Followers

Sunday, August 21, 2011

PAKATAN MEMANG MAHU PILIHANRAYA DITANGGUH !

KIRANYA UMNO SUDAH BERSEDIA INI MASA TERBAIK...

Jika ada orang menyangka DS Najib pemimpin yang lemah, orang itu sebenarnya telah melakukan kesilapan yang besar. DS Najib nyata jauh lebih bijak dan cekap mentafsir.

Dalam pada Pakatan Pembangkang ghairah menimbulkan pelbagai tohmahan terhadap SPR dengan tujuan untuk mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan rakyat, DS Najib tampil dengan cadangan berani membentuk JK Peringkat Parlimen bagi mengkaji dan melakukan penambahbaikan.

Inilah ketakutan pembangkang. Mereka tidak mahu kajian dibuat. Tambahan lagi mereka diletakkan sebagai sebahagian daripada JK tersebut.

Apakah mereka sebenarnya mahukan penambahbaikan dibuat ? Tidak.
Mereka mahu pilihanraya 13 dijalankan dalam ' semarak kesangsian' rakyat.

Pembangkang sudah menjangka ombak PRU 12 tidak akan berlaku lagi. Mereka telah gagal menunai segala janji. Mereka mahu alasan untuk diberikan kepada dunia jika undi mereka merosot.

Sebagai rakyat, kita berharap DS Najib tidak akan terpedaya. Kita teruskan PRU 13 dalam masa yang sama melakukan apa jua usaha penambahbaikan.

Syabas DS Najib. Cuma kebimbangan kita ialah adakah UMNO sudah bersedia ? Selain jentera adakah ahli dan pemimpin UMNO bersedia untuk mengatakan bahawa siapa jua calon yang ditentukan oleh pucuk pimpinan adalah yang terbaik ?

Jika ini boleh dilakukan maka kita ingin mengesyorkan kepada DS Najib, mari kita buktikan sekarang betapa kerana kita berjasa kepada rakyat kita tidak bimbang untuk dinilai...