Followers

Wednesday, December 15, 2010

PERMULAAN YANG INDAH BAGI MALAYSIA

" INI TEMPAT MARUAH TERBELA "


KERAJAAN UMNO/ BN KEMBALI BERKUKU

Ini adalah antara hari yang paling indah bagi saya dan saya yakin seluruh ahli UMNO merasakannya. Sejak pentadbiran Pak Lah ahli UMNO kehilangan ' rasa bangga ' menjadi ahli UMNO.

Tiada apa yang nak dibanggakan ketika itu. PRU 12 tambah memburukkan keadaan bilamana ada ahli UMNO ' tidak berani' mengaku komitmen mereka terhadap parti.

Sebaliknya ahli PAS, PKR dan DAP sentiasa mendabik dada. Mereka seakan akan merajai tanahair tercinta ini. Mereka persendakan agama, mereka perlekeh institusi raja, mereka permainkan hak istimewa orang Melayu.

Polis , SPRM bahkan tentera menjadi sasaran penghinaan mereka.Mahkamah menjadi medan mereka berpolitik .

Ahli dan pimpinan UMNO sendiri seakan kehilangan arah. Ahli UMNO hidup dalam ' rasa gagal dan kalah ' walaupun ada peningkatan di mana mana.

Tetapi hari ini ' negara menjadi panas '. Turunlah ke ceruk desa. Mari kita rasakan betapa hangatnya darah ahli UMNO. Lihat pancaran yang bersinar di wajah ahli UMNO.

Betapa bangganya ahli UMNO bilamana menyedari bahawa UMNO MASIH BERKUASA. ALLAH TUNJUKKAN HARI INI BETAPA UMNO MASIH BERKUASA. HARI INI PANGLIMA PANGLIMA PEMBANGKANG TELAH MENJADI KUCING KURAP DI HALAU KELUAR DARIPADA DEWAN.

HARI INI TOKOH TOKOH YANG ' BEGITU BERKUASA DI PARLIMEN MENERIMA HUKUMAN YANG SELAMA INI MEREKA FIKIR TIDAK MUNGKIN MEREKA TERIMA '.

BANGGANYA AHLI UMNO KERANA MEREKA MENYEDARI BAHAWA TANAH AIR TERCINTA INI MASIH MILIK MEREKA.

Inilah perasaan yang hilang di zaman Pak Lah. Inilah perasaan yang sentiasa dijaga oleh Tun Mahathir. Tentunya kita masih ingat betapa ' suburnya jiwa dan perasaan ahli UMNO' selepas Operasi Lalang 1987.

Mari kita berdoa agar apa yang berlaku di dalam Parlimen hari ini akan merebak keluar. Mari kita GAGALKAN APA JUA USAHA JAHAT YANG MAHU MENGGANGGU KITA MEMBINA TAMADUN BANGSA.


1 comment:

Anonymous said...

kenapa kita masih menyalahkan semua perkara yang tak baik kepada Pak Lah,cuba ubah perangai lama UMNO iaitu suka menyalahkan orang lain dalam semua perkara,sombong ,bongkak,perasuah,penyalahguna kuasa dsb berubah lah dan muhasabah diri agar beroleh kejayaan di masa hadapan dan biarkan Pak Lah habiskan sisa sisa perjuangan nya dgn tenang.