" KUASA TUNGGAL ?"
KUASA TUNGGAL MUNGKIN BOLEH DIFIKIRKAN
SEPERTI YANG PERNAH TUN MAHATHIR SEBUTKAN, MASYARAKAT MALAYSIA ADALAH MASYARAKAT YANG LUAR BIASA. KEPELBAGAIAN ETNIK MELAHIRKAN KEPELBAGAI SISTEM TERMASUK PENDIDIKAN.
ADA YANG CUBA MENYANGKAL DENGAN MENGAMBIL CONTOH DI THAILAND DAN INDONESIA NAMUN KEADAAN DI KEDUA DUA NEGARA TERSEBUT HAKIKATNYA AMAT BERBEZA.
SELEPAS PRU 12 SUASANA POLITIK JUGA SUDAH JELAS BERUBAH.
IDEALISME ' PERIKATAN ' NAMPAKNYA HANYA BERADA DI ATAS KERTAS.
SECARA AMALAN, ' ROH ' PERIKATAN TIDAK LAGI DIHAYATI. PRK SELEPAS PRU 12 MENGUKUHKAN PANDANGAN INI BILAMANA KITA DAPATI PARTI KOMPONEN LEBIH SELESA BERPERANAN SEPERTI PEMBANGKANG.
SEKIRANYA MEREKA MEMBUAT PELBAGAI TUNTUTAN TETAPI MENGUNDI BARISAN NASIONAL BARANGKALI IA BOLEH DIFAHAMI. TETAPI MEREKA MENUNTUT SEPERTI DAP DAN MENGUNDI PEMBANGKANG.
SAYA FIKIR DS NAJIB TELAH BERUSAHA MEMBERI NAFAS BARU KEPADA BN DENGAN GAGASAN 1 MALAYSIA TETAPI YANG ' BENAR BENAR 1 MALAYSIA ' DARI SEGI PENHAYATANNYA IALAH ORANG MELAYU SAHAJA.
KITA KEMUDIANNYA MELIHAT SIGNAL YANG SEAKAN AKAN DIBERIKAN OLEH ORANG ORANG MELAYU MELALUI
1. PENDAFTARAN PENGUNDI BARU
2. KEPUTUSAN PRK GALAS DAN TENANG.
ORANG MELAYU NAMPAKNYA INGIN MENYATU DI BAWAH PANJI PANJI UMNO.
PERSOALAN YANG SEWAJARNYA DIFIKIRKAN SECARA MENDALAM SEKARANG KHASNYA OLEH PIMPINAN UMNO IALAH, ADAKAH MUNGKIN KITA MENCUBA KAEDAH MEMERINTAH DAN MENTADBIR SEBAGAI ' KUASA TUNGGAL ' YANG AKAN BERLAKU ADIL KEPADA SEMUA. MUNGKINKAN IANYA BERLAKU ?
No comments:
Post a Comment