Followers

Tuesday, April 19, 2011

CIKGU MAAROF DIBANTU...

" KERANA ISTERI ..."


KELUAR DARI KEHINAAN.

Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah telah menerima kritikan ramai blogger pembangkang apabila menukarkan Cikgu Maarof, suami kepada Cikgu Normala, calon PAS yang kalah di Tenang.

Sayugia diperingatkan bahawa Cikgu Maarof menjadi terkenal bukan kerana beliau adalah suami kedua kepada calon PAS tetapi kerana beliau telah mengambil cuti sakit pada ketika beliau sihat dan membantu isterinya berkempen.

Saya fiir Cikgu Maarof dan PAS wajib berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana menukarkan Cikgu Maarof ke sekolah lain atas beberapa sebab :-

1. Cikgu Maarof akan terus mengajar di sekolah lama dengan
pandangan negatif pelajar,ibu bapa dan rakan rakan. Saya tidak dapat bayangkan betapa sukarnya Cikgu Maarof untuk berdepan dengan pelajar, sampaikan pendidikan sedangkan
pelajar tahu Cikgu Maarof adalah seorang penipu.

Cikgu Maarof telah hilang kehormatan.

2. Cikgu Maarof pasti akan dipandang serong oleh ibu bapa yang menghantar anak anak ke sekolah kerana pendirian politiknya. Tentunya sukar diterima, seorang warganegara yang makan gaji dengan kerajaan dan dalam masa yang sama memusuhi majikannya.

3. Masyarakat juga akan keliru, dalam masa Cikgu Maarof bercakap tentang daulah Islamiah, beliau sendiri adalah seorang yang amat tidak jujur dan berbohong secara terbuka.

Eloklah Cikgu Maarof bertukar. Dapatkan suasana baru. Buka buku baru. Bertaubat dan insaflah. Sesungguhnya berbohong itu adalah salah satu daripada perlakuan yang Islam tolak sepenuhnya.