Followers

Saturday, February 12, 2011

HAJI HADI SILAP TERUJA..

" SANGGUPKAH MEMPERTARUH MASA DEPAN MEREKA ?



KEJATUHAN MUBARAK DIANGGAP PETANDA BAIK.

Nampaknya pimpinan Pakatan Pembangkang terutama PAS tidak dapat menahan nafsu dan keghairahan dalam meraikan kejatuhan Hosni Mubarak.

Mereka pantas menyangka bahawa pemberontakan yang sama mungkin akan berlaku di Malaysia dan kerajaan UMNO/BN dengan sendirinya akan runtuh menyembah bumi.

Saya ingin mengingatkan bahawa pemberontakan yang berlaku di Tunisia dan Mesir bermula atas penderitaan rakyat. Mereka turun ke jalanan kerana mereka lapar dan kerajaan tidak membantu mereka.

Rakyat Mesir sekian lama terbiar tanpa pembelaan. Mereka tiada apa apa yang ingin dipertahankan. Seperti mereka pemimpin pemberontakan seperti tokoh Ikhwanul Muslimin juga hidup amat sederhana. Sebahagiannya menghabiskan apa yang ada untuk dakwah mereka.

Rakyat melihat teladan yang ditunjukkan. Mereka berkongsi penderitaan. Perjuangan mereka ialah perjuangan ' Mesir seluruhnya'.

Bagimana pula kita. Rakyat pernah bangkit suatu ketika dahulu.Kemudiannya rakyat undur ke belakang kerana mereka sedar tiada idealisme yang mereka perjuangkan. Mereka menjadi alat kepada cita cita Anwar Ibrahim.

Barangkali tidak semua rakyat kaya tetapi dapatkah dibuktikan bahawa begitu ramai rakyat papa kedana?

Pimpinan pembangkang yang mahu menggerakkan pemberontakan sendiri terdiri dari orang yang kaya raya. Anwar Ibrahim sewaktu dalam penjara sempat membina sebuah istana baru yang berharga puluhan juta ringgit. Melaratkan Anwar dan kaum keluarganya?

Dapatkah dinyatakan siapakah pimpinan pembangkang yang hidup susah ? Bahkan mereka sendiri kebanyakannya adalah jutawan.

Mungkin benar Hosni Mubarak tidak peduli kepada rakyat. Di Malaysia Kerajaan UMNO/BN menjaga rakyat sejak dar dalam kandungan hinggalah ke liang lahat. Berbaloikan bangkit memberontak?