Followers

Sunday, February 20, 2011

PAS TERSASUL, IKTIRAF PERJUANGAN UMNO

KONVENSYEN MENGEJUT MENAMBAH CALAR

Setelah tewas secara berturut turut dalam tiga pilihanraya kecil ,
PAS sebenarnya menjadi amat tertekan dan mengalami sindrom rendah diri yang amat melampau.

Malu, keliru mencetuskan panik dalam kalangan pimpinan PAS. Seperti kata DS Najib semalam, dalam keadaan tidak tenang pasti kita tidak mampu berfikir secara rasional dan keputusan yang dibuat biasanya akan mendatangkan kesan yang tidak baik.

Inilah yang berlaku kepada PAS. Apabila sokongan pengundi Melayu semakin merosot dan pengundi India dan Cina mula kembali kepada UMNO/BN PAS semacam hilang rentak.

Lantas tanpa berfikir panjang PAS menganjurkan Konvensyen yang dikatakan bagi manambahkan keupayaan Umat Melayu.

Tanpa sebarang kajian PAS akhirnya membentangkan 12 perkara yang dikatakan jaminan kepada Umat Melayu. Dengan harapan agar Umat Melayu memberikan undi kepada mereka, PAS terlupa bahawa apa yang mereka sebut sebagai jaminan ialah apa yang selama ini dilakukan oleh UMNO.

PAS hanya menyebut bahawa Islam dijadikan teras dalam mencapai kesemua 12 perkara tersebut. Saya telah mengkaji dan meneliti bahawa apa yang baru PAS tawarkan telah UMNO lakukan sehingga Umat Melayu berada pada tahap sekarang.

Sejak awal penubuhan hingga kini, UMNO tidak pernah memisahkan antara Melayu dan Islam. Bahkan salah satu syarat menjadi Melayu ialah seseorang itu mesti beragama Islam.

Selain daripada tidak akan termakan dengan umpan baru PAS saya sangat yakin lebih ramai ahli PAS sendiri akan pergi meninggalkan PAS kesan konvensyen ini kerana saya dimaklumkan bahawa sepanjang program ini berlangsung, DAP telah melakukan pemantauan yang amat rapi.

Demikianlah akhirnya. Bilamana sesuatu dilakukan tanpa rasa ikhlas untuk agama, bangsa dan tanahair, PAS akan berkubur jua.

Sekali lagi mari kita syukuri nikamat yang ALLAH berikan kepada umat Melayu Islam. Barangkali tidak sempurna tetapi tidak mungkin terpedaya.

KEYAKINAN NAJIB BERASAS

" ANALISISNYA MEYAKINKAN UMNO/BN "


MESIR DAN MALAYSIA AMAT BERBEZA

Sewaktu pimpinan pembangkang sedang ghairah meraikan kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia , Libya dan Bahrain dan mengharapkan kebangkitan yang sama berlaku di Malaysia DS Najib mempunyai keyakinan yang tinggi betapa kebangkitan yang sama tidak akan berlaku di Malaysia.

Sebagai perbandingan mari kita melihat faktor kebangkitan di Mesir berasaskan sudut pandangan Dr Syed Azman Syed Ahmad, salah seorang pimpinan PAS.

1. Hak serta kebebasan bersuara rakyat telah dinafikan selama lebih 30 tahun.
2. Pilihanraya hanya menjadi' rubber stamp' dan dijalankan setiap lima tahun secara penipuan dengan manipulasi undi serta menyekat hak demokrasi.

3. Kadar rasuah dan penyalahguaan kuasa amat ketara terutama di kalangan kerabat dan ahli keluarga Mubarak dan sekumpulan kecil elit kecil yang menyokong Mubarak

4. Kekayaan negara berputar di sekeliling Mubarak dan kaum keluarga dan parti NDP serta kumpulan kecil yang menyokong mereka.

5. Kadar kemiskinan kebanyakan rakyat mencecah 70 % dan pendapatan purata ialah di bawah 4 ringgit sehari.

6. Kos kehidupan amat tinggi. Rakyat dibebani dengan harga barangan harian seperti gandum, gula dan beras yang melambung.

7. Kadar pengangguran mencapai 60% dan kebanyakan anak muda tidak mempunyai pekerjaan.

Tujuh faktor yang dinyatakan adalah hasil analisis tokoh PAS yang tentunya tidak mempunyai unsur berat sebelah kepada UMNO/BN.

Jika kita mengambil kira 7 aspek berkenaan dan melakukan perbandingan dengan keadaan di Malaysia maka tentulah kita amat bersyukur.

Tentu rakyat dapat merasakan betapa bertuahnya kita di Malaysia.
Tanpa sebarang keinginan untuk berasa selesa, kita tentunya yakin bahawa DS Najib mempunyai sebab yang kukuh untuk meyakini bahawa tidak mungkin rakyat akan bangkit memberontak dalam keadaan rakyat bahagia dan hidup sejahtera.