Followers

Wednesday, March 30, 2011

SYABAS MAN !! KAMI AMAT BERBANGGA..

" GAMBAR HIASAN "


KHAIRUL AZMAN IBRAHIM HARUMKAN NAMA NEGARA.

Beliau bukan artis yang terkenal seperti Anuar Zain atau Datuk Siti Norhaliza.
Beliau bukan bintang sukan seperti Datuk Lee Chong Wei atau Shafee Sali.
Tetapi beliau adalah anak Melayu yang hari ini sedang mengharumkan nama negara.

Bertuahlah ibu yang mengandung dan melahirkannya. Bersyukurlah bapa yang bertungkus lumus membesar dan memberikannya pendidikan. Banggalah anak bangsa kerana memilikinya.

Beliau ialah DR KHAIRUL AZMAN IBRAHIM, pakar forensik yang telah melakukan bedah siasat ke atas mayat Teoh Beng Hock dalam keadaan tekanan yang sangat tinggi daripada keluarga TBH dan parti pembangkang.

Tekanan ditambah lagi oleh pakar Thailand Dr Pornthip Rojanasunan yang mempunyai pandangan berbeza. Saya percaya Dr Khairul Azman bertugas dengan meletakkan ALLAH di hadapannya.

Sebab itu Dr Khairul Azman tidak goyah dan konsisten dalam analisisnya.

Ditakdirkan ALLAH, semalam dan hari ini hasil kerja Dr Khairul Azman diiktiraf oleh Pakar Forensik Kelas Dunia, Prof Dr Peter Vanezis yang bersetuju dan mengiktiraf bahawa ' pandangan profesional' Dr Khairul Azman jauh lebih tepat daripada analisis Dr Pornthip.

Usah dipedulikan pandangan keluarga TBH dan Pakatan Pembangkang. Bukan kebenaran yang mereka mahukan. Teruskan kecemerlangan Dr, kami Umat Melayu Islam amat berbangga..