Followers

Thursday, February 17, 2011

HARAKAH MINTA NIK AZIZ BERUNDUR

" PASTINYA DENGAN RESTU HAJI HADI "



TELAH BANYAK KEROSAKAN YANG NIK AZIZ LAKUKAN

Saya fikir PAS sendiri sudah tidak dapat menanggung akibat percakapan dan perbuatan Nik Aziz. Di mana Nik Aziz berceramah, di situ PAS kalah. Nik Aziz nyata bukan sahaja mengganggu pembangunan Islam dan umatnya di Malaysia, bahkan sedang meruntuhkan PAS sendiri.

Justeru Harakah edisi 18-20 Februari 2011 memberikan semuka penuh khusus untuk satu artikel yang bertajuk Siapa Pengganti Nik Aziz.

Artikel yang ditulis oleh LANJUSUH ini secara terbuka menyebut

1. Nik Aziz menyambut hari lahirnya yang ke 80 pada 10 Januari yang lalu. Penulis barangkali cuba mengingatkan Nik Aziz bahawa beliau telah tua.

2. Nik Aziz telah menjadi YB untuk tempoh 44 tahun. Penulis dengan berani seakan memberi amaran bahawa tempoh ini jauh lebih lama daripada tempoh 30 tahun Mubaraq berkuasa.

3. Penulis juga memetik pandangan beberapa orang tokoh PAS betapa PAS tidak akan runtuh tanpa Nik Aziz. Bahkan tokoh tokoh ini menyatakan bahawa pandangan ini adalah tidak benar.

4. Penulis berpandangan bahawa ' ketiadaan ' tokoh baru muncul adalah akibat ' kewujudan' Nik Aziz. Dalam kata lain, Nik Aziz sebenarnya adalah penghalang kepada kemunculan tokoh baru.

Kesimpulannya ialah, telah sampai masa ketikanya untuk Nik Aziz turun. Nik Aziz telah hilang kehormatan. Saya percaya keberanian Harakah adalah petanda jelas betapa masanya telah tiba untuk Nik Aziz pergi meninggalkan PAS.