Followers

Tuesday, February 15, 2011

NOTA KECIL KEPADA ISMAIL SABRI YAAKOB

" KERANA ISMAIL SABRI KITA MUNGKIN TERHUKUM "


JANGAN KHIANATI DS NAJIB

Sesuatu yang sangat signifikan bila bercakap tentang DS Najib ialah keperihatinannya terhadap kebajikan rakyat. Susah senang, bahagia derita rakyat termasuk dalam perkiraan penting Najib.

Tetapi hakikatnya, Najib tak boleh menyelesaikan semua perkara secara bersendirian. Atas asas itulah maka Menteri dilantik dan diberi amanah untuk merealisasi harapan Perdana Menteri.

Salah satu Kementerian yang sangat rapat dengan rakyat ialah Kementerian yang dipimpin oleh DS Ismail Sabri Yaakob. Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Saya berpandangan Kementerian ini telah gagal memainkan peranan dengan berkesan. Di peringkat akar umbi, rakyat sedang mengeluh kerana kenaikan harga barang yang amat melampau dan membebankan.

Terkini harga susu pekat manis telah naik sebanyak 20 sen. Harga ikan dan sayur sudah melepasi harga syiling.

Peniaga mengambil peluang menyemai benci rakyat kepada Kerajaan. 100% kerajaan disalahkan kerana kenaikan barangan ini. Rakyat memang terbeban.

Menteri tidak boleh meminta rakyat mengadu. Menteri tahu kenaikan melampau telah berlaku. Menteri tahu rakyat terbeban dan terkesan.

Saya fikir kenaikan ini PASTI ada kesan yang sangat besar terhadap undi kepada UMNO/BN. Peniaga sedang bekerjasama rapat dengan pembangkang sekarang.

Saya tidak nampak ada kaedah lain yang lebih sesuai selain kawal dan tingkatkan penguakuasaan. Saya percaya Menteri telah GAGAL mendokong cita cita Perdana Menteri untuk melihat rakyat gembira.

Menteri mesti memilih dan membuat keputusan. Jika terbukti diri tidak berdaya, berhentilah dengan cara terhormat. Jangan khianati parti dan kerajaan.

Hidup ialah seni membuat keputusan. Jangan kerana seorang, seluruh kerajaan akan terjejas.