Followers

Sunday, December 12, 2010

DAP ADA JARINGAN ANTARABANGSA

" MEREKA TIDAK AKAN BERHENTI SELAGI TANAH
TERCINTA INI TIDAK MEREKA KUASAI "


TEORI KONSPIRASI ANTARABANGSA ADA KEBENARANNYA.

Sewajarnya kerajaan berhati hati. Ini bukan lagi persoalan politik kepartian. Ini bukan lagi soal kebebasan dan hak bersuara. INI ADALAH ISU KEDAULATAN NEGARA BANGSA.

Kerajaan harus menyiasat, menyelidik dan memperkuatkan aspek pertahanan negara. Kementerian Dalam Negeri WAJIB memulakan langkah langkah pencegahan atau kita hanya BERSEDIA menunggu PENJAJAHAN BENTUK BARU INI MENIMPA KITA.

Saya bimbang PENDEDAHAN WIKILEAKS hanya dilihat sebagai
' TEMBAKAN KE ARAH ANWAR IBRAHIM SEMATA MATA '. Sebenarnya pendedahan ini harus juga dilihat dari beberapa sudut yang lain.

1. Mengapa sumber ' asalnya' adalah Singapura dan Australia?

2. Mengapa Anwar dikatakan termasuk perangkap dan siapakah yang memerangkapnya ?

3. Mengapa baru sekarang ianya didedahkan dan pendedahannya dibuat secara besar besaran ?

Saya melihat berasaskan pendedahan ini dicetuskan oleh Lee Kuan Yew pada saat ' perpecahan orang Melayu hampir sempurna dan DAP telah diterima oleh orang Melayu sebagai parti yang baik', maka saya yakin bahawa pendedahan ini adalah permulaan besar kebangkitan DAP di Malaysia.

DAP telah selesai pemilihan di negeri negeri utama. Anwar telah digantung di Parlimen dan perbicaraan kes liwatnya seakan tidak mampu ditangguh lagi, manakala konvensyen Pakatan ( yang dianggap sangat penting sebagai persiapan menghadapi PRU 13)akan dijalankan pada minggu hadapan.

Kesemua ini merupakan ' situasi terbaik ' bagi menampilkan DAP sebagai alternatif terbaik kepada rakyat. Kerajaan UMNO/BN telah dihukum jahat kerana memerangkap Anwar, Anwar telah terbukti tidak bermoral.

PAS sedari awal adalah malukut kepada pembangkang. Ini masa ketikanya DAP akan menjadi ' satu satunya ' yang ada untuk rakyat Malaysia.

Mereka pemerintah yang ideal dengan menjadikan Khalifah Umar sebagai contoh. Mereka mampu mentadbir Pulau Pinang dengan berkesan. Bahkan telah ramai orang Melayu sedang berkira kira untuk menjadi ahli DAP.

Saya sentiasa yakin bahawa DAP tidak sekadar mahu menjadi pembangkang yang hebat. DAP mahu menjajah orang Melayu.Lee Kuan Yew sudah bersuara dan suaranya jelas kedengaran. Apalah perlembagaan sebenarnya jika kuasa telah tiada.

Kita hanya ada dua pilihan,

1. Menunggu dan bertenang sehingga kita dijajah, atau

2. Menggunakan segala kuasa yang ada ' pada ketika ini' untuk bergerak dan bertindak demi maruah dan masa depan anak cucu kita.

Australia dan Singapura selama lamanya tidak gembira dengan Malaysia. Percayalah mereka mempunyai sebab yang kuat untuk membantu DAP menjajah kita.