Followers

Thursday, October 21, 2010

POKOK TIDAK TUMBANG KERANA RANTING REPUT



ASAL AKAR DIBAJA DISIRAM

Semalam Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri menyampaikan uacapan dasar Presiden dalam Persidangan Agung UMNO. Beliau menegaskan bahawa kedudukan dan hak orang Melayu dilindungi sepenuhnya dan ' terkunci kemas' dalam Perlembagaan.

" Tidak ada apapun yang dapat mengubah walaupun setitik apa jua perkara yang selama ini termaktub dalam perlembagaan ", katanya lagi.

Kedua dua kenyataan ini dengan sendirinya menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak sebelum ini. Inilah perkara AKAR yang tidak boleh diganggu gugat.

Najib telah menampilkan ' real selfnya'. Orang yang berfikir bahawa Najib terdesak dan tidak ' cukup Melayunya' selama ini pasti mendapat pengesahan.

Oleh yang demikian, usahlah kita berbahas tentang perkara RANTING. Barangkali tidak perlu berhujah tentang Melayukah Mamak. Melayukah Malabari, Melayukah Mualaf. Sehebat mana pun kita berhujah ia tetap ' meranting' sifatnya.

POKOKnya dalam perlembagaan Melayu ialah seseorang yang beragama Islam, mengamalkan cara hidup Melayu dan berbahasa Melayu. Usahlah membuang masa membahaskan tafsiran , kerana kita tahu apa itu MELAYU.

Yang patut bahkan wajib kita bahaskan ialah, ke mana dan bagaimana Melayu selepas ini.

Kalaupun ada yang ingin mencari salah untuk ditegur, tegurlah Ketua Pemuda kerana gagal memberi makna kepada persidangan selain mengharapkan ' kepercayaan yang lebih tinggi '.

Tegurlah Wanita Umno kerana dalam keadaan sekarang mengugut untuk berpencak di puncak parti.

Usah mencari salah Najib kerana ' ranting'. Ranting yang reput tak akan merobohkan pokok. Tetapi akar yang diracun akan membunuh pokok yang rendang

PEMBANGKANG KEHILANGAN NYAWA


PEMBINAAN MENARA WARISAN ADALAH MALAIKAT MAUT BAGI PEMBANGKANG

Secara serentak sebenarnya parti parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang dilanda ombak krisis. PAS dengan isu rasuah, PKR dengan masalah pemilihan dan isu moral Anwar Ibrahim manakala DAP dengan masalah kepimpinan autoritarian.

Pembangkang semacam hampir kehilangan nyawa. Dari segala sudut mereka bermasalah. Ruang untuk memberi penjelasan amat terbatas apabila penyokong mereka mula bertanya.


Mujur Bajet 11 dibentangkan. Pembangkang menganggapnya sebagai bonus hayat kepada mereka. Mahfuz Omar beberapa hari menyebut ' bajet seluar dalam '. Memang itu sahaja kemampuan beliau.

Angkatan Muda Keadilan mengambil peluang untuk menonjol diri bagi kempen PKR. Pembinaan menara Warisan sebenarnya mimpi buruk bagi mereka. Dalam keadaan ' ekonomi tenat dan negara menuju muflis, ada syarikat GLC mampu membina bangunan bernilai 5 billion '

Pembinaan Menara ini amat bahaya bagi pembangkang. Mereka bercakap di seluruh dunia tentang keruntuhan ekonomi. Mereka menghalang pelabur untuk masuk melabur kerana Malaysia sedang dilanda kemelesetan, tiba tiba ada sebuah menara bernilai 5 billion mahu dibangunkan.

Namanya sahaja sudah memberi makna yang amat mendalam ' MENARA WARISAN ' Jika kita teliti Menara Warisan dan pembentangan Bajet amat signifikan dengan ucapan Dasar Presiden Parti semasa Persidangan UMNO.

Bagi kita yang berfikir, sangat jelas peringatan, rangsangan, keinginan YAB Datuk Seri Najib untuk ' MELAUNGKAN DENGAN SEJELAS JELASNYA ' isyarat kebangkitan Umat Melayu.

Inilah ketakutan utama pembangkang. Jika benar akan ada kebangkitan Melayu maka dengan sendirinya seluruh jentera petualang Melayu akan tersingkir.

Sekiranya ini menjadi kenyataan, terimalah hakikat bahawa masanya telah tiba untuk pakatan jahat ini kita kuburkan , insyaallah.