Followers

Sunday, February 13, 2011

PERTEMUAN 15 FEBRUARI 2011

BERIKAN AKU NYAWA.

Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar paling panas di Malaysia. Beliau adalah seorang pentadbir tulen bukan seorang politikus.

Bilamana beliau dipaksa mentadbir Selangor bagi pihak DAP, beliau menghadapi banyak masalah. Tekanan DAP, desakan rakyat dan asakan UMNO/BN sebenarnya tidak mampu dihadapi oleh Khalid.

Apabila mentadbir tanpa kebolehan, Khalid sebenarnya sedang berada di hujung hayat politiknya. Khalid tidak berupaya merancang untuk Selangor dan dalam masa yang sama gagal pula meneruskan perancangan kerajaan terdahulu.

Justeru, Khalid dan pasukannya pantas mengambil apa jua kesempatan yang ada sebagai talian hayat, mempastikan kelangsungan hidupnya.

Esok, 15 Feb 2011 akan berlangsung perjumpaan bersama pelajar yang baru pulang dari Mesir dan keluarga mereka. Kira kira 2000 anak Selangor telah dibawa pulang akibat kekacauan di Mesir.

Saya menjangkakan Khalid akan

1. Meyakinkan khalayak bahawa usaha kerajaan UMNO/BN membawa pulang pelajar adalah atas desakan Pakatan. Tanpa desakan Pakatan, pelajar ini akan terbiar.

2. Meyakinkan khalayak bahawa sebenarnya Kerajaan UMNO/BN mahu keluarga pelajar menanggung sendiri perbelanjaan pulang para pelajar. Kerana desakan pembangkang maka Kerajaan menanggungnya.

3. Meyakinkan khalayak bahawa bantuan Arab Saudi dan kepantasan pengurusan diplomatik adalah hasil campurtangan Pakatan khasnya Anwar Ibrahim. Tanpanya tak mungkin pelajar ini dapat dibawa pulang.

Banyak lagi yang akan disampaikan oleh Khalid termasuk komitmen Kerajaan Selangor membuka bilik gerakan. Khalid akan cuba sedaya upaya menafikan sumbangan kerajaan pusat.

Dalam masa yang sama Khalid akan buktikan sumbangan Kerajaan Negeri.
Kepada para pelajar dan keluarga yang akan hadir, dengarlah ucapan Khalid. Tetapi percayalah bahawa masalah tidak akan selesai hanya kerana kita pandai berpolitik.