Followers

Tuesday, August 31, 2010

JANGAN LAGI KEHILANGAN PENYOKONG SETIA

Ada rakan rakan beranggapan bahawa sambutan kemerdekaan ke 53 ini adalah antara yang paling suram dan sepi dalam sejarah negara. Keadaan ekonomi yang belum pulih adalah antara faktornya walaupun hakikatnya rakyat terbanyak tidak begitu terkesan.

Keadaan politik negara juga amat celaru. Sejak PRU 12 UMNO/BN bukan lagi sebuah kerajaan yang dominan. UMNO khasnya dinilai sebagai sebuah parti yangmenunggu masa untuk runtuh.
Walaupun Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri nampak yakin dan jelas namun 'mood' yang sama tidak dikongsi bersama para menteri dan pemimpin kerajaan.

Yang paling dibimbangi oleh rakan rakan ialah apabila orang Melayu Islam kelihatan berpecah begitu teruk. Apa jua isu dilihat dari perspektif politik kepartian. Sudah tidak kelihatan sebarang tanda akan berlaku titik temu. Orang Melayu Islam adalah majoriti yang lemah.

Pada ketika inilah muncul pelbagai isu/peristiwa yang selama ini berada ' dalam sekam'. Gambaran jelas daripada semua ini ialah kerajaan UMNO/BN adalah kerajaan lemah dan tidak lagi dihormati walaupun telah 53 tahun berjasa. Seakan ada orang tidak sabar untuk menghantar UMNO/BN ke muzium ataupun arkib.

- Pencerobohan masjid
- Provokasi Namewee terhadap Islam dan Melayu serta kerajaan
- Pengguguran nama Agung dalam doa khutbah dan diganti dengan nama Lim Guan Eng

Tiga contoh di atas memang melukakan dan membimbangkan orang Melayu Islam. Orang Melayu Islam yang kasih kepada bangsa hanya boleh melayan kesal. Penghinaan ini bukan kali pertama berlaku.

Ini pula disemarakkan menjelang sambutan kemerdekaan sehingga ia melunturkan makna dan seri sambutan ke 53 ini.

Namun dari sudut yang lain pula, saya beranggapan ketiga tiga isu di atas adalah anugerah
Allah kepada kerajaan pimpinan Najib. Inilah masa ketikanya untuk kerajaan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam merealisasikan Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Apa yang berlaku adalah menyentuh keselamatan negara./ keselamatan rakyat. Apa yang berlaku mengganggu pembentukan sebuah negara bangsa. Apa yang berlaku boleh meruntuhkan sebuah tamadun bangsa.

Inilah masanya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein membuktikan kebolehan dan kemampuan . Hishamudin berada dalam zon gagal. Inilah ketikanya Hisham boleh keluar dari zon tersebut. Hisham tidak perlu berbuat lebih daripada yang perlu, mempertahan maruah kerajaan.

Inilah masa ketikanya kita menyatukan hati dan perasaan kita. Satu Malaysia adalah gagasan amat bijaksana- kerananya keharmonian dicapai perlembagaan dipertahan.
Jika sekali ini kerajaan gagal bertindak betul , bersedialah untuk kehilangan penyokong yang patah hati kerana menyokong kerajaan yang lemah.

Monday, August 30, 2010

MERDEKALAH UMNO..MERDEKALAH.

Artikel ini saya tulis beberapa jam sebelum sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke 53. Mari kita ahli UMNO bersama sama bersyukur kerana perjuangan kitalah perjuangan dapat dicapai. Kerana pengorbanan ahli dan para pemimpin UMNO.

Hakikatnya bukan sedikit pengorbanan datuk nenek kita. Keringat, air mata dan darah pernah tumpah di bumi pertiwi tercinta ini. Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Kitul adalah sebahagian daripada petanda perjuangan orang Melayu.

Bukan sedikit pula datuk nenek kita disiksa dan hidup merana kerana kekejaman Inggeris, Jepun dan Cina Komunis yang anak cucu mereka sedang berusaha menjajah kita sekali lagi.
aan
Mari kita bersyukur dan berbesar hati kerana sejarah Melayu moden menyaksikan kita mewarisi sebuah pertubuhan mulia yang bernama UMNO. Mari kita bersyukur kerana berada dalam sebuah pertubuhan yang meletakkan agama , bangsa dan negara sebagai matlamat perjuangan.

Dalam masa yang sama mari kita menyedari bahawa sejarah kejayaan masalalu tidak menjamin kejayaan di masa hadapan. Marilah kita mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menilai diri kita. Saya dapati kalau dahulu UMNO menjadi alat menyatukan orang Melayu kini orang Melayu dalam UMNO sendiri berpecah belah.

PRU 12 nampaknya tidak menginsafkan kita. Tiada gerakan dibuat untuk merampas kembali negeri negeri yang tergadai. Bahkan di negeri negeri berkenaan UMNO lebih teruk berpecah. Aspirasi, cita cita dan iltizam Presiden Parti tidak dapat dihayati dan tidak upaya diteladani.

Gerakan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan hampir tiada. Rakyat dan ahli UMNO sendiri hampir tidak lagi merasai ' aura ' UMNO. UMNO seakan lumpuh di tengah gerakan agresif pembangkang pimpinan DAP. UMNO seakan terpaku dan hilang upaya.

Keadaan berbeza apabila UMNO menghadapi pemilihan dalam parti. Ketika itu UMNO bergelora dan hidup. Seluruh jiwa raga dicurahkan kepada usaha memenuhi cita cita peribadi atau kumpulan. Pelbagai kaedah dan strategi digunakan untuk menang, malangnya dalam parti sendiri.

Kepada pemimpin dan ahli UMNO , jika sesuatu tidak dilakukan serta merta percayalah. UMNO akan jadi sejarah luka. Anak cucu akan menangis dan menyesal kerana kita ( datuk nenek mereka) bukan pejuang tulen dan mereka menjadi mangsanya..merempat di bumi sendiri.

Sunday, August 29, 2010

MEMANG UMNO AKAN MENANG, YAKINLAH

Situasi 1

Datuk Nik Aziz Nik Mat sedang bertungkungkus lumus mencari nas dan dalil Al Quran dan Al Sunnah bagi mewajarkan apa jua perbuatan pemimpin dan ahli DAP , PAS dan PKR. Bukan mudah sebenarnya memutar belitkan ayat ayat yang diturunkan sebagai wahyu dan tidak pernah ada dalam sejarah ada manusia yang mampu merekacipta ayat ayat seumpama ini. Saya dapat menjangkakan betapa tertekannya Nik Aziz sekarang dengan himpitan rasa bersalah yang tiada taranya.

Situasi 2

Lim Kit Siang sedang sedaya upaya mencari jalan dan menyusun strategi bagi meneruskan gerakan menyuburkan jiwa hamba dalam kalangan pemimpin dan ahli PAS dan PKR yang rata ratanya orang Melayu beragama Islam. Bukan mudah melakukan tugasan ini kerana telah wujud keretakan dalam hati mereka ini tambahan pula apabila individu dan NGO yang sedar mula memberikan peringatan peringatan kepada umat Melayu. Banyak pengorbanan terpaksa DAP lakukan termasuk melukakan hati ahli DAP sendiri yang amat benci kepada Melayu Islam.

Situasi 3

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sedang berhempas pulas bermati matian mempastikan politik ' cintanya, terus kekal dan berkembang menjelang pemilihan PKR tak berapa lama lagi. Azmin wajib ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PKR bagi melayakkannya terus berintiman dengan Anwar atas keperluan parti. Wan Azizah akan terpaksa merelakan kerapatan ini atas nama parti.

Situasi 4

Manakala di satu tempat yang lain Datuk Seri Najib Tun Razak sedang memangku anak yatim sambil mengumumkan sumbangan 1.7 juta ringgit untuk membina surau dan asrama anak yatim tersebut.
Pengumuman tersebut dibuat pada waktu sahur yang dikatakan oleh ulamak sebagai sepertiga malam yang amat cemerlang bagi kita umat Islam. Sangat dramatik masa, tempat dan pengumuman yang dibuat oleh Najib yang sekaligus meneruskan iltizam bina insan yang menjadi keutamaan beliau.

Keempat empat situasi yang saya sebutkan di atas adalah secebis daripada peristiwa politik yang berlaku yang maknanya amat besar bagi kita. Sengaja gambaran ini saya lakukan bagi ahli dan pemimpin UMNO untuk berfikir bahawa ' situasi semasa ' politik negara berpihak kepada kita.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mengikut contoh teladan yang Najib tunjukkan. Ikut dengan hati, ikut dengan jiwa dan yakin serta bersedialah untuk menang PRU 13. Yakinlah

Thursday, August 26, 2010

PETANDA AMAT BAIK BUAT UMNO

Sewaktu memulakan kempen menyedarkan pimpinan dan ahli UMNO tentang potensi amat baik bagi UMNO untuk menang besar PRU 13, saya sebenarnya bercakap dari hati kecil yang amat yakin. Selagi pimpinan dan ahli UMNO mempunyai kesanggupan untuk menilai dan menganalisis jauh ke dalam diri masing masing.

Masing masing cuba mengelak daripada melihat kepada orang lain kecuali untuk hal hal yang amat positif. Sebagai contoh :-

1. Jika bercakap tentang calon kita sentiasa rasa ada rakan kita lebih layak berbanding kita.
Kita sentiasa berfikir bahawa jika sesiapapun menjadi calon kita wajib bekerja keras untuk
memenangkannya demi parti yang kita kasihi.

2. Bila bercakap tentang jentera dan kerja parti kita selalu merasakan bahawa kita yang patut
memulakannya tanpa memikirkan apa ganjaran yang akan kita perolehi.

3. Jika ada masalah dalam parti kita berasa bertanggungjawab untuk menyelesaikannya
bersama rakan rakan. Kita tidak sama sekali menjadi unsur pemecah belah dalam parti.

Tiga perkara asas di atas adalah syarat awal jika kita ingin menang. Saya akan menggariskan ratusan lagi syarat lain yang wajib kita penuhi. Mari kita bermula. Usah bimbang. Kenyataan media Faizal Tahir adalah bonus besar kepada UMNO. Katanya " Bila saya pergi ke Gaza sedarlah saya betapa bertuahnya menjadi anak Malaysia. Saya tidak faham mengapa ada orang merungut menyalahkan kerajaan dalam banyak perkara sedangkan kita telah dapat yang terbaik".

Ayuh saudara, apa lagi . Mari kita mulakan sekarang.

Tuesday, August 24, 2010

BERFIKIR KE ARAH MENANG PRU 13

Saya baru selesai membaca sebuah buku terjemahan yang bertajuk Pastinya Anda Boleh tulisan Jack Collis, seorang penulis yang amat terkenal kerana tulisannya berkaitan pembangun dan perubahan manusia berasaskan perubahan dan penguasaaan minda sendiri.

Buku ini saya yakini boleh membantu pembaca untuk berfikiran lebih positif dan berani membayang dan mengejar kejayaan. Antara pendekatan awal yang dicadangkan oleh Jack Collis ialah dengan menggunakan kuasa minda bagi membina 'gambar 'situasi di mana kita berada atau sedang meraikan kejayaan tersebut.

Gambaran ini perlu diulang ulang tayangannya supaya ia lekat di minda kita sehingga menjadi sistem kepercayaan. Sistem kepercayaan inilah yang akan menggerakkan seseorang manusia berfikir dan bertindak dan bertingkahlaku sesuai dengan apa yang ia percayai.

Saya membawa perbincangan ini kerana saya dapati pelbagai peristiwa yang berlaku dalam politik negara menjadikan UMNO dan ahli ahlinya mula percaya bahawa kita akan kalah. Pimpinan dan Ahli UMNO sebahagiannya sedang melayan kerisauan dan kegelisahan. Malang sekali risau dan resah itu tidak pula menggerakkan kita menjadi semakin laju dan gagah. Sebaliknya kita jadi seakan lemah dan tidak berdaya.

Keadaan amat berbeza apabila kita melihat secara teliti pemimpin utama kita Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Laju , cergas dan jelas. Riak wajah tidak menunjukkan kegusaran sama sekali. Mari kita tumpang keyakinan Najib untuk kita mulakan gambaran dan kepercayaan menang besar PRU 13. Percayalah jika acapkali kita lakukannya dan diikuti pula dengan rangkakerja yang sistematik- yakinlah seyakin yakinnya bahawa kita akan menang besar sama seperti Rasullullah di awal Islam- tidak ramai tapi menang kerana Tuhan bersama kita.

Sempena Ramadhan yang mulia ini ayuh kita mulakan kebangkitan. Padamkan perkatan kalah dari hidup kita. Kita tidak lahir sia sia. Kita lahir untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara tercinta.

MAKA PEMENTASANPUN BERULANG

Di tengah tengah kepanasan isu khatib tak bertauliah mendoakan LIM Guan Eng di atas mimbar masjid di Pulau Pinang dan dalam masa yang sama menggugurkan nama Yang Dipertuan Agung sebagai payung agama tiba tiba sekali lagi dua orang pelakon berkarektor Karpal Singh dan Nik Aziz tampil di pentas melakonkan kisah hudud Nik Aziz.

Seperti biasa lakonan mereka mantap dan meyakinkan. Mereka berhujah dan bertelagah. Mereka memenangi hati dan jiwa penyokong masing masing. Malangnya mereka juga memerangkap beberapa orang blogger yang selama ini berjuang demi kebenaran.

Blogger ini mengatakan apa yang berlaku ialah kegagalan Nik Aziz berdakwah kepada Karpal Singh. Inilah kebimbangan saya. Ada rakan percaya bahawa Nik Aziz adalah seorang pendakwah. Bukan. Nik Aziz bukan seorang pendakwah. Nik Aziz adalah seorang politikus licik yang menjadikan agama sebagai alat.

Nik Aziz juga bukan ulama. Pergilah ke mana mana negara Islam. Tanyakan Nik Aziz . Tiada siapa menganggap Nik Aziz ulama. Bahkan tiada nama Nik Aziz dalam dunia ilmuan Islam, tiada.
Usaha yang bersungguh sungguh mesti dibuat supaya umat Melayu Islam di Malaysia memperbetulkan tanggapan mereka.

Umat Melayu Islam mesti disedarkan bahawa Nik Aziz bukan ulama. Tiada keramatnya Nik Aziz. Hampir 20 tahun memerintah Kelantan, buktikan kejayaan Nik Aziz mengangkat martabat agama, tiada.

Nik Aziz dan Karpal Singh adalah sahabat baik. Mereka sentiasa berhubung dan berpakat. Bila bila masa PAS atau DAP menghadapi masalah, mereka sentiasa tampil bersama, berlakon dan beraksi. Kita jangan terperangkap. Sehebat manapun mereka berlakon, ia tetap sebuah lakonan yang tiada makna apa apa kepada pembangunan negara bangsa selain keruntuhan dan kemusnahan .

Sunday, August 22, 2010

NAJIB...NAJIB

Rakyat khasnya umat Melayu apatah lagi UMNO ( termasuk penulis ) menanti dengan debaran apakah reaksi Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasioanal terhadap ucapan provokatif Chua Soi Lek semasa Kongres Perniagaan Cina Malaysia.

Ramai pemimpin UMNO mengeluarkan pelbagai kenyataan keras dan ada yang berbau ugutan kepada Soi Lek. NGO Melayu turut sama berpencak. Gendang dipalu menyemarakkan semangat Orang Melayu. Blogger tidak kurang hebatnya sehingga ada yang mengajak bermandi darah.

Saya sendiri sangat terganggu dan tidak sabar menunggu kenyataan Najib tambahan pula Soi Lek dilihat begitu biadab menempelak pemimpin UMNO termasuk Hishamuddin dan Tan Sri Muhyiddin sendiri.

Maka Najibpun mengeluarkan kenyataan. Umum. Biasa. Sarat nasihat dan pendidikan. Katanya BN mempunyai pengalaman panjang menghadapi pelbagai situasi dan konflik. Setakat ini tiada perkara yang tidak dapat diselesaikan secara rundingan.

Seluruh negara mengendur.Tenang. Inilah Najib. Inilah anugerah ALLAH kepada kita. Bijak dan tenang.

Saya terfikir ada benarnya apa yang Soi Lek kata. Orang Melayu kena berubah, terutama para Menteri. Tanyalah diri masing masing, apakah benar kita telah bekerja membangunkan bangsa atau kita hanya membangunkan diri sendiri.

Inilah Najib. Mujurlah , kita dianugerahkan pemimpin yang dapat kita tumpang kebijaksanaannya,

Sunday, August 15, 2010

CHUA SOI LEK - BIJAK DAN BERANI

Pelbagai pandangan diberikan oleh pelbagai pihak sebagai reaksi kepada ucapan bijaksana Chua Soi Lek , Presiden MCA sewaktu Kongres Ekonomi Cina Malaysia baru baru ini. Ternyata Soi Lek seorang yang berani. Bahkan jauh lebih berani berbanding DS Anwar Ibrahim.

Apabila skandal sexnya terdedah, Soi Lek terus mengaku dan meminta maaf. Kemudian Soi Lek menawar diri bertanding Presiden MCA dan menang. Anwar Ibrahim setelah didapati bersalah dan dipenjarakan masih tidak mengaku dan terus terusan mencari helah.

Berani dan bijak adalah antara ciri yang amat diperlukan untuk menjadi pemimpin yang berkesan. Allahyarham Tun Razak mengambil alih pemerintahan negara dalam keadaan krisis yang serius. Ketegangan kaum, api dendam dan iri hati seakan api dalam sekam ketika itu.

Salah satu petanda kebijaksanaan Allahyarham Tun ialah apabila memperkenalkan DEB. Kemudiaannya banyak tanah tanah hutan dibuka dan dimajukan. Rancangan Felda menjadi fenomena ketika itu. Ada orang Melayu pesimis dan ragu. Cina kekal dengan prejudis dan dendam.

Di celah celah pelbagai persepsi itu DEB telah mencapai banyak kejayaan walaupun terdapat juga kelemahan di sana sini. Inilah makna kebijaksanaan.

Percayalah bahawa Soi Lek tidak bersendirian. Selepas ini akan ada tokoh lain yang bercakap perkara yang sama. Mereka akan terus bersuara sehinggalah hasrat mereka untuk berkuasa tercapai. Berkuasa sepenuhnya.

Sekali ini kita mengharapkan kebijaksanaan Najib. Kalau dahulu Tun Razak bermula dalam keadaan seakan tiada harapan, maka kita harapkan Najib menggunakan kebijaksanaan yang sama. Masanya telah tiba untuk kita menyokong Najib berfikir di luar kotak.

' Di dalam kotak' bermaksud :-
1. Kita orang Melayu Islam perlu berkorban dan terus berkorban
2. Kita perlu menjaga hati orang Cina dan India walaupun mereka tidak pernah menjaga hati
kita.
3. Kita perlu berkongsi bagi mempastikan kuasa terus bersama kita.

Inilah kotak yang selama ini memerangkap kita orang Melayu. Mari kita bersama D Najib keluar daripada kotak yang membelenggu kita. Percayalah kita boleh berdikari. Yakinlah bahawa kita ada kekuatan kita sendiri. Jangan lagi percaya bahawa negara akan runtuh tanpa orang Cina.

Sudah sampai masanya kita menjawab tuntutan Cina dan India ini dengan berani dan tegas. Ini tanah air kita. Jangan kita menjadi bacul. DS Najib perlu disokong untuk bertegas. Katakan kepada Soi Lek dan rakan rakannya. Bersyukurlah berada di Malaysia, atau pergilah dari sini. Umat Melayu Islam dah mampu lakukan apa sahaja sendiri

Monday, August 9, 2010

RAMADHAN MALAYSIA, BANGLADESH DAN INDONESIA

Insyaallah esok kita akan mulakan ibadah puasa Ramadhan. Inilah bulan yang ditunggu tunggu oleh sekalian umat Islam. Bulan yang mengangkat martabat umat. Inilah masa ketikanya kita berasa amat hampir dengan Allah swt. Ini masa ketikanya kita berasa kecil dan tiada apa apa melainkan rahmat dan kasih Allah jua.

Semasa saya kecil dahulu ( 30-35 thn yang lalu ) inilah bulan yang palin saya nantikan. Selain Hari Raya , Ramadhan adalah bulan rezeki bagi saya. Masa more dan masa menikmati juadah selepas Tarawikh adalah saat yang tidak pernah dilepaskan. Rakan rakan sebaya juga begitu.

Daging kari bersama ubi hanya dapat kami rasai pada Bulan Ramadhan atau pada majlis perkahwinan. Biasanya orang sebaya kamilah yang diutamakan semasa more ni. Seingat saya pada masa itu seluruh jemaah semacam sebuah keluarga. Saya tidak dapat mengesan sebarang pertentangan politik pada masa itu.

Pada masa itu saya juga mempunyai pelbagai keinginan dan selera. Tetapi tidak pernah lahir dari mulut saya sebarang permintaan kerana saya tahu amat sukar bagi keluarga saya untuk memenuhi permintaan tersebut.

Umumnya masyarakat di kampung saya tergolong dalam golongan miskin. Ibu bapa bertungkus lumus bekerja. Pagi petang membanting tulang. Jika dibayangkan sekarang, saya dapat rasakan keletihan mereka.

Sekarang anak anak mendapat hampir semua yang mereka ingini. Bahkan mereka boleh memilih. Kadangkala sehingga ke peringkat membazir.

Semua ini adalah petanda kemakmuran negara. Negara kita makmur sebenarnya. Kerajaan telah berjaya mengubah kehidupan rakyat dengan dasar dan perancangan yang dilakukan.

30 tahun dahulu bapa saya dan bapa rakan rakan saya mengasihi kami sebagaimana kita mengasihi anak anak kita sekarang. Malangnya mereka tidak mampu memenuhi kehendak anak anak sebagaimana yang kita lakukan kepada anak anak kita sekarang.

Justeru marilah kita hayati Ramadhan ini dengan menundukkan diri, sujud dan bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan kerana anugerahi kita kehidupan yang lebih baik. Hakikatnya kita tidak mewarisi kemiskinan keluarga.

Usah pula kita berfikir bahawa semua kerajaan sama. Di Bangladesh ada orang mati berebut roti pada bulan Ramadhan. Ada orang terbunuh di Pakistan semasa majlis mengagihkan bantuan berbuka puasa.

Di Malaysia ada orang mati atau jatuh sakit kerana makan berlebihan. Jadi marilah kita merenung dan berfikir. Mari kita satukan hati dan perasaan untuk berusaha dan berikhtiar mempastikan kerajaan ini terus kekal. Memang ada kelemahan, kita perbaiki bersama.

Kepada anak anak kita ingatkan, kita boleh berubah dan mengubah sesuatu tetapi dapatkah kita pastikan perubahan itu akan memberikan sesuatu yang lebih bermakna atau mungkin kita akan lebih derita.

Wednesday, August 4, 2010

PERANAN STRATEGIK DAP MENJADI ?

Saya tidak terperanjat membaca laporan akhbar dan ulasan blogger tentang hasrat Kerajaan Selangor pimpinan DAP untuk memohon maaf kepada Raja Permaisuri Agung kerana kesilapan yang berlaku dalam satu majlis di Selangor.

Saya juga tidak terperanjat apabila laporan itu juga menyebut bahawa Sultan Selangor turut tidak dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP.

Semua yang berlaku ini adalah sesuatu yang dirancang dengan perancangan yang amat rapi. Majlis anjuran Kerajaan Negeri dengan jemputan Di Rajanya Raja Permaisuri Agung, adalah satu majlis yang amat istimewa dan besar maknanya.

Majlis yang pastinya disusun dan dipantau oleh pegawai protokol yang terlatih. Tidak mungkin akan berlaku kesilapan melainkan penganjur memang berniat untuk ' silap '.

Saya melihat peristiwa ini sebagai satu petanda bahawa Kerajaan Negeri Selangor pimpinan DAP memang sengaja kesilapan ini untuk menunjukkan penderhakaan mereka bukan kepada Raja Permaisuri Agung atau Sultan Selangor tetapi kepada Institusi Raja yang merupakan salah satu halangan bagi DAP untuk merealisasi ' Malaysian Malaysia '. Institusi Raja adalah salah satu komponen yang dipertahankan oleh perlembagaan.

Satu ketika ' penderhakaan ' yang sama pernah ditunjukkan oleh Pakatan Pembangkang pimpinan DAP di Perak. Orang Melayu Islam sampai tergamak menghalang kenderaan Sultan dan Raja Muda Perak.

Ironinya ia dirancang dan dilaksanakan di hadapan masjid selepas Solat Jumaat. Berganda penghinaan DAP sebenarnya. Di satu pihak menghina Raja manakala di pihak yang lain menghina Agama Islam dan penganutnya.

Pembaca saya harap tidak membaca berita berita ini hanya sebagai berita. Kita wajib membaca yang tersirat di sebalik berita itu. MELAYU ISLAM TERUS TERUSAN DIHINA.