Followers

Thursday, January 14, 2010

Ikhlas kunci kejayaan.

Sekali lagi saya ingin menyentuh Gagasan murni 1 Malaysia. Sebaik sahaja Gagasan ini dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, ianya terus menjadi fenomena yang melanda negara. Saya mempunyai keyakinan sekiranya kita ikhlas gagasan ini pasti akan menghasilkan kesan yang amat baik kepada negara.

Hakikat yang terpaksa kita terima ialah kita tidak mungkin menjadi satu bangsa. ALLAH telah jadikan kita bangsa yang berlainan, budaya yang berbeza tetapi menjunjung langit yang sama. Inilah uniknya kita.

Selama ini kita hidup harmoni. Orang Melayu bersedia berkongsi banyak perkara yang tiada bangsa lain di dunia sanggup lakukan. Bahkan orang India di India dsn orang Cina di Cina sendiripun tidak mungkin sanggup berkorban sebagaimana pengorbanan orang Melayu dan Bumiputera lakukan di tanah tercinta ini.

Namun bigitu pengorbanan besar ini seharusnya dihargai. Orang Melayu tidak wajar diperlekeh tidak kira dengan cara apa sekalipun. Maruah dan harga orang Melayu tak usah dipermain. Jika tidak Gagasan 1 Malaysia ini hanya akan jadi retorik kosong tanpa makna.

Saya ingin mengambil satu contoh penghinaan yang dilakukan secara halus yang sebenarnya menyinggung perasaan orang Melayu. Saudara perhatikan banyak papan tanda yang berbunyi " Terima kasih kerana terus mempercayai kami".Ini adalah papan tanda Zhulian, syarikat perniagaan barang kemas tiruan atau palsu. Bahasa mudahnya emas celup. Papan tanda ini banyak diletakkan terutama di lebuh raya Utara Selatan.

Saya tidak hairan jika syarikat mengiklankan produk mereka. Masalah yang timbul ialah gambar yang terpampang itu menunjukkan sekumpulan wanita Melayu. Tiada seorangpun bangsa lain. Maknanya yang mengguna atau mengedarkan emas palsu ini adalah orang Melayu. Orang Melayu dalam lain perkataan hnya mampu menggunakan barangan palsu. Inilah isunya.

Inilah yang saya ingin kaitkan. Sekiranya kita berhasrat untuk mencapai gagasan 1 Malaysia sebarang bentuk penghinaan seumpama ini mesti dihentikan. Saya percaya Gagasan 1 Malaysia tidak akan tercapai selagi kita tidak meletakkan hakikat kebenaran di tempat selayaknya. Kebenarannya ialah Orang Melayu adalah pribumi yang boleh berkongsi tetapi mesti dihormati.