Followers

Friday, February 18, 2011

PAKATAN- BERPOLITIK DENGAN JIWA KECIL.

" CAKAP BESAR JIWA KECIL "


BEGINILAH MALAYSIA KERANA UMNO/BN BERJIWA BESAR

Dunia mengakui kenyataan bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang sedang bergerak maju dengan kudrat yang ALLAH kurniakan tanpa bergantung kepada mana mana kuasa lain.

Daripada negara yang ' dibimbangi merdekanya' kini Malaysia menjadi contoh teladan bagi kebanyakan Negara Islam di dunia.Penjajah pernah ' sangat bimbang' untuk melepas dan membebaskan Malaysia kerana mereka menjangka Malaysia akan huru hara selepas merdeka.

Kenyataannya Malaysia telah bangkit dengan cemerlang hasil perancangan, kesungguhan dan kebijaksanaan pimpinan kita yang diterajui UMNO/BN. Terimalah kenyataan ini.

Umum menyedari bahawa sehingga kini dan mungkin sampai bila bila Pakatan Pembangkang tidak akan mampu mengambil alih pemerintahan kerana jiwa kecil mereka.

Syamsul Iskandar Ketua Angkatan Muda PKR ( Sebagai contoh ) menyatakan mahkamah Tinggi Shah Alam dikuasai UMNO bilamana memutuskan bahawa Badrul Hisham Abdullah , ADUN Pelabuhan Kelang kekal sebagai YB.

Keputusan ini menurut beliau ialah bagi mempastikan kerusi terbabit tidak terlepas ke tangan pembangkang. Ironinya YB Badrul bukan ADUN UMNO/BN.

PAS Selangor pula menyatakan bahawa Selangor tidak akan dapat dipertahankan oleh Pakatan kerana UMNO telah mendaftarkan penduduk Sabah untuk mengundi di Selangor. Diberitakan sejumlah satu bas telah didaftarkan oleh SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara.

Dua kenyataan di atas dikeluarkan oleh dua tokoh dari dua parti berbeza. Ketakutan, syak wasangka dan kerisauan melampau ialah ciri orang berjiwa kecil.

Jika ketakutan, syak wasangka dan kerisauan melampau melanda pimpinan kita pada tahun tahun 50'an saya yakin dan pasti kita masih belum merdeka sekarang.

Jika ketakutan, syak wasangka dan kerisauan melampau menghantui pimpinan kita maka Malaysia tidak akan jadi seperti hari ini.

Justeru wajarlah jika Pimpinan Pembangkang memperbaiki diri.Usahlah mencari dan menyuburkan kerisauan. Bubarkanlah Pakatan. Mari bersama rakyat yang lain. Dengan pimpinan UMNO/BN kita bangunkan tanahair bumi bertuah ini.