" MENGGANGGU KEHIDUPAN "
HALANG DEMONSTRASI PAKATAN PEMBANGKANG
KONONNYA SEBAGAI PETANDA SOKONGAN KEPADA RAKYAT MESIR DAN PROTES KENAIKAN RON 97.
INILAH ASAS MENGAPA PAS MAHU MENGGERAKKAN 71 NGO UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN BESAR BESARAN DI KEDUTAAN AMERIKA JUMAAT INI.
SAYA PERCAYA MESIR DAN KENAIKAN HARGA MINYAK ADALAH ALASAN. ADA PERKARA LAIN YANG INGIN PAS CAPAI.
1. WUJUDKAN SUASANA TIDAK SELESA, TIDAK AMAN DAN AKHIRNYA KEBENCIAN KEPADA KERAJAAN. MEREKA PERCAYA MELALUI PILIHANRAYA MEREKA TELAH DAN AKAN TERUS GAGAL.
2. WUJUDKAN KRISIS, KACAUBILAU YANG MEREKA HARAP AKAN MENJADI GERAKAN MENYELURUH SEPERTI DI TUNISIA DAN MESIR. KEBANGKITAN RAKYAT MEREKA HARAP AKAN MENJATUHKAN KERAJAAN.
3. PAS BEGITU TERDESAK UNTUK MENDAPATKAN KUASA. MEREKA AKAN GUNAKAN PELAJAR DAN ANAK MUDA YANG GAGAL MEMAHAMI. MEREKA JANGKA RAKYAT BENAR BENAR TERTEKAN.
SAYA MENYERU KERAJAAN UNTUK BERTEGAS. TIRU PENDEKATAN SINGAPURA YANG MENJADI IDOLA PAKATAN. INI RUANG TERBAIK UNTUK KERAJAAN MEMBUKTIKAN KEBERANIAN.
JIKA KERAJAAN GAGAL MELAKSANAKAN UNDANG UNDANG SEKALI INI, PERCAYALAH, DEMONSTRASI AKAN JADI BUDAYA YANG MENGHANCURKAN NEGARA.