Followers

Saturday, May 22, 2010

ISLAM DIHINA LAGI..

Sewaktu UMNO bersungguh-sungguh menjalankan usaha menghalang pimpinan DAP daripada mengucapkan " Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh" atas alasan ia adalah satu bentuk penghinaan kepada Islam, UMNO sebenarnya bersendirian. PAS mencari nas bagi mengharuskan perbuatan tersebut. PAS sebaliknya mendabik dada mengatakan bahawa ini adalah kejayaan dakwah mereka.


Sewaktu UMNO bersungguh-sungguh menjalankan usaha menghalang pimpinan DAP daripada membaca ayat ayat suci Al Quran dalam ceramah politik mereka, sekali lagi UMNO bersendirian. PAS dengan sombongnya mendakwa ini juga kejayaan dakwah mereka.


Sewaktu UMNO bersungguh sungguh menjalankan usaha menghalang DAP dan lain lain pimpinan bukan Islam daripada menggunakan kalimah ALLAH demi kepentingan politik mereka PAS tampil dengan nasnya mengharuskan perbuatan tersebut juga demi kepentingan politik mereka.


Telah jelas, UMNO tidak meletakkan ' pesona Islam ' di wajah mereka. UMNO kekal konsisten. Islam bukan alat politik UMNO. Islam adalah matlamat perjuangan UMNO.


Demikian perancangan ALLAH. Tiba tiba ada peguam Kristian memohon menjadi peguam syarie. PAS membisu tanpa kata. Persatuan Peguam Syarie Malaysia ( PPSM ) bangkit membantah. PPSM yang selama ini tidak berreaksi sewaktu UMNO bertungkus lumus mempertahankan Islam tiba tiba bangkit bersuara.


Persoalannya ialah kenapa baru sekarang ? Islam atau kedudukan yang PPSM pertahankan ?
Kepada pejuang UMNO, yakinlah bahawa manusia merancang ALLAH juga merancang. Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik baik peancang. Usahlah berasa risau dan gundah. Semakin lama kebenaran semakin terserlah.