Followers

Sunday, August 22, 2010

NAJIB...NAJIB

Rakyat khasnya umat Melayu apatah lagi UMNO ( termasuk penulis ) menanti dengan debaran apakah reaksi Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasioanal terhadap ucapan provokatif Chua Soi Lek semasa Kongres Perniagaan Cina Malaysia.

Ramai pemimpin UMNO mengeluarkan pelbagai kenyataan keras dan ada yang berbau ugutan kepada Soi Lek. NGO Melayu turut sama berpencak. Gendang dipalu menyemarakkan semangat Orang Melayu. Blogger tidak kurang hebatnya sehingga ada yang mengajak bermandi darah.

Saya sendiri sangat terganggu dan tidak sabar menunggu kenyataan Najib tambahan pula Soi Lek dilihat begitu biadab menempelak pemimpin UMNO termasuk Hishamuddin dan Tan Sri Muhyiddin sendiri.

Maka Najibpun mengeluarkan kenyataan. Umum. Biasa. Sarat nasihat dan pendidikan. Katanya BN mempunyai pengalaman panjang menghadapi pelbagai situasi dan konflik. Setakat ini tiada perkara yang tidak dapat diselesaikan secara rundingan.

Seluruh negara mengendur.Tenang. Inilah Najib. Inilah anugerah ALLAH kepada kita. Bijak dan tenang.

Saya terfikir ada benarnya apa yang Soi Lek kata. Orang Melayu kena berubah, terutama para Menteri. Tanyalah diri masing masing, apakah benar kita telah bekerja membangunkan bangsa atau kita hanya membangunkan diri sendiri.

Inilah Najib. Mujurlah , kita dianugerahkan pemimpin yang dapat kita tumpang kebijaksanaannya,