Followers

Thursday, December 30, 2010

MAKA 2010 PUN BERLABUH

MARI MELIHAT KE DALAM DIRI

Hakikat betapa ' hambanya ' kita di sisi Tuhan terbukti untuk kesekian kalinya. Sekali lagi kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak sedetikpun masa dapat kita pertahankan.

Setahun lagi pergi meninggalkan kita dengan segala peristiwa yang pastinya meninggalkan bekas di hati kita. Baik buruk, suka duka, bahagia derita, segalanya ada makna untuk kita pelajari.

Mari kita habiskan sepanjang hari ini untuk melihat dan menilai diri. Terima kenyataan bahawa akhirnya kita hanya diri kita. Ya diri kita sendiri.

Mari kita depani pula 2011 dengan yakin dan berani. Mari kita berazam dan berniat. Kita akan teruskan makna ' kewujudan ' kita sebagai pejuang yang diutus untuk menghapuskan petualang.
SELAMAT TAHUN BARU 2011.

Wednesday, December 29, 2010

ANWAR TERSENTAK DAN TERJELEPOK

" BERSAMA NAJIB, SEGALANYA MENJADI "


DS NAJIB ISYTIHAR CUTI UMUM

SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK TIDAK MENULIS SEBAIK SAHAJA SELESAI PERLAWANAN. SAYA BERSAMA JUTAAN RAKYAT MALAYSIA, BERTAFAKUR DAN BERSYUKUR DAN TIDUR DALAM IMPIAN DAN BAYANGAN KITA SEDANG BERADA DI PUNCAK.

PERLAWANAN MALAM TADI BUKAN PERLAWANAN BIASA. ANWAR IBRAHIM TELAH MENGHABISKAN JUTAAN RINGGIT UNTUK MENYEMAI BENCI INDONESIA KEPADA KITA.

MEREKA TIDAK MENONTON SENI BOLASEPAK YANG INDAH. MEREKA MENONTON DENGAN DENDAM DAN AMARAH.

DI SELURUH NEGARA , ANAK MUDA , ORANG DEWASA, KANAK KANAK DAN WARGA TUA SAMA SAMA MERAIKAN KEBANGKITAN YANG TIDAK DAPAT DITAHAN.

BANYAK YANG DAPAT DIPELAJARI DARIPADA PERMAINAN INI

1. K RAJAGOPAL BENAR BENAR MEMBUKTIKAN KEBERANIAN BERUBAH DAN KELUAR DARI ' KEBIASAAN ' AKAN MENDATANGKAN HASIL YANG BAIK.

2. PEMAIN MEMBUKTIKAN BAHAWA KEINGINAN YANG TINGGI, KESUNGGUHAN HINGGA SAAT TERAKHIR, SEMANGAT BERPASUKAN DAN FOKUS ADALAH RAHSIA KEJAYAAN MEREKA.

3. PEMAIN SANGAT PATUH KEPADA ARAHAN. K RAJAGOPAL BANGGA MENYATAKAN PEMAINNYA AMAT BERDISIPLIN DAN GIGIH.

4. KEUPAYAAN MENYERAP DAN MENYESUAIKAN DIRI DENGAN TEKANAN JUGA MENJADIKAN PASUKAN KITA WIRA DI ATAS PADANG.

KEPADA SAYA PEMAIN, JURULATIH DAN PARA PEGAWAI TELAH MENJAWAB SEGALA TOHMAH DAN PENGHINAAN YANG DILAKUKAN OLEH SEBAHAGIAN RAKYAT INDONESIA.

MEREKA TELAH MEMBAKAR JALUR GEMILANG. MEREKA TELAH MELEMPAR NAJIS KE KEDUTAAN MALAYSIA. MEREKA TIDAK BERSENDIRIAN. MEREKA DIHASUT DAN DIBAYAR.

MALAM INI, TANPA BANYAK BICARA, ANAK MUDA KITA TELAH MENEBUS MARUAH YANG TERCALAR.

ALHAMDULILLAH..BERSAMA DS NAJIB, SEGALANYA MENJADI.



MALAM INI BUKTIKAN ANWAR MELESET

" MALAM INI MEREKA SAKSIKAN ANAK MUDA BERSATU
DEMI NEGARA TERCINTA"



DAKWAAN ANAK MUDA BERSAMANYA TIDAK BENAR

Selepas PRU 12, dengan lantang Anwar mendakwa bahawa anak muda berada dalam genggamannya. Anwar persetankan orang tua kerana yakin mendapat sokongan golongan muda.

Hakikatnya tidak semua anak muda bersama Anwar. Anwar memandang rendah anak muda dengan menjangkakan mereka mudah dipengaruhi dan ditipu.

Anwar menjangka anak muda lebih mengasihinya berbanding kasih kepada negara. Anwar menjangka anak muda tidak menilai dan berfikir.

Malam ini adalah malam kemuncak. Mari kita buktikan bahawa KITA MENCINTAI NEGARA. MARI TUNJUKKAN KEPADA ANWAR BAHAWA KEPADA KITA MARUAH NEGARA YANG KITA PERJUANGKAN.

BENAR.. TIDAK SEMUA KITA BOLEH TURUN KE PADANG MEWAKILI MALAYSIA.

BENAR... TIDAK SEMUA KITA BOLEH TERBANG KE INDONESIA MENYORAK DAN MENJERIT MEMBERI SOKONGAN.

TAPI KITA BOLEH BERADA DI HADAPAN TV , MENONTON SAMBIL BERDOA. KITA BOLEH BERADA BERSAMA DI HADAPAN SKRIN YANG DISEDIAKAN.

MARI KITA SATUKAN HATI DAN PERASAAN KITA. MARI KITA BUKTIKAN BAHAWA KITA AMAT MENGASIHI TANAH TERCINTA INI.

MARI KITA BULATKAN TEKAD. KERANA CINTAKAN NEGARA ANWAR DAN KONCO KONCONYA WAJIB KITA JAUHI. KASIH KEPADA PERTIWI MENJADIKAN ANWAR ADALAH MUSUH YANG MESTI KITA TUMBANGKAN.

MARI KITA BERMULA MALAM INI. MALAM INI AKAN JADI MALAM PERTAMA. MALAM BERSEJARAH BAGI KITA.

MALAM INI KITA PERKUKUHKAN AZAM DAN ILTIZAM KITA. SEGALA YANG BURUK KEPADA NEGARA TERCINTA AKAN KITA HANCURKAN.




Tuesday, December 28, 2010

SELAMAT BERJUANG ANAK MUDA

" BERMAINLAH SEBAGAI BINTANG, BINTANG IBU PERTIWI ".

BERJUANGLAH DEMI MARUAH

MALAM INI AKAN BERLANGSUNG PERLAWANAN AKHIR KEDUA PIALA SUZUKI, MALAYSIA MENENTANG INDONESIA DI STADIUM GELORA BUNG KARNO. ANAK ANAK MUDA KITA AKAN SEKALI LAGI BERJUANG MEMPASTIKAN PIALA SUZUKI BERADA DALAM GENGGAMAN KITA UNTUK PERTAMA KALI.

SEPERTI YANG PERNAH SAYA NYATAKAN, BOLASEPAK BUKAN SEKADAR SUKAN YANG MELIBATKAN KAKI DAN KEPALA. LEBIH DARIPADA ITU IA MELIBATKAN HATI DAN JIWA. IA BUKAN HANYA MELIBATKAN PEMAIN, JURULATIH DAN PARA PEGAWAI, IA MELIBATKAN RAKYAT SEBUAH NEGARA BERDAULAT.

IRONINYA, KITA TELAH BERJAYA MENGALAHKAN PASUKAN INDONESIA PADA PERLAWANAN AKHIR PERTAMA DENGAN JARINGAN 3-0. BUKAN PASUKANNYA SAHAJA TERKESAN, SELURUH NEGARANYA TERMASUK BAPAK PRESIDEN TERGANGGU DENGAN KEKALAHAN INI.

INILAH YANG DIKATAKAN MARUAH DAN MARTABAT. INDONESIA SEDANG MEMANDANG KITA ' LEBIH RENDAH DARIPADA MEREKA'KESAN HASUTAN DAN FITNAH ANWAR IBRAHIM.

ANWAR DAN KONCO KONCONYA CUBA MELETAKKAN MALAYSIA BERADA DI BAWAH PARAS ' WAJAR ' AGAR RAKYAT INDONESIA MEMBENCI KITA.

ANWAR MEMPUNYAI AGENDANYA SENDIRI DAN SEBAHAGIAN KECIL RAKYAT INDONESIA ' TERGODA DENGAN RASUAHNYA' SEHINGGA TERCETUS ' RUSUHAN DAN PENGHINAAN '. INDONESIA MEMANDANG HINA KEPADA KITA.

SEBAB ITU INDONESIA SEAKAN DILANDA ' GARUDA ' APABILA MEREKA KALAH KALI PERTAMA.

SAYA TERUJA DENGAN CARA DAN CORAK PERMAINAN YANG ANAK MUDA KITA TUNJUKKAN. SAYA TELAH MENULIS, MEREKA TIDAK BERMAIN UNTUK DIRI ATAU PASUKAN SEMATA MATA. MEREKA BERMAIN DEMI NEGARA.

MALAM INI MEREKA AKAN TERUSKAN PERJUANGAN. INDONESIA TELAH MENYERANG SEBELUM WISEL PERMULAAN DITIUPKAN. SELURUH INDONESIA AKAN SAMA SAMA BERMAIN MALAM INI.

BERJUANGLAH DENGAN YAKIN, ANAK MUDA. BERMAINLAH DENGAN BERANI. SAUDARA TIDAK BERSENDIRIAN. MALAYSIA SEDANG BERDOA UNTUK SAUDARA SEMUA.

BERMAINLAH SEBAGAI ANAK MALAYSIA YANG KASIH KEPADA IBU PERTIWINYA. SELEPAS MALAM INI, WALAU APA PUN KEPUTUSANNYA, YAKINLAH, DENGAN DIDIKAN SEMPURNA YANG TELAH DIBERIKAN, KITA AKAN MULAKAN LANGKAH UNTUK MENDAKI PUNCAK YANG LEBIH TINGGI.

PERCAYALAH, KITA TIDAK DILAHIRKAN SEBAGAI BANGSA YANG LEMAH. KITA LAHIR SEBAGAI PEJUANG. PEJUANG YANG TIDAK AKAN MENGKHIANATI HASRAT DAN HARAPAN SEBUAH BANGSA.



INDONESIA SEDANG BERGELORA


KESAN KALAH 0-3 DI TANGAN MALAYSIA

INDONESIA SEDANG BERGELORA SEKARANG. MEREKA SERANG MENYERANG SESAMA SENDIRI. PERSATUAN SEPAK BOLA SELURUH INDONESIA ( PSSI ) TIDAK SEMPAT BERFIKIR TENTANG STRATEGI NAK MENGALAHKAN MALAYSIA SEBALIKNYA SIBUK MEMIKIRKAN KAEDAH NAK MEMULIHKAN STADIUM GELORA BUNG KARNO YANG ROSAK TERUK AKIBAT PENONTON MERUSUH.

MEDIA MENYALAHKAN HAMPIR SEGALANYA. PENONTON MALAYSIA, KESUNGGUHAN PEMAIN MALAYSIA JUGA DIANGGAP SALAH, PEMAIN MEREKA TERUTAMA PENJAGA GOL DAN TERMASUK JURULATIH IMPOT MEREKA. MANAKALA JURULATIH MENYALAHKAN MEDIA DAN PSSI YANG DIKATAKAN ' MELAMPAU'.

PENONTON DAN PEMINAT BOLASEPAK SUDAH MULA BERDEMONSTRASI DI LUAR KAWASAN PEGAWAI DAN PEMAIN MALAYSIA MENGINAP.

BERBEZA DENGAN KEADAAN DI MALAYSIA. KITA SEDANG BERSYUKUR, BERGEMBIRA DAN MERAIKAN BUKAN SEKADAR KEMENANGAN 3-0 TETAPI LEBIH DARIPADA ITU HIMPUNAN NILAI TERPUJI YANG DIPAMERKAN OLEH JURULATIH DAN PEMAIN.

PADA SETIAP KALI DITEMURAMAH, PEMAIN DAN JURULATIH SALING MENGHARGAI ANTARA SATU SAMA LAIN. MEMANG TERNYATA ADA KEGHAIRAHAN TETAPI GHAIRAH ITU TIDAK PERNAH MENJADI ' OMBAK EMOSI' YANG GAGAL DIKAWAL.

SEORANG PEMBACA YANG MENGULAS ARTIKEL SAYA SEBELUM INI MENYEBUT BETAPA 'ANAK MUDA KITA TELAH BERJAYA DIDIDIK OLEH KERAJAAN UMNO/BN DENGAN BERKESAN. MEREKA BERKEMBANG DAN MEMBESAR SECARA SEIMBANG DAN KESANNYA MEREKA DAPAT MENGENDALIKAN EMOSI DENGAN BERKESAN '.

SEKIRANYA KITA MEMBENARKAN SUBUR JIWA MENENTANG,MELAWAN MEMBABI BUTA, SUBUR PULA EMOSI BENCI DAN GANAS, LAMBAT LAUN MASYARAKAT KITA AKAN MENJADI SEPERTI DI INDONESIA DAN THAILAND. SEGALANYA DI
SAMBUT DENGAN DEMONSTRASI DAN PENENTANGAN.

BUKAN SAHAJA PELABUR TAKUT UNTUK DATANG MELABUR, PERNIAGAAN SEDIA ADA MUNGKIN RUNTUH SEPERTI RUNTUHNYA STADIUM GELORA BUNG KARNO '

KEPADA ANAK ANAK KITA YANG AKAN BERMAIN DALAM TEKANAN MALAM ESOK, BERMAINLAH DENGAN HATI DAN JIWA. BERMAINLAH DENGAN SEMANGAT 1 MALAYSIA. BERMAINLAH DENGAN KEINGINAN UNTUK MENANG, DEMI NEGARA BERDAULAT INI. KEMUDIAN TERIMALAH KEPUTUSAN PERLAWANAN DENGAN JIWA MERDEKA, SEBAGAI ANAK MALAYSIA YANG TERDIDIK DENGAN NILAI YANG MURNI.



Monday, December 27, 2010

NOR SHAHRUL IDLAN TALHA

" BINTANG CONTOH KEPADA UMNO "


TOKOH YANG WAJAR DICONTOHI UMNO

SAYA SENTIASA BERPANDANGAN BAHAWA SUKAN ADALAH ALAT YANG AMAT BERKESAN DALAM USAHA MEMBINA DAN MEMBANGUNKAN MANUSIA.

WALAUPUN BOLASEPAK MALAYSIA DIANGGAP SEBAGAI ' BIASA' SEJAK SEKIAN LAMA, TETAPI PERLAWANAN MALAYSIA MENENTANG INDONESIA MALAM TADI MENGGAMBARKAN SESUATU YANG AMAT ISTIMEWA, HEBAT DAN SARAT DENGAN MAKNA JIKA KITA MAHU MELIHATNYA SECARA MENYELURUH DARI PELBAGAI SUDUT.

UNTUK KETIKA INI SAYA INGIN MENGAMBIL SEORANG PEMAIN YANG PADA PANDANGAN SAYA AMAT ' ISTIMEWA ' DAN WAJAR DIJADIKAN CONTOH OLEH PIMPINAN DAN AHLI UMNO.

NOR SHAHRUL IDLAN TALHA ADALAH ' PENGANTIN BARU'. TETAPI BELUM SEMPAT MERAIKAN HARI BAHAGIA ITU, NOR SHAHRUL TELAH TURUN KE PADANG, BERLATIH DAN BERMAIN UNTUK NEGARA.

NOR SHAHRUL BUKAN HANYA BERMAIN DENGAN KAKI DAN KEPALANYA. NOR SHAHRUL BERMAIN DENGAN SELURUH JIWA RAGANYA. BIJAK, BERSEMANGAT DAN BERSUNGGUH SUNGGUH SERTA SANGAT FOKUS TERHADAP PERLAWANAN.

NOR SHAHRUL TIDAK BERMAIN UNTUK DIRINYA. WALAUPUN ADA PELUANG UNTUK MENJARING GOL TETAPI NOR SHAHRUL LEBIH CENDERUNG UNTUK MENGUMPAN BOLA KEPADA RAKAN YANG MEMPUNYAI PELUANG LEBIH BAIK.

BENAR. NOR SHAHRUL MEMPUNYAI PERKIRAAN YANG TEPAT SEHINGGA 2 DARIPADA JARINGAN KITA BERMULA DARIPADA NOR SHAHRUL.

KESANGGUPAN BERKORBAN DAN LETAKKAN KEPENTINGAN PASUKAN MENGATASI KEPENTINGAN DIRI MEMBOLEHKAN NOR SHAHRUL MENJADI BINTANG WALAUPUN TIDAK MENJARINGKAN SEBARANG GOL.

PERSOALANNYA ADAKAH PIMPINAN UMNO MEMPUNYAI NILAI YANG SAMA ? FOKUS, BERSUNGGUH SUNGGUH, PENUH STRATEGI, SANGGUP KETEPIKAN KEPENTINGAN DIRI UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA, BERUSAHA HINGGA KE SAAT TERAKHIR, BEKERJA SEBAGAI SEBUAH PASUKAN ?

JIKA CARA BERMAIN NOR SHAHRUL MALAM TADI DIHAYATI DAN DIIKUTI YAKIN DAN PERCAYALAH UMNO AKAN SENTIASA BERADA DI PUNCAK.

BARANGKALI PRK TENANG BOLEH MENJADI TITIK MULA. MARI KITA BERPOLITIK SEPERTI SHAHRUL DAN RAKAN RAKANNYA BERMAIN DAN INSYAALLAH KITA AKAN MENJULANG KEMENANGAN.


Sunday, December 26, 2010

TIBA TIBA KARPAL SINGH MENJADI HERO BAIK

" SELAMANYA KAFIR HARBI TIDAK AKAN REDHA DENGAN ISLAM "


HANYA KERANA NAK BERUNDING TENTANG KONSEP NEGARA ISLAM

Sangat mudah menakluki PAS. Inilah sebabnya kita orang Islam digalakkan menjadi orang berjaya, orang yang bekemampuan. Rupanya bila kita miskin, amat mudah kita dijajah.

Umum mengetahui tentang ' kemiskinan PAS ' sebagai sebuah parti.Selamanya PAS mengemis dan meminta. Pimpinannya pula hanya berusaha mengayakan diri sendiri dan kaum kerabat.

Apabila berpakat dengan DAP dan dibantu oleh DAP dari segi kewangan PAS hilang maruah dan harga diri. Apa sahaja yang dikatakan oleh DAP dianggap betul dan baik.

Inilah yang berlaku sekarang. PAS sedang berceramah di merata tempat tentang kemuliaan Karpal Singh berbanding dengan pimpinan UMNO. Hanya kerana Karpal berkata ingin berbincang tentang negara Islam.

Kenyataan seringkas itu memadam sejarah lalu Karpal yang sangat memusuhi Islam. SAYA PERCAYA APABILA KARPAL INGIN BERBINCANG DENGAN NIK AZIZ TENTANG NEGARA ISLAM, KARPAL SEBENARNYA INGIN ' MEWUJUDKAN NEGARA ISLAM YANG BARU SESUAI DENGAN KEHENDAK MEREKA '.

Hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara Islam. Bukan negara Islam biasa tetapi Negara Islam yang sangat dihormati.

Majlis Fatwa Kebangsaan dalam Muzakarah mereka pada 3/4 Feb
1986 mengesahkannya.

Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim ( allahyarham )menegaskan
" dengan adanya peruntukan dalam perlembagaan bahawa Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan, maka rasmilah Malaysia sebagai Negara Islam ".

Bahkan sehingga kini tidak ada hujah yang mengatakan Malaysia bukan Negara Islam.

Inilah yang ingin 'DIMAINKAN ' oleh Karpal Singh. Beliau menggunakan PAS sebagai alat untuk membuktikan Malaysia bukan Negara Islam.

Banyak nas Al Quran dan Al Hadis yang mengingatkan kita bahawa ' orang kafir harbi ' tidak akan redha dengan Islam selama lamanya.

Ingatlah amaran ALLAH " Mereka menyenangkan kamu dengan mulutnya, sedangkan hatinya menolak "- Al Taubah - 8.

Firman ALLAH lagi " Di kalangan ahli kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikan kepadamu, dan ada di kalangan mereka jika kamu mengamanahkannya walaupun satu dinar, nescaya mereka tidak akan memulangkannya kecuali jika kamu menaguhnya.." Surah Ali Imran- 75.

Saya yakin dan percaya, pimpinan PAS tahu ' putar belit dan mainan' DAP tetapi mereka terdesak untuk berkuasa dan akhirnya mereka redha Islam menjadi pertaruhannya.



Friday, December 24, 2010

UMNO AKAN MENANG DI TENANG

" KITA AKAN MENANG KERANA KITA MEMANG TELAH DITAKDIRKAN BEGITU "



BAHKAN UMNO AKAN MENANG BESAR DALAM PRU 13

INI HUKUM PSIKOLOGI. KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN.APA YANG AKAN KITA CAPAI BERGANTUNG KEPADA APA YANG KITA FIKIR, APA YANG SERING KITA GAMBARKAN DALAM MINDA KITA.

PEMIKIRAN INI , GAMBARAN INI AKAN MENJADI TENAGA YANG KUAT YANG MERANGSANG KITA UNTUK MELAKUKAN PELBAGAI TINDAKAN YANG MEMBOLEHKAN KITA MENCAPAI APA YANG KITA IMPIKAN.

JACK COLLIS DALAM BUKUNYA ' YES YOU CAN- BUKU TERJEMAHAN PASTINYA ANDA BOLEH ' MENJELASKAN BAGAIMANA KEUPAYAAN
MEMBINA GAMBARAN INI MEMBANTU BEGITU RAMAI ORANG UNTUK BERJAYA.

SEBELUM BUKU INI TERBIT, TUN MAHATHIR SEJAK TAHUN 70AN TELAH MULA MELAKUKAN PRAKTIS INI MELALUI PENULISAN DAN UCAPAN BELIAU.

INILAH YANG INGIN SAYA SAMPAIKAN KHASNYA KEPADA PEMIMPIN DAN AHLI UMNO. MARI KITA BERFIKIR DAN GAMBARKAN KEMENANGAN. KITA PERNAH MENANG BESAR DAN KITA AKAN MENANG BESAR LAGI SELEPAS INI.

TETAPI JACK COLLIS JUGA PEMIKIRAN DAN GAMBARAN SAHAJA TIDAK PERNAH MENGHASILKAN APA APA. INILAH JUGA PERINGATAN SAYA KEPADA PIMPINAN DAN AHLI UMNO.

1. UMNO MESTI MELAKUKAN HEAD COUNT MULAI SEKARANG.PERTEMUAN BERSEMUKA WAJIB DILAKUKAN DENGAN SETIAP PENGUNDI. SETIAP PENGUNDI MESTI TELAH DITEMUI OLEH SEKURANG KURANG KETUA SETIAP LOKALITI.

2. SELESAIKAN MASALAH MASALAH RAKYAT SEPERTI YANG DIJANJIKAN SEMASA PRU 12. MENYELESAIKAN MASALAH TERMASUK ' MENDENGAR DAN BERASA EMPATI' TERHADAP MEREKA .

3. GERAKKAN SEMUA JENTERA YANG ADA KE PERINGKAT MAKSIMUM. KECENDERUNGAN UNTUK MENGAGAK/ MENJANGKA
DAN MEMBUAT RUMUSAN BERASASKAN JANGKAAN MESTI DIELAKKAN.

4. SELESAIKAN MASALAH DALAMAN PARTI. MASALAH DALAMAN ADALAH FAKTOR PALING BESAR MENGAKIBATKAN KEKALAHAN.

5. ELAKKAN PROGRAM BESAR YANG MEMBAZIR DAN TIDAK MEM
BANTU. BERI TUMPUAN KEPADA TINDAKAN TINDAKAN TERUS
KEPADA PENGUNDI.

6. GERAKKAN PEMUDA DAN PUTERI MULAI SEKARANG. SEHINGGA KINI PEMUDA DAN PUTERI MASIH TIDAK BERBUAT APA APA. JELAJAH ONE MALAYSIA KEPADA SAYA SEBENARNYA AMAT TIDAK CERDIK.

7. HINDARI SEGERA PERLAKUAN YANG MEMBUAT PENGUNDI RASA ' GETIK DAN MENYAMPAH '. CARAGAYA DAN PENDEKATAN SEBENARNYA MEMAINKAN PERANAN DALAM MENCAPAI MATLAMAT.

8. LATIH DAN BANTU JENTERA SEHINGGA MEREKA FAHAM DAN MAHIR. PERNAH BERLAKU, JENTERA PENGANGKUT PENGUNDI HANYA BEKERJA SEHINGGA JAM 12 TGH. MASA MEMBAWA PENGUNDI ADALAH MASA YANG AMAT BERHARGA.

KITA AKAN MENANG BESAR. MENANG ADALAH KEWAJIPAN BAGI KITA. SEKIRANYA KITA KALAH, KITA SEBENARNYA TELAH REDHA DENGAN KESESATAN YANG DIBAWA OLEH PEMBANGKANG.



Thursday, December 23, 2010

BERSYUKURLAH RAKYAT TENANG

" PENDEKATAN DAN CARANYA SEAKAN KOMUNIS ?"



TERPILIH MENOLAK ANCAMAN KOMUNISME

SAYA TIDAK PERNAH MERAGUI KENYATAAN ALLAHYARHAM TAN SERI GHAZALI SHAFEI BAHAWA SALAH SATU PENDEKATAN KOMUNIS IALAH MENGAMBIL KONFLIK, KRISIS DAN PERMASALAHAN RAKYAT UNTUK DIPERBESAR, DIKETENGAHKAN DENGAN TUJUAN LAHIR KEBENCIAN, KEMARAHAN DAN PENENTANGAN TERHADAP PEMERINTAH SAH YANG DIPILIH OLEH RAKYAT MELALUI PILIHANRAYA.

TETAPI YANG MEMBIMBANGKAN SAYA IALAH PENDEKATAN INILAH YANG DIGUNAKAN OLEH PAKATAN PEMBANGKANG DALAM USAHA MEREKA UNTUK MEMENANGI PILIHANRAYA.

MEREKA MENCIPTA PERISTIWA ATAU MENGAITKAN PERISTIWA SEDIA ADA UNTUK TUJUAN MENYUBURKAN PRASANGKA DAN KEBENCIAN TERHADAP UMNO/ BN WALAUPUN IA SAMA SEKALI TIDAK BERKAITAN.

SEBAGAI CONTOH, KEMATIAN TEOH BENG HOCK DAN A KUGAN.KENAIKAN HARGA BARANG JUGA DIJADIKAN SEBAGAI SEBAB SEDANGKAN HAKIKATNYA KENAIKAN INI BANYAK BERPUNCA DARIPADA KEGHAIRAHAN PENIAGA.

AKHIR AKHIR INI MEREKA MASUK KE RANCANGAN FELDA. DI FELDA SUNGAI TENGI DAN FELDA SUNGAI BUAYA, DAP BUAT PERTAMA KALI DAPAT MASUK DENGAN BANTUAN EXCO PAS PUSAT, MAZLAN ALIMAN.

MEMANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN ADA KELEMAHAN DI MANA MANA AKIBAT PENGURUSAN SESUATU TANAH RANCANGAN YANG KURANG BERKESAN. KELEMAHAN INILAH YANG DIJADIKAN ALAT UNTUK DIKAITKAN DENGAN ' KEZALIMAN ' KERAJAAN UMNO/BN.

SEWAKTU DI FELDA SUNGAI TENGI, SAYA MENDENGAR CERAMAH LIM KIT SIANG YANG TIADA LAIN YANG DITEKANKAN SELAIN ' MARI KITA BUNUH UMNO KERANA UMNO BANYAK BUAYA '.

ITULAH SEBENARNYA MATLAMAT DAN HAJATNYA. ITULAH MATLAMATNYA.

SEBAB ITU SAYA BERPANDANGAN, TIGA RANCANGAN FELDA DI DUN TENANG AKAN MENJADI FOKUS MEREKA. FELDA TENANG, FELDA CHEMPELAK DAN FELDA CHEMPELAK BARAT.

SAYA MELIHAT BAHAWA MASANYA TELAH SAMPAI UNTUK SELURUH PENYOKONG DAN PECINTA KEAMANAN UNTUK BANGKIT MENYATAKAN PENDIRIAN.

INI BUKAN LAGI PERSOALAN MENANG KALAH PILIHANRAYA TETAPI LEBIH DARIPADA ITU, INI ADALAH MASA YANG PALING SESUAI DAN TEPAT UNTUK KITA MENOLAK PIHAK YANG MENJADIKAN KOMUNISME SEBAGAI ASAS PERJUANGAN MEREKA.

KITA BUKAN LAGI MENGUNDI UNTUK MENOLAK PAS YANG MUNGKIN MENJADI CALON, TETAPI KITA MENGUNDI UNTUK MENGINSAFKAN MEREKA DIJADIKAN KUDA OLEH PENDUKUNG KOMUNISME.

MENGUNDILAH DENGAN AZAM DAN NIAT UNTUK MENJAGA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR TERCINTA.





MARTABAT KAKITANGAN AWAM TERANGKAT

" TIDAK TERGUGAT " - HJ OMAR OSMAN


KEPIMPINAN BERWIBAWA MENGEKALKAN JAWATAN

Omar Osman sekali lagi memenangi jawatan Presiden CUEPACS dalam persaingan berat sebelah semalam. Kemenangan ini memberi makna cukup besar kerana komitmen terus terang Omar untuk jatuh bangun bersama kerajaan.

" Kita akan terus setia menyokong kepimpinan DS Najib dan bersedia untuk jatuh bangun bersamanya ",kata Omar semalam.

" Apa saja di bawah pemerintahan Perdana Menteri, jatuh atau bangun, kita akan tetap bersama beliau bagi memastikan negara ini menjadi maju pada tahun 2020 dan berpendapatan tinggi ".

Ucapan Omar yang berupa ikrar kesetiaan kepada Kerajaan DS Najib mendapat sokongan dan tepukan gemuruh para perwakilan yang dianggarkan melebihi 2000 orang.

Mengapa perkara ini menjadi bahan penulisan saya ?

Apa yang berlaku sebenarnya secara automatik menolak janji Pakatan Pembangkang yang sengaja diedar dan dihebahkan sebelum persidangan CUEPACS bagi tujuan melihat maklumbalas.

Jelas, Omar dan rakan rakannya tidak terperangkap dalam jaring janji Pakatan sebaliknya tambah berani menyatakan pendirian.

Kepada saya ia adalah petanda betapa kakitangan awam walaupun sebahagian daripada permintaan mereka tidak dipenuhi tetap memahami situasi ekonomi semasa dan sanggup menerima sekadar kemampuan kerajaan

TAHNIAH OMAR, SYABAS KAKITANGAN KERAJAAN


Wednesday, December 22, 2010

WARGA PENDIDIK RASA TERHINA

" CUBAAN PAKATAN MERASUAH GURU MEMAKAN DIRI "


PAKATAN PEMBANGKANG CUBA MERASUAH GURU

Saya menerima panggilan dari seorang rakan sekampung yang agak
tidak berjumpa semalam. Rakan saya ialah seorang guru yang telah berkhidmat hampir 30 tahun dengan pelbagai pengalaman di pelbagai tempat.

Beliau bermula sebagai seorang guru Sek Rendah yang menyambung pelajaran semasa berkhidmat dan sekarang bertugas di sebuah Sekolah Menengah di Selangor.

Dia menghubungi saya hanya untuk melahirkan RASA TERSINGGUNG DAN TERHINA DENGAN SALAH SATU JANJI PAKATAN PEMBANGKANG BARU BARU INI. MENURUT BELIAU JANJI UNTUK MENAIKKAN GAJI GURU SEBANYAK 500 RINGGIT SEBAIK SAHAJA MEMERINTAH MENGGAMBARKAN BETAPA RENDAHNYA ' NILAI DAN MARUAH' WARGA PENDIDIK DI MATA PEMBANGKANG.

HASIL PERBUALAN SAYA DENGAN BELIAU MENDATANGKAN BEBERAPA DAPATAN YANG INGIN SAYA KONGSIKAN

1. Bukan semua guru mendidik semata mata kerana gaji atau pendapatan. Guru kebanyakannya berkhidmat kerana kasih kepada anak bangsa.

2. Walaupun tidak kaya, kebanyakan guru hidup selesa dan bersyukur dengan tahap kehidupan sekarang

3. Guru berkhidmat dengan ' hati dan roh '. Pembangunan manusia tidak akan berlaku jika guru tidak ikhlas

4. Guru bersyukur dengan kemudahan untuk menyambung pelajaran bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan

5. Guru bukan golongan yang boleh ' DIGULA GULAKAN ' dengan janji material kerana sampai ke satu peringkat umur, guru lebih fokus kepada mencari keredhaan ALLAH.

Pandangan rakan saya bahawa Pakatan ' memilih guru untuk digoda atas beberapa sebab :-

1. Guru merupakan kakitangan kerajaan yang paling ramai

2. Guru dari sudut sejarahnya memang merupakan golongan yang rela bekorban dan berjuang

3. Guru amat rapat dengan masyarakat dan umumnya mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi

Bagaimanapun rakan saya menegaskan, berdasarkan pengalaman beliau sendiri beliau yakin warga guru tidak akan terperangkap dengan janji ini. Menurut beliau ada perkara yang tidak disedari oleh ramai orang iaitu kebanyakan anak guru berjaya dalam hidup.

Kebanyakan anak guru berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, sebahagiannya kerana ' keikhlasan guru ' mendidik.

Akhirnya rakan ini menegaskan bahawa nampaknya ada kecenderungan baru pihak tertentu untuk memaksa sokongan
orang ramai tetapi dalam masa yang sama menghina dan merendahkan maruah rakyat.

Perbualan ini mengingatkan saya kepada ramai guru saya, memang benar ada di antara mereka mendidik, mengajar dengan sepenuh jiwa raga mereka.

Nampaknya silap besar Pakatan Pembangkang. Umpan yang mereka lontarkan menjadi racun kepada mereka sendiri.

JANJI SERATUS HARI BUKAN PERISTIWA BIASA

" INSYAALLAH ANAK CUCU AKAN MENZIARAHI KUBURAN KITA DENGAN RASA SYUKUR DAN BANGGA "



IA ADALAH PERMULAAN SATU PERJUANGAN YANG AGUNG

Selepas Konvensyen Pakatan 2 di Pulau Pinang baru baru ini, Pakatan Pembangkang telah melahirkan satu dokumen yang merupakan ' janji mereka jika berjaya memerintah negara '.

Saya amat yakin bahawa apa yang berlaku adalah sesuatu yang amat hebat, sama prinsipnya apabila Peristiwa Tsunami melanda Acheh pada tahun 2004.

Apabila sebuah masjid kekal utuh di tengah tengah keruntuhan segalanya, maka ada ulamak yang mengaitkannya dengan peringatan ALLAH bahawa setelah manusia kehilangan segalanya, percayalah ada ISLAM sebagai penyelamat.

Saya fikir bahawa di tengah tengah kerisauan umat Melayu Islam tentang serangan pelbagai sudut yang cuba menghancurkan satu satunya negara Islam moden di dunia ini, sekali lagi ALLAH turunkan petanda bahawa kita kena kembali kepadaNya untuk menyelamatkan diri.

Mari kita merujuk kepada Al Quran Surah Al Baqarah 204-205,

" Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikan kepada ALLAH ( atas kebenaran ) isi hatinya, padahal ia adalah penentang
( Islam ) paling kuat. Dan apabila ia berpaling ( daripada kamu ),ia berjalan di muka bumi untuk merosakkannya, ia merosakkan tanaman dan binatang ternakan, dan ALLAH tidak menyukai kebinasaan. ( Ibarat orang yang berusaha menggoncang iman orang mukmin dan selalu mengadakan kekacauan dan huru hara)

Mari kita perhatikan pula peringatan ALLAH melalui Surah Al An'am - 112

" Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap tiap Nabi itu musuh, iaitu dari kalangan syaitan syaitan ( dari jenis manusia dan jin ),
sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain akan perkataan ( janji janji ) yang indah indah untuk menipu umat Islam. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak berjaya mempengaruhi. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka janjikan adalah palsu belaka.

Saya yakin apa yang berlaku sekarang bukan sekadar persoalan menang kalah pilihanraya, sebaliknya jauh lebih besar daripada itu ialah adanya percubaan untuk meruntuhkan satu sistem hidup masyarakat Malaysia yang amat unik dan istimewa.

Umum menyedari betapa tersusunnya apa yang berlaku, satu persatu seakan akan pergerakan buah catur yang dimainkan oleh pakar yang terbilang.

Percayalah. Walaupun kelihatan amat sukar, ini adalah anugerah ALLAH kepada kita untuk bangkit berjuang dan berjihad. Seperti Rasullullah dan para sahabat. Seperti datuk nenek kita yang berjuang menuntut kemerdekaan.

Ayuh mari kita bangun. Kita bangkit mempertahankan maruah dan martabat agama, bangsa dan tanahair tercinta. Ditakdirkan kita mati dalam perjuangan ini insyaallah, ALLAH akan letakkan kita di kalangan orang orang yang ALLAH kasihi.




Tuesday, December 21, 2010

BERKAT SOKONG TOK GURU

" MENDAPAT MAKLUMAT SALAH TAN SRI, MUNGKIN MENGUNDANG PADAH ".


SENANG NAIK PANGKAT

Inilah isu yang sedang hangat diperkatakan oleh kalangan warga pendidik di Perak. Saya pernah menulis sebelum ini betapa salah satu strategi Pakatan Pembangkang ialah menguasai Jabatan Jabatan Kerajaan yang penting.

Salah satu Jabatan yang amat rapat dengan rakyat ialah Jabatan Pelajaran. Jika sebelum ini ada ' persepsi ' yang meluas mengatakan bahawa JPN,PPD dikuasai pembangkang, kini persepsi ini semakin menular berikutan kenaikan pangkat warga guru baru baru ini.

Ada suara yang menimbulkan bahawa ' GURU YANG BERJAWATAN GURU KANAN DG 32 TIBA TIBA MELOMPAT KE JAWATAN GURU BESAR DG 34. SEDANGKAN RAMAI PENOLONG KANAN SENIOR MASIH KEKAL DI TEMPAT LAMA.

GURU INI PULA DIKETAHUI UMUM SEBAGAI PENGGERAK AKTIF PAKATAN KHASNYA SEWAKTU PILIHANRAYA.

MANAKALA GURU YANG MENYOKONG KUAT KERAJAAN TIDAK BERGERAK WALAUPUN TELAH BELASAN TAHUN MENJADI PENOLONG KANAN DI SEKOLAH ' A '.

Inilah perbualannya. Inilah persepsinya. Maka usahlah kita hairan jika ada ramai guru, RAMAI GURU menyokong pembangkang.
Menyokong pembangkang secara jelas memungkinkan peluang lebih baik untuk kenaikan pangkat.

Saya percaya perkara ini adalah barah. Orang tidak akan protes secara terbuka kerana risikonya banyak. Nampaknya lebih sukar menjadi penyokong kerajaan berbanding menyokong pembangkang.

Benarkah perkara ini berlaku ? Turunlah bertemu rakyat. Amalkan pendekatan DS Najib sewaktu menjadi Menteri Pendidikan. Dekati guru dan fahami penyokong kita.

Kita ada sedikit masa lagi, namun saya ingin mengingatkan bahawa ada cakap cakap di bawah bahawa KALAU NAK CEPAT NAIK PANGKAT, SOKONGLAH TOK GURU..BERKAT..



Monday, December 20, 2010

UMNO JAYAKAN KONVENSYEN PAKATAN 2

" SESEORANG MESTI DILANTIK UNTUK FOKUS KEPADA
JENTERA PILIHANRAYA "


GHAIRAH YANG MELEKAKAN

Saya pada awalnya seperti kebanyakan sahabat lain percaya Konvensyen Pakatan 2 telah gagal mencapai matlamatnya. Kepercayaan ini bersandar kepada fakta bahawa komponen Pakatan mempunyai dasar yang amat jauh berbeza di samping sejarah masalalu yang menggambarkan keretakan mereka.

Anggapan saya agak berubah hari ini apabila melihat reaksi pimpinan dan ahli UMNO, pimpinan NGO dan yang lainnya. Saya mendapati ada kecenderungan di pihak UMNO/BN untuk beranggapan bahawa rakyat akan terpengaruh dengan apa yang disiarkan oleh media arus perdana.

Saya pula mempunyai pandangan berbeza.

1. Ahli dan penyokong pembangkang akan mengabaikan apa jua yang dilaporkan oleh media arus perdana dan menganggap apa jua yang terpapar adalah palsu.

2. Ahli dan penyokong kerajaan pula akan menerima paparan media arus perdana secara bulat dan mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap bahaya Pakatan

Kerisauan saya ialah :-

1. Jentera UMNO akan berhenti bekerja atau tidak akan mulakan kerja kerana yakin pengundi membuat keputusan berdasarkan media semata mata.

2. Pimpinan UMNO/BN merasakan telah cukup maklumat yang didedahkan oleh media dan mengambil keputusan untuk tidak merangka program komprehensif bagi menawan pengundi.

3. Pimpinan dan jentera Pakatan pula secara senyap mendaftarkan pengundi baru dan terus memindahkan pengundi lama dengan tujuan memenangi lebih banyak kerusi.

4. Muslimat PAS terus terusan menjalankan ziarah dari rumah ke rumah bagi menawan hati pengundi dan menjalin hubungan baik dengan mereka.

Cadangan :

Sebarang berita yang didedahkan oleh media adalah aksesori dan kemungkinan memberi sedikit kelebihan kepada UMNO/BN. Tetapi saya jangkakan keputusan PRU 13 banyak bergantung kepada

1. Pengundi yang mengundi kali pertama dan memilih parti yang mendaftarkan mereka jika parti ini berjaya menjalin hubungan berterusan sehinggalah PRU 13.

2. Pengundi yang paling kerap didatangi oleh jentera parti yang bertanding dan dilibatkan dalam program program kepartian.

Kesimpulannya ialah sekali lagi kita perlu menerima kenyataan bahawa jentera pilihanraya mesti bermula sekarang dan jangan berhenti sehingga PRU 13.

Jika kita tidak sanggup bersusah payah sekali ini saya jangka kita akan berdepan keputusan yang mungkin mengecewakan kita.



Sunday, December 19, 2010

JELAJAH 1 MALAYSIA

" JELAJAH 1 MALAYSIA, BERTAMBAHKAH UNDI KITA ?'


APA YANG INGIN DICAPAI ?

" Saya tidak berharap kepada sesiapa selain daripada PEMUDA. Janganlah tuan tuan berbincang atas sesuatu masalah dengan panas, tetapi apabila balik menjadi sejuk dan lupa. Tuan tuan ingat bahawa daripada mulut tuan tuan pemudalah yang telah mengeluarkan cogankata " MERDEKA " . Saya percaya dengan tenaga pemudalah kita akan mencapai kemerdekaan ".

Petikan ucapan YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj dalam persidangan Agung Pemuda UMNO 3 April 1953.

Demikianlah tingginya pengharapan pimpinan utama parti kepada Pemuda ketika itu. Sejarah kemudiannya membuktikan komitmen Pemuda UMNO yang begitu hebat memperjuangkan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan di peringkat awal.

Saya bagaimanapun berasa Pemuda telah ' tersilap fokus ' sejak akhir akhir ini. Pemilihan kepimpinan Pemuda kelihatan lebih diberi keutamaan berbanding pilihanraya.

Selepas Persidangan Agung yang lalu, di mana diumumkan ada lebih 4 juta rakyat yang layak mengundi tetapi belum berdaftar, saya tidak dapat melihat ada gerakan bersungguh sungguh yang dilakukan oleh Pemuda untuk mendaftarkan mereka .

Jelajah 1 Malaysia ialah program yang sangat baik tetapi adakah program ini menambahkan pengundi kita adalah satu isu yang lain pula.

Saya bimbang Jalajah 1 Malaysia akhirnya menjadi program ' SORAK SORAI ' semata mata sedangkan hasilnya tiada. Dalam masa yang sama saya tidak nampak bahawa dalam keadaan sekarang inilah program terbaik yang mampu Pemuda jalankan.

Makna politik kepartian ialah memenangi pilihanraya, manakala pilihanraya hanya akan dimenangi oleh parti yang mendapat undi terbanyak.

Inilah keutamaan kita sebenarnya, sudahkan Pemuda bermula ?


KEPADA NAJIB SEGALANYA RAKYAT

" KEPADA NAJIB SUKAN ADALAH ALAT MEMBANGUNKAN MANUSIA"


PEMBANGUNAN RAKYAT KEUTAMAAN NAJIB

Saya pernah menulis betapa pembangunan manusia merupakan fokus yang diberikan perhatian khusus oleh DS Najib. Di mana mana pun Najib berpeluang, beliau akan memberi penekanan kepada perkara ini.

Inilah yang membezakan Najib dengan kebanyakan politikus yang lain khasnya dari kelompok pembangkang. Terbaru ialah apabila Najib ditemui wartawan selepas bersama rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak di Bukit Bintang.

Kata Najib " Bermain sebagai satu pasukan, disiplin yang tinggi dan patuh kepada arahan jurulatih adalah faktor kemenangan
kita ".

Jika kita amati, inilah juga nilai yang perlu ada dalam menjayakan matlamat mana mana organisasi. Inilah juga resepi UMNO bertahan sekian lama.

Inilah juga rahsia jika kita mahu UMNO terus kekal utuh dan kukuh. UMNO akan runtuh jika pimpinan dan ahlinya meninggalkan semangat ' sepasukan '. UMNO akan runtuh jika ada ahlinya meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan yang lain.

UMNO juga akan lemah jika ahlinya tidak mematuhi hasrat dan harapan pimpinan tertinggi. UMNO pasti akan kalah jika ahlinya gagal mendisiplinkan diri mematuhi nilai parti yang selamanya dipertahankan.

Itulah Najib. Setiap katanya ada makna untuk kita renungi.


KONVENSYEN PAKATAN 2

" HADI SEDAR DIRINYA DIPERALATKAN "


PESERTA PAS PULANG HAMPA

Seorang rakan yang saya hubungi dalam perjalanan balik daripada Konvensyen Pakatan di Kepala Batas. Aktivis tegar PAS ini membawa bersamanya 3 orang baru yang mula berjinak jinak dengan PAS.

Kecewa benar rakan saya bilamana menyatakan persoalan Negara Islam dan Hudud bukan sahaja tidak menjadi agenda tetapi tidak disebut sama sekali.

" Kami rasa seperti orang bodoh. Malu ana dengan rakan rakan yang baru ini ,"kata rakan saya ini.

Menurut beliau lagi langsung tidak ' terampil ' mana mana pimpinan PAS." Yang paling menonjol ialah Lim Guan Eng. Tiada perancangan masa hadapan sama sekali bagi kami daripada PAS".

" Ana tidak setuju jika dikatakan kami kuda tunggangan DAP tetapi ana langsung tak faham apa sebenarnya peranan kami". Keluh beliau lagi.

Menurut beliau, ahli PAS menjangkakan bahawa pengumuman tentang hala tuju Pakatan akan dibuat. Setelah Anwar digantung di Parlimen, PAS mengharapkan agar Hj Hadi akan diamanahkan 'memainkan peranan itu secara tidak rasmi'.

Apa yang berlaku ialah sebaliknya. Hj Hadi diperangkap oleh Pakatan untuk mengumumkan Anwar kekal sebagai Ketua Pembangkang.

" Sebenarnya Konvensyen ini memang tiada apa apa faedahpun kepada perjuangan kami. Ucapan ucapan hanya mengulang apa yang kami dengar masa ceramah. Langsung tiada apa pun yang baru."

Ulasan dankuala - Saya telah mendengar retak retak dalam Pakatan apabila PAS dikatakan dilayan seperti pekerja apabila arahan arahan dikeluarkan terus oleh Pegawai Lim Guan Eng.

Saya mempunyai keyakinan, Konvensyen ini akan menyaksikan keretakan ini akan bertukar menjadi ' belah ' yang tak dapat diselamatkan lagi.


Saturday, December 18, 2010

BERSILA DI BUKIT BINTANG

" LAMBANG KETINGGIAN AKAL BUDI "


ZAMAN POLITIK ELIT SUDAH BERLALU

Malam tadi DS Najib bersama rakyat menonton perlawanan bola sepak di Bukit Bintang. Tiada kawalan keselamatan, tiada protokol.

Penonton yang lain, kebanyakannya anak muda mulanya tergamam.Perdana Menteri berada bersama mereka meraikan kejayaan Malaysia membenam Vietnam 2-0.

Inilah yang rakyat nantikan. Najib bahkan mengumumkan bahawa ' tiada tembok pemisah antara pemimpin dan rakyat '. Najib tidak berlakon. Najib bersorak bersama penonton yang lain. Najib ceria sepanjang perlawanan.

Di Perak, Dr Zambry juga amat humble dan merendah diri. Zambry tidak ghairah menjamu selera di meja khas sebaliknya Zambry menceduk sendiri makanan secara buffet. Zambry juga tidak dihimpit oleh pengawal peribadi.

Zambry boleh ditemui oleh rakyat tanpa syarat. Kerendahan hati Zambry sebenarnya senjata yang menggagalkan pembangkang. Hasutan mereka supaya rakyat bangkit sewaktu peralihan kuasa tidak bersambut.

Sebahagiannya kerana Zambry. Personaliti yang amat rakyat senangi.

Malangnya Najib dan Zambry tidak boleh bertemu semua rakyat. Tidak mungkin. Di sinilah peranan Ahli Parlimen, ADUN dan pimpinan UMNO/BN sepenuhnya.

AP dan ADUN perlu turun ke bawah. Bertemu rakyat. Memahami mereka. Tiada protokol kerana protokollah yang menyebabkan kita hilang lima negeri ( salah satu faktor ).

Kempen pembangunan tidak lagi relevan. Rakyat telah mendapat segala yang mereka inginkan. Yang mereka perlukan sekarang ialah pemimpin yang mahu mendengar dan memahami.


ANWAR DI HUJUNG NYAWA

" SEBENARNYA ANWAR TAHU AKAN SAMPAI MASA DAP MENCAMPAKNYA
KE DALAM LUBANG YANG HINA "


KIT SIANG BAKAL MENGAMBIL ALIH

Para penyokong pakatan dari semasa ke semasa didedahkan dengan ' kematian demokrasi' di Malaysia. Itulah intipati sebenar Konvensyen Pakatan yang berlangsung di Pulau Pinang. Para pesert akan dipaksa menyangka bahawa masanya telah tiba untuk Pakatan merampas Putrajaya.

Para penyokong Pakatan akan tidur malam dengan niat untuk bekerja keras memenangkan Pakatan. Mereka bangun pagi dengan rasa seorang pejuang yang menyubur kebenaran dan menghapuskan kezaliman.

Yang paling ghairah di antara mereka ialah penyokong PAS kerana mereka yang paling lemah berbanding DAP dan PKR. Bilangan kerusi yang mereka miliki dan kedudukan kewangan mereka paling rendah berbanding yang lain.

Benarkah ada ada kebangkitan Pakatan selepas ini ? Sebenarnya tidak kerana yang akan bangkit adalah DAP. PAS dan PKR adalah pihak yang berusaha melonjakkan mereka. Hakikatnya DAP telah bermula dengan cukup licin dan lancar

1. Pendedahan WIKILEAKS adalah atas inisiatif DAP yang mendapat pertolongan Singapura. Telah timbul ' pemikiran baru' dalam kalangan rakyat bahawa Anwar tidak layak kerana KETAGIHANNYA. Pimpinan UMNO/BN pula diukur sebagai tidak cekap dan tidak berwibawa.

2. Melalui tipu muslihat Karpal Singh, Anwar telah digantung selama 6 bulan daripada Parlimen. Walaupun Karpal digantung sama namun ia tetap tidak mengapa kerana yang ingin mereka tonjolkan ialah Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.

3. Perbicaraan Anwar meliwat Saiful akan disambung selepas ini.Selaku peguam utama Karpal akan sedaya upaya menjadikan sisa perbicaraan ini sebagai medan ' membuktikan kerajaan jahat'. Kebencian terhadap UMNO/BN akan cuba ditingkatkan.

4. Anwar tidak akan dibela. Anwar akhirnya akan didapati bersalah. Berjayalah Karpal melaksanakan tugasannya menghancurkan Anwar setelah rakyat berpecah belah.

PKR akan bercempera. PAS sebenarnya tidak pernah berada dalam ' peta Pakatan '. PAS adalah malukut yang akan dibuang.

Siapakah yang tinggal ? DAP. Mereka akan menjadi parti tunggal yang ' kelihatan' mampu dan layak memerintah negara.

Penyokong PKR tidak mungkin berpatah balik. Penyokong PAS pula akan kembali ' mengharapkan syurga ' yang dijanjikan kepada mereka.

UMNO/BN lah yang bertanggungjawab mempertahankan apa yang kita ada sekarang. Islam, Institusi Raja, Hak Istimewa Orang Melayu dan sebagainya.

Malangnya UMNO/BN tidak boleh menunggu. UMNO/BN kena bergerak sekarang. Sekali lagi, UMNO/BN tiada pilihan selain menambahkan pengundi dan mempertahankan pengundi sedia ada. Persoalannya adakah UMNO bergerak ?



Friday, December 17, 2010

KENYATAAN YANG TAK JELAS

" BERTEGAS ATAU TERIMA KEMARAHAN RAKYAT ?"


MUHYIDDIN KENA TEGAS

KUALA LUMPUR 16 Disember - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak sekolah supaya tidak mengenakan bayaran tambahan yang tinggi kepada pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan pada 2 dan 3 Januari depan.

Tembalan Perdana Menteri berkata selaras dengan pekeliling yang telah dikeluarkan Kementerian Pelajaran, bayaran itu hanya boleh dikenakan setelah mendapat persetujuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri sebenarnya mempunyai makna yang sangat longgar. Inilah yang anehnya. Arahan sebenar tidak wujud.

Kementerian Pelajaran adalah Kementerian yang amat rapat dengan rakyat. Kejayaan atau kegagalannya berperanan dengan berkesan, akan memberi kesan yang amat besar terhadap kerajaan.

Setiap tahun isu ' yuran tambahan' sentiasa menjadi bahan perbualan rakyat. Hakikatnya tiada sesiapapun yang terkecuali daripada membayar yuran tambahan ini.

Seperti biasa ia akan jadi bahan kempen yang utama bagi pembangkang di awal tahun. Ini boleh dielakkan jika Kementerian Pelajaran membuat ketetapan yang jelas.

Memberi ruang kepada sekolah bermakna ' TIDAK MEMBUAT SEBARANG KETETAPAN '.

Saya mengesyorkan ' bayaran tambahan ini ' perlu diseragamkan dan ditentukan jumlahnya. Rakyat memang terbeban. Saya percaya Kementerian Pelajaran boleh menjadi contoh kepada Kementerian lain dalam ' mendahulukan rakyat '.

Tidak mungkin pencapaian sekolah akan merosot hanya kerana rendahnya bayaran tambahan.


JIKA TIDAK SEKALI INI

" JIKA BUKAN SEKARANG, KITA MUNGKIN TIADA PELUANG LAGI "


KITA MUNGKIN TIDAK BERPELUANG LAGI

Saya beranggapan bahawa apa yang berlaku akhir akhir ini adalah petanda betapa ALLAH sedang memberikan kita ruang untuk menyelamatkan negara bangsa tercinta ini.

Pendedahan Wikileaks, penggantungan Ahli Parlimen pembangkang jelas menggambarkan bahawa kita sedang diancam bahaya besar.

Mereka telah merosakkan institusi kehakiman, mereka cuba mencalar perlembagaan dan mereka kotak katikkan 'persefahaman'yang puluhan tahun kita pertahankan.

Mereka lakukannya dengan perancangan yang amat rapi. Mereka berjaya menghasut rakyat agar menjauhi media arus perdana.Mereka berjaya membentuk kepercayaan bahawa apa yang kerajaan lakukan adalah salah manakala apa sahaja yang mereka buat adalah benar.

Mereka berjaya ' mendidik ' sebahagian rakyat agar TIDAK BERFIKIR SAMA SEKALI DAN MENERIMA APA SAHAJA YANG MEREKA SAMPAIKAN.

Ini bukan lagi persoalan politik demokrasi. Ini bukan lagi isu politik kepartian. Ini adalah pembentukan masyarakat beku dan jumud.

Inilah tanggungjawab besar kerajaan sekarang. Usaha berani dan berterusan mesti dibuat bagi mengekang usaha pihak ini daripada berlanjutan. Kita bayangkan BETAPA MASJID YANG SELAMA INI MENJADI LAMBANG KEAGUNGAN ISLAM SUDAH BOLEH DIKONGSI DENGAN PENGANUT AGAMA LAIN.

KITA BAYANGKAN AL QURAN YANG SELAMA INI MENJADI PANDUAN UMAT ISLAM IKUT DITAFSIR SESUKA HATI DAN ADA ORANG ISLAM MENGANGGAPNYA SEBAGAI ' TIDAK MENGAPA'.

KITA BAYANGKAN APA AKAN BERLAKU JIKA ANAK ANAK KITA YANG SEPATUTNYA BERTUNGKUS LUMUS BELAJAR DI MENARA GADING DENGAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN, TIBA TIBA BERASA MEREKA LEBIH WAJAR BERADA DI JALANAN DENGAN SEBAB YANG MEREKA SENDIRI TIDAK JELAS.

Saya melihat bahawa sudah cukuplah kita ' berkompromi'. Sudah berpadalah kita menunjukkan budaya budiman. Cukuplah, atau kita akan menyaksikan anak bangsa hidup dalam keadaan serba tidak pasti.

Saya percaya kita mempunyai undang undang yang mencukupi untuk dikuatkuasakan. Usah berfikir untuk begitu terbuka. Jadikan Singapura sebagai panduan.

Singapura menjadi begitu maju kerana kerajaannya berani bertindak. Jangan percaya bahawa negara memerlukan pembangkang. Pembangkang kita tidak pernah membina.

Kita ada sedikit masa lagi sebelum PRU 13. Jika masa yang sedikit ini tidak digunakan sebaik baiknya, maka bersedialah untuk tumbang tanpa kubur.

Kerajaan perlu yakin bahawa buat masa ini lebih ramai rakyat inginkan keamanan berbanding kekacauan.


Wednesday, December 15, 2010

2000 HILANG KERJA





GUNTING DALAM LIPATAN MULA MENIKAM

Kuala Lumpur 13 Disember- Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan mengatakan terdapat kira kira 2000 orang pekerja rendah awam di sekolah sekolah seluruh negara tidak disambung kontrak perkhidmatan apabila ia tamat pada 31 Disember ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Fuad Zarkashi berkata Kementerian akan melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan CUEPACS itu bagi mempastikan keadilan pekerja tersebut terbela.

" Saya tidak boleh mengatakan perkara tersebut betul atau salah memandangkan pihak kementerian tidak dimaklumkan mengenai masalah tersebut".

Setelah membaca berita ini saya juga membuat semakan sambil meyakinkan hati saya bahawa tidak mungkin Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan 'sebegini dangkal' dalam keadaan Kerajaan UMNO/BN telah semakin berjaya memulihkan keyakinan rakyat.

Rasa hati saya sebenarnya SALAH. Sesuatu yang saya bimbangi telah berlaku. Kalau saya sebelum ini menulis tentang ' musuh dalam selimut' yang akan menjejaskan prestasi UMNO/BN, musuh tersebut telahpun menikam UMNO/BN dari belakang.

Di Perak, surat penamatan telahpun dikeluarkan. Bahkan pembangkang telahpun menjadikannya sebagai bahan kempen yang amat berkesan.

" Inilah BN, rakyat diabaikan, poket didahulukan, menjadi slogan baru mereka.

Mari kita melihat kepada situasi ini.

' Seorang pengawal keselamatan sekolah berumur 53 tahun. Telah berkhidmat selama lebih 20 tahun. Beliau mempunyai seorang isteri dan 3 anak yang layak mengundi. Beliau juga mempunyai pinjaman Bank Rakyat yang tempoh bayaran baliknya berbaki lagi 3 tahun.'

Apakah yang akan perayu undi UMNO/BN katakan kepadanya sewaktu merayu undi -

1. Anwar peliwat ?
2. PAS menyesatkan umat ?
3. DAP menganut fahaman komunis ?
4. UMNO/BN berkhidmat untuk rakyat ?

Segalanya tidak akan membawa makna kerana baginya UMNO/BN telah memasukkan pasir ke dalam periuk nasinya.

Berhentilah berkempen. Berhentilah bercakap tentang penderitaan rakyat jika kita sendiri sedang menambahkan derita mereka.

Inilah yang berlaku pada tahun 2008. Percayalah kepada saya. UMNO tidak menang kerana jutawan/hartawan yang mendapat faedah dari kemakmuran negara. UMNO/BN tidak menang kerana adanya cendekiawan di menara gading.

UMNO/BN menang kerana marhaen yang ada di ceruk kampung.UMNO/BN menang kerana perjuangannya membasmi kemiskinan.

UMNO/BN menang kerana menyelami resah gelisah rakyat.UMNO/BN menang kerana usahanya membangunkan manusia.

UMNO/BN menang kerana memahami makna sengsara dan bertungkus lumus membantu mengatasinya.

Jangan benarkan ada orang secara senyap dan licin mengganggu UMNO/BN melaksanakan kewajipan atau BERSEDIALAH UNTUK TUMBANG AKIBAT KECUAIAN SENDIRI.


PERMULAAN YANG INDAH BAGI MALAYSIA

" INI TEMPAT MARUAH TERBELA "


KERAJAAN UMNO/ BN KEMBALI BERKUKU

Ini adalah antara hari yang paling indah bagi saya dan saya yakin seluruh ahli UMNO merasakannya. Sejak pentadbiran Pak Lah ahli UMNO kehilangan ' rasa bangga ' menjadi ahli UMNO.

Tiada apa yang nak dibanggakan ketika itu. PRU 12 tambah memburukkan keadaan bilamana ada ahli UMNO ' tidak berani' mengaku komitmen mereka terhadap parti.

Sebaliknya ahli PAS, PKR dan DAP sentiasa mendabik dada. Mereka seakan akan merajai tanahair tercinta ini. Mereka persendakan agama, mereka perlekeh institusi raja, mereka permainkan hak istimewa orang Melayu.

Polis , SPRM bahkan tentera menjadi sasaran penghinaan mereka.Mahkamah menjadi medan mereka berpolitik .

Ahli dan pimpinan UMNO sendiri seakan kehilangan arah. Ahli UMNO hidup dalam ' rasa gagal dan kalah ' walaupun ada peningkatan di mana mana.

Tetapi hari ini ' negara menjadi panas '. Turunlah ke ceruk desa. Mari kita rasakan betapa hangatnya darah ahli UMNO. Lihat pancaran yang bersinar di wajah ahli UMNO.

Betapa bangganya ahli UMNO bilamana menyedari bahawa UMNO MASIH BERKUASA. ALLAH TUNJUKKAN HARI INI BETAPA UMNO MASIH BERKUASA. HARI INI PANGLIMA PANGLIMA PEMBANGKANG TELAH MENJADI KUCING KURAP DI HALAU KELUAR DARIPADA DEWAN.

HARI INI TOKOH TOKOH YANG ' BEGITU BERKUASA DI PARLIMEN MENERIMA HUKUMAN YANG SELAMA INI MEREKA FIKIR TIDAK MUNGKIN MEREKA TERIMA '.

BANGGANYA AHLI UMNO KERANA MEREKA MENYEDARI BAHAWA TANAH AIR TERCINTA INI MASIH MILIK MEREKA.

Inilah perasaan yang hilang di zaman Pak Lah. Inilah perasaan yang sentiasa dijaga oleh Tun Mahathir. Tentunya kita masih ingat betapa ' suburnya jiwa dan perasaan ahli UMNO' selepas Operasi Lalang 1987.

Mari kita berdoa agar apa yang berlaku di dalam Parlimen hari ini akan merebak keluar. Mari kita GAGALKAN APA JUA USAHA JAHAT YANG MAHU MENGGANGGU KITA MEMBINA TAMADUN BANGSA.