Followers

Saturday, April 24, 2010

Akar Komunisme Menular Ke Sungai Tengi

Peneroka menyerahkan Memorandum untuk diperjuangkan oleh Lim Kit Siang. Ideologi DAP telah meresap ke jantung hati pengikut Pas.

Saya konsisten apabila menyatakan telah nampak bibit bibit penyuburan semula faham komunisme dalam kancah politik bahaya Pakatan Pembangkang. Terbaru apabila Perhimpunan Anak Anak Peneroka Kebangsaan Kali Kedua diadakan di Felda Sungai Tengi pada 24 April 2010

Dalam perhimpunan tersebut, beberapa kumpulan peneroka yang kecewa dari Felda seluruh negara telah diminta membacakan teks yang disediakan oleh penganjur yang diketuai oleh Mazlan Aliman JK Pemuda PAS pusat.

Kandungan teks tersebut ialah gambaran kekejaman Felda yang sengaja diada adakan bagi menimbulkan kebencian peneroka terhadap UMNO. Walaupun ada wakil yang tersasul menceritakan kelebihan tinggal di Felda, namun ia tetap tidak mengubah hala tuju penganjur untuk mencetuskan kebencian terhadap UMNO.

Manipulasi golongan kecewa dan marah adalah salah satu strategi komunis untuk membunuh dan menghapuskan konsep ketuanan Melayu pada tahun tahun 50an dahulu dan nampaknya ia telah mula digerakan semuala sekarang.

Pada akhir sesi tersebut Lim Kit Siang yang menjadi tetamu utama majlis telah dijemput menyampaikan ucapan. Isi ucapannya ialah , bagi mengatasi semua masalah ini UMNO mesti dihapuskan dengan segera kerana di dalam UMNO terdapat terlalu banyak buaya yang bahaya.

Ucapan Lim Kit Siang pendek sahaja tetapi beliau berjaya menggambarkan bahawa seluruh masyarakat Felda adalah golongan miskin yang tertindas dan UMNO adalah golongan kaya yang pemeras, perasuah lagi zalim. Inilah kaedah komunis yang sering digunakan untuk menimbulkan kebencian melalui pertentangan kelas sosial yang sengaja ditimbulkan dan diapi-apikan.

Sekiranya peneroka dan masyarakat Felda tidak berhati hati saya percaya, hasrat membentuk masyarakat cemerlang di Felda seperti yang diharapkan oleh Allahyarham Tun Razak dan kini diteruskan oleh Datuk Najib pasti tidak akan berjaya. Kegagalan ini adalah impian pendukung komunisme tersebut.

Friday, April 23, 2010

Ada Sinar di Hulu Selangor

Kongres India Muslim Malaysia turut membantu secara sukarela
Gerombolan Pakatan terdesak: Hanya menurap beberapa meter jalanraya terpaksa memberitahu pengundi. BN bina jalan berselirat seluruh negara tak umum pun.

Saya berpeluang menyertai ribuan pencinta keamanan untuk sama sama memeriahkan PRK Hulu Selangor. Hari ini adalah hari terakhir kempen sebelum pengundi melaksanakan amanah Allah kepada mereka esok.

Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian dan perbualan dengan penduduk setempat saya jangka BN akan menang besar esok. Jentera PKR benar benar telah lumpuh di Hulu Selangor. Kebanyak jentera mereka yang berkampung di sini telah balik ke tempat masing masing.

Menurut sumber, DAP dan PAS terpaksa mengarahkan jentera mereka berpakaian dan berkelakuan seperti PKR supaya apa yang sebenarnya berlaku dapat ditutup daripada pandangan umum.Seolah olah jentera PKR berjalan seperti biasa.

Menurut sumber juga, wang adalah faktor utama masalah ini. Ada pemimpin PKR memanipulasi peruntukan yang diberikan sesuka hati. Sebagai contoh, jika peruntukan untuk sesuatu peti undi itu 100 ribu, yang sampai kepada jentera hanya 5 ribu.Manakala yang lain tidak dapat dikesan.

Dalam masa yang sama dikatakan berlaku pergaduhan antara jentera PAS dengan PKR di beberapa kawasab kerana ada jentera PAS yang merungut tentang calon. Dikatakan juga jentera PAS dari Kelantan tidak langsung menghormati jentera yang datang dari negeri negeri lain.

Walau bagaimanapun, jentera BN nampaknya berjalan lancar apabila sehingga ke hari ini petugas BN masih lagi fokus kepada pengundi secara individu. Saya difahamkan ada pengundi telah dapat ditemui sebanyak 2 kali.Banyak kubu pembangkang telah berjaya dirobohkan.

Saya difahamkan juga, jentera BN akan bekerja keras sehinggalah semua pengundi keluar mengundi dan mempastikan juga mereka mengundi BN. Antara kelebihan BN ialah apabila jentera dari seluruh negara boleh bergabung seakan satu keluarga.

Kajian yang dibuat mendedahkan bahawa pengundi muda nampaknya telah menampakkan kecenderungan untuk mengundi BN khasnya seleapas kehadiran DS Najib yang memang dapat menawan hati pengundi muda.

Kepada pengundi saya ingin berseru , malam ini tidurlah dengan niat untuk esok bangun melaksanakan amanah Allah , demi agama , bangsa dan negara yang kita kasihi.

Thursday, April 22, 2010

Pornthip...Pornthip


Dr Pornthip Rojanasunand ni bukanlah tokoh terkenal. Tapi nama dia agak menonjol bilamana Pakatan Pembangkang membawa dia masuk untuk membantu mereka membuktikan Teoh Beng Hock mati dibunuh.

Hasilnya Dr Pornthip mendakwa ada kemungkinan 80 % Beng Hock dibunuh. Maka berkokoklah ayam ayam Pakatan di seluruh dunia mengatakan kerajaan zalim. Membunuh orang tak berdosa.

Yang menghairankan kita ialah apabila Dr ni tak berani datang membuktikan dakwaan yang dibuatnya. Tuduh dan lari. Macam Anwar jugalah. Liwat dan lari. Sama je. Kata Dr ni dia terancam. Ada orang mengancamnya.

Yang ni kita terkejut sangat. Kalau Dr ni datang dari Brunei ke, dari Arab Saudi ke...patutle juga negara aman. Dia ni dari Siam. Negara paling huru hara di dunia. Please lah Dr. Ini Malaysia. Negara aman dan makmur. Sahabat kau Si Anwar ada juga cuba nak ganggu ketenteraman tapi tak jalan. Orang ramai dah tahu belang dia.

Kalau kita tengok dengan mata kasar pun dah boleh jangka manusianya Dr Pornthip ni. Rambut dia belang hijau, kuning, biru. Apa maknanya? Maknanya...

1. Dia ni jenis orang yang amat memerlukan perhatian.
2. Dia ni jenis orang yang menghadapi masalah kecelaruan personaliti.

Kalau andaian ini betul maka kita pun sependapat dengan Nazri Aziz. Dr Pornthip ni memang ibu penipu. Tak layak dipercayai.

Tuesday, April 20, 2010

Najib , memimpin mengikut Rasullullah

Najib-Obama, dua pemimpin yang berpandangan jauh

Baru baru ini ke US, Obama nak berjumpa ( Anwar merayu nak jumpa orang pencen- Al Gore ). Kemudiaan ke Jepun , atas jemputan. Perdana Menteri pergi melaksanakan tugas besar iaitu mencari ruang dagang ke arah memantapkan ekonomi negara.

Bagi kebanyakan pemimpin biasa, lojiknya PM akan berada di Hulu Selangor. Pilihanraya kecil ini amat signifikan kerana ia sedikit sebanyak memberi makna kepada dasar dan usaha yang PM cetuskan.

Anwar Ibrahim dan Hadi Awang berkampung di Hulu Selangor. Kit Siang turun sesekali menghasut pengundi Cina ( yang sebenarnya telah kembali kepada BN ). Nak jumpa pengundi Melayu Kit Siang tak berani sebab Bahasa Melayu dia macam rojak.


Najib berbeza. Najib melihat hutan. Najib tidak melihat pokok semata mata. Najib melihat negara yang nak dijaga. Najib mengasihi rakyat jelata. Najib sedar dia ada tanggungjawab besar memulih dan mengukuhkan ekonomi.

Anwar dan Hadi melihat Hulu Selangor. Maruah mereka terletak di situ. Mereka sedang bertungkus lumus berusaha menakluk Hulu Selangor. Menipu, memfitnah, mengadu domba dan menyemai benih benci.

Najib yakin kepada jentera. Najib tiada prasangka terhadap anak buah. Mesejnya mudah. BN perlu menang di Hulu Selangor dan dalam masa yang sama BN ada kewajipan terhadap seluruh rakyat jelata di seluruh negara.

Begitulah Najib. Tanpa banyak bercakap Najib melaksanakan tanggungjawab sebagaimana Rasullullah mengagihkan kerja kepada sahabat, penuh kepercayaan.
Syabas Najib

Monday, April 19, 2010

PAS berkubur di Hulu Selangor

Dari awal lagi Pakatan Pembangkang sebenarnya bukanlah sebuah pakatan. Ia adalah sebuah kongsi gelap yang dikepalai oleh DAP. PKR dan PAS tidak lebih daripada kuda tunggangan yang sentiasa dipaksa berlari menuju matlamat DAP iaitu kehancuran Melayu Islam.

Pemilihan Zaid Ibrahim adalah atas arahan DAP dan Anwar tiada pilihan selain mengikut telunjuk DAP bagi mempastikan Karpal Singh terus mengetuai pasukan pembelanya di mahkamah.

PAS pula tidak diajak berbincang sama sekali. Bijak juga DAP. Mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang kenyataan menghina PAS sebaliknya memilih Zaid yang merupakan satu satunya pemimpin Melayu yang berani menyaman PAS. Zaid adalah satu satunya pemimpin Melayu Kelantan yang berani dan konsisten memperlekeh dan menghina Nik Aziz.

Semua ini kembali diungkit dan disebut orang. Dalam masa yang sama PAS telah memaksa penyokong dan pemimpin peringkat negeri menyokong dan bekerja keras untuk memenangkan Zaid. Orang yang selama ini dianggap musuh kini menjadi sahabat.

Di Hulu Selangor, DAP telah berjaya memaksa PAS menjilat ludah mereka sendiri.Sekali lagi, Melayu dan Islam PAS terpaksa membiarkan maruah dan harga diri mereka diperniagakan.

Dr Halili tinggalkan PKR ?

Orang yang tak kenal Dr Halili mungkin terkejut dengan berita ini. Tetapi bagi yang kenal Dr Halili sebenarnya mengetahui bahawa selama ini pun hanya batang tubuh Dr Halili sahaja yang berada dalam PKR. Jiwa dan semangatnya tetap kekal bersama UMNO.

Dr Halili seorang pejuang. Kerana perjuanganlah Dr Halili mencapai tahap sekarang. Pakar yang amat disegani dalam bidangnya. Hubungan peribadi dengan Anwar Ibrahim memerangkap beliau. Dr Halili orang yang terdidik dengan budi bahasa dan adap sopan. Beliau tidak tergamak meninggalkan Anwar kerana percaya Anwar teraniaya.

Namun petunjuk dan hidayah Allah tetap datang kepada hamba yang soleh. Akhirnya Dr Halili mendapat kekuatan untuk meninggalkan gelanggang kepalsuan yang selama ini dikuasai Anwar.

Dr Halili mementingkan akhlak. Beliau yang saya kenali tidak akan berkompromi dengan persoalan akhlak ini. Apabila Anwar Ibrahim bertegas meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon, maka inilah masanya beliau berundur.

Syabas Dr, akhirnya Dr menjadi diri Dr yang asal. Melihat agama, bangsa dan negara mengatasi segala galanya.

Hulu Selangor , mencabut akar komunisme

23 Februari 1950, 19 orang anggota polis telah dibunuh bersama 5 orang anggota keluarga mereka dalam Tragedi Bukit Kepong.Sejak daripada itu sehinggalah sekarang luka hati rakyat yang sentiasa cintakan keamanan tetap berparut.

Semenjak akhir tahun 70an, komunis bukan lagi menjadi ancaman dalam negara kita. Rakyat hidup aman dan hampir melupakan sama sekali tentang kezaliman, kekejaman pengganas komunis . Barangkali anak cucu kepada mangsa keganasan komunis sahaja yang sesekali terasa hiba mengenangkan kekejaman tersebut.

Bagaimanapun sejak Gerakan Reformasi dimulakan pada tahun 1998, saya dapat melihat dengan ketara kecenderungan ' fahaman komunis 'ini diterapkan secara perlahan lahan oleh Pakatan Pembangkang yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.
Allahyarham Tan Seri Ghazali Shafie sewaktu menggulung perbahasan di Parlimen pada 7 April 1976 mengingatkan bahawa komunis tidak akan mungkin menamatkan perjuangan mereka. Beberapa kaedah akan terus mereka gunakan bagi menjayakan matlamat perjuangan mereka.Menurut beliau, antara strategi komunis ialah :-

1. Menghakis tekad dan matlamat negara mencipta kejayaan
2. Mengeksplotasi retak retak yang wujud antara pemimpin
3. Mengeksploitasi perasaan tak puas hati dari segi ekonomi, sosial dan politik

Ketiga tiga kaedah yang pernah disebutkan oleh Tan seri Ghazali Shafie merupakan perkara perkara yang menjadi tumpuan Pakatan Pembangkang. Ini diikuti dengan usaha mereka menyerang pihak polis dan menyemai kebencian rakyat terhadap penguatkuasa undang undang.

Kerisauan saya semakin kuat apabila kerajaan 11 bulan, pimpinan DAP di Perak secara tergesa gesa menganugerahkan geran tanah 999 tahun kepada anak cucu komunis di Perak. Terbaru ialah cabaran dan fitnah Ngeh Koo Ham terhadap polis .

Salah satu petanda bahaya komunisme ini ialah apabila sebahagian penggeraknya akan mendalami Islam bagi tujuan memikat hati umat Islam. Berjayapun mereka apabila tok tok guru dalam PAS ada yang terpukau dengan mereka bahkan ada yang sanggup mencipta fatwa bagi menyokong golongan ini.

Berasaskan kepada teori ini, saya ingin mengingatkan pengudi Hulu Selangor bahawa undi mereka bukan undi biasa. Undi mereka adalah penentu samada 'Fahaman Komunis 'akan terus menyerap masuk ke dalam kehidupan kita atau kita akan mengundi untuk mencabut sama sekali akar yang mula bertunas ini.

Percayalah, undi kita akan mempastikan ' luka Bukit Kepong ' tidak akan berulang.

Azmin Derhaka

Tiba tiba Azmin mencabar blogger atau sesiapa sahaja untuk membuktikan Zaid Ibrahim kaki botol. Katanya adalah tidak wajar menuduh seseorang tanpa bukti.
Ironinya tidak pula Azmin mencabar sesiapa membuktikan Anwar Ibrahim kaki liwat.
( Barangkali takut juga Azmin sebab entah entah dia juga adalah sebahagian daripada bahan bukti, 'entah entah ' ).

Azmin tahu Zaid kaki botol. Anwar Ibrahim pun tahu. Mereka melihat Zaid dari sudut berbeza. Azmin melihat inilah masanya nak menghancurkan Zaid. Zaid seorang yang bahaya kepada Azmin. Tanpa Zaid, Azmin pasti akan menjadi Presiden PKR seterusnya Perdana Menteri.( Azmin dan Zaid sama sama menjangkakan Anwar akan merengkok sekali lagi di penjara ).

Azmin tahu kalau Zaid menang kali ini, Zaid akan menjadi orang harapan Anwar Ibrahim. Kenyataan yang semua mereka tahu ialah Zaid jenis orang yang tiada perkiraan dosa pahala. Ada sumber mengatakan bahawa Zaid tak percaya Tuhan pun. Zaid percaya dia tak perlukan Tuhan. Dia boleh dapat apa dia inginkan. Orang macam ini sangat diperlukan oleh Anwar. Maklumlah lepas ini ada macam macam penipuan terpaksa dibuat untuk menyambung nyawanya.

Ini satu satunya peluang Azmin. Dalam kata lain Azmin tak mahu bermadu dengan Zaid. Kalau ( Sebenarnya pasti )Zaid kalah kali ini maka Azmin tiada lagi saingan. Azmin percaya dan yakin sangat dialah yang akan mewarisi PKR dan segala kuman kotornya.

Pertama kali dalam sejarah hidupnya, Azmin derhaka kepada bos yang amat dikasihinya.

Wednesday, April 7, 2010

Ayuh.ini masa kita berjuang

Petang tadi PM dan umumkan calon BN di Hulu Selangor tetap daripada MIC sebagai mempertahankan konsep setiakawan yang selama ini diamalkan. Beberapa makna daripada pengumuman ini :-

1. Datuk Najib mulakan pendekatan tegas dan jelas setelah pendekatan lembut dan
memujuk nampaknya kurang berkesan serta ada pihak menganggapnya sebagai
petanda lemah. ( Inilah yang umat Melayu nantikan setelah kegagalan Pak
Lah )

2. UMNO kekal setia walaupun komponen dalam PRU 12 telah khianat. Harap
mudah mudahan Hulu Seangor menjadi titik pertemuan semula.

3. Emosi semata mata tidak akan membawa kita ke mana mana. 1 Malaysia
menuntut kita untuk kekal berkongsi dan dalam masa yang sama saling
memahami, menghayati dan menjunjung perlembagaan.

4. Komponen khasnya MIC perlu menyemak semula pelbagai tuntutan yang
dibuat sebelum ini yang nyata melukakan hati UMNO dan orang Melayu.

Kepada PM kita ucapkan tahniah atas ketegasan dan kita berharap ketegasan ini akan dipraktikkan kepada semua orang, bukan UMNO dan orang Melayu sahaja.

Tuesday, April 6, 2010

Kokkoro - Praktis Anwar Ibrahim

Tiba tiba saya teringat kepada Sanusi Junid. Cerita orang dalam panggung yang takut ular memang mencuit hati saya. Bila terdesak, tiada pilihan maka manusia tiba tiba melakukan sesuatu yang sebenarnya tak boleh dia lakukan sebelum ini.

Cuma bezanya Anwar Ibrahim sentiasa dirangsang oleh semangat kokkoro ini. Kenapa ?
Sebab Anwar Ibrahim sentiasa berada dalam ancaman. Apa ancamannya? Keinginan dalamannya yang jarang ada pada orang lain. Haram ada dalam hati lelaki Islam.

Semangat kokkoro ini sekarang ada dalam diri Nizar di Perak. Tengok dalam DUN Perak. Nizar betul betul macam orang gila. Apa ancamannya ? Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Meng sentiasa menanamkan dalam jiwa Nizar " Kamu Melayu lemah, kerana DAP dapat jadi MB. Kalau mahu jadi MB lagi ikut kami punya cakap. Buat kacau ". Maka Nizarpun masuk DUN dengan niat untuk buat kacau. Emotional blackmail menjadikan Nizar sentiasa dibakar roh kokkoro. Kepada Tan Seri Sanusi - Nampaknya sekali ini semangat kokkoro telah hampir menghancurkan melayu.