingin bertanya selepas mendapat latihan apakah rancangan susulannya. Berpadakah sekadar mempunyai semangat ? Sedarkan mereka setinggi manapun semangat mereka , mereka hanya dapat memberikan 1 undi kepada UMNO/BN.

Bimbinglah Pemuda/ Puteri supaya sewaktu UMNO hampir ke puncak, mereka tidak tertinggal jauh di kaki gunung.

Keyakinan saya tetap kukuh. Duduklah sebentar, mari kita berfikir apalagi yang boleh dibuat sementara masih ada masa.

Pembangkang sedang sangat bercelaru, mari gunakan kesempatan ini.