Followers

Sunday, October 17, 2010

SELAMAT BERSIDANG



BERSIDANGLAH DENGAN KESEDARAN BAHAWA KITA MUNGKIN MENJADI SEJARAH

Minggu ini adalah minggu persidangan bagi UMNO dan sayap sayapnya.
Persidangan UMNO selama lamanya menjadi medan untuk memperbaharui azam dan tekad untuk mengangkat martabat parti.
Perwakilan dari seluruh negara akan berkampung di Kuala Lumpur.

Puluhan tahun dahulu umat Melayu Islam pernah berkumpul, berbincang, berbahas dan akhirnya menyatukan perasaan, fikiran dan azam lalu natijahnya Malayan Union ditolak mentah mentah.
Agama, bangsa , negara dan institusi Raja diangkat ke paras yang paling tinggi.

UMNO kini berada di persimpangan. UMNO hakikatnya berada dalam keadaan bahaya. UMNO yang pernah berjasa kepada rakyat kini seakan ditolak.

Bersidanglah para perwakilan. Bersidanglah kerana ALLAH. Bersidanglah dengan niat untuk mengembalikan maruah yang tercalar.

Perwakilan dan pemimpin parti perlu fokus. Tumpuan 100% . Persidangan kali ini berbeza dengan persidangan yang lalu. Persidangan kali ini mesti merupakan persidangan terbaik UMNO.
Banyak soalan perlu ditanya dan dijawab.

1. Berapakah pengundi baru telah berjaya UMNO daftarkan?
2. Benarkah pemutihan UMNO menjadikan UMNO semakin kuat ?
3. Benarkah UMNO tiada program berfokus untuk menang PRU 13 ?
4. Benarkah ahli UMNO masih meletakkan kepentingan diri melebihi
kepentingan parti ?
5. Benarkah sejak PRU 12 UMNO tidak berbuat apa apa ?

Inilah soalan yang wajib ditanya dan dijawab. Kepada pembahas usul berbahaslah dengan niat untuk menang.
Pemimpin parti gulunglah perbahasan dengan bersungguh sungguh. Persidangan UMNO bukan gelanggang RAJA LAWAK yang membuatkan orang tak kering gusi. Persidangan UMNO adalah GARIS MULA SATU JIHAD BAGI MENYELAMATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.