Followers

Friday, December 17, 2010

KENYATAAN YANG TAK JELAS

" BERTEGAS ATAU TERIMA KEMARAHAN RAKYAT ?"


MUHYIDDIN KENA TEGAS

KUALA LUMPUR 16 Disember - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak sekolah supaya tidak mengenakan bayaran tambahan yang tinggi kepada pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan pada 2 dan 3 Januari depan.

Tembalan Perdana Menteri berkata selaras dengan pekeliling yang telah dikeluarkan Kementerian Pelajaran, bayaran itu hanya boleh dikenakan setelah mendapat persetujuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri sebenarnya mempunyai makna yang sangat longgar. Inilah yang anehnya. Arahan sebenar tidak wujud.

Kementerian Pelajaran adalah Kementerian yang amat rapat dengan rakyat. Kejayaan atau kegagalannya berperanan dengan berkesan, akan memberi kesan yang amat besar terhadap kerajaan.

Setiap tahun isu ' yuran tambahan' sentiasa menjadi bahan perbualan rakyat. Hakikatnya tiada sesiapapun yang terkecuali daripada membayar yuran tambahan ini.

Seperti biasa ia akan jadi bahan kempen yang utama bagi pembangkang di awal tahun. Ini boleh dielakkan jika Kementerian Pelajaran membuat ketetapan yang jelas.

Memberi ruang kepada sekolah bermakna ' TIDAK MEMBUAT SEBARANG KETETAPAN '.

Saya mengesyorkan ' bayaran tambahan ini ' perlu diseragamkan dan ditentukan jumlahnya. Rakyat memang terbeban. Saya percaya Kementerian Pelajaran boleh menjadi contoh kepada Kementerian lain dalam ' mendahulukan rakyat '.

Tidak mungkin pencapaian sekolah akan merosot hanya kerana rendahnya bayaran tambahan.


JIKA TIDAK SEKALI INI

" JIKA BUKAN SEKARANG, KITA MUNGKIN TIADA PELUANG LAGI "


KITA MUNGKIN TIDAK BERPELUANG LAGI

Saya beranggapan bahawa apa yang berlaku akhir akhir ini adalah petanda betapa ALLAH sedang memberikan kita ruang untuk menyelamatkan negara bangsa tercinta ini.

Pendedahan Wikileaks, penggantungan Ahli Parlimen pembangkang jelas menggambarkan bahawa kita sedang diancam bahaya besar.

Mereka telah merosakkan institusi kehakiman, mereka cuba mencalar perlembagaan dan mereka kotak katikkan 'persefahaman'yang puluhan tahun kita pertahankan.

Mereka lakukannya dengan perancangan yang amat rapi. Mereka berjaya menghasut rakyat agar menjauhi media arus perdana.Mereka berjaya membentuk kepercayaan bahawa apa yang kerajaan lakukan adalah salah manakala apa sahaja yang mereka buat adalah benar.

Mereka berjaya ' mendidik ' sebahagian rakyat agar TIDAK BERFIKIR SAMA SEKALI DAN MENERIMA APA SAHAJA YANG MEREKA SAMPAIKAN.

Ini bukan lagi persoalan politik demokrasi. Ini bukan lagi isu politik kepartian. Ini adalah pembentukan masyarakat beku dan jumud.

Inilah tanggungjawab besar kerajaan sekarang. Usaha berani dan berterusan mesti dibuat bagi mengekang usaha pihak ini daripada berlanjutan. Kita bayangkan BETAPA MASJID YANG SELAMA INI MENJADI LAMBANG KEAGUNGAN ISLAM SUDAH BOLEH DIKONGSI DENGAN PENGANUT AGAMA LAIN.

KITA BAYANGKAN AL QURAN YANG SELAMA INI MENJADI PANDUAN UMAT ISLAM IKUT DITAFSIR SESUKA HATI DAN ADA ORANG ISLAM MENGANGGAPNYA SEBAGAI ' TIDAK MENGAPA'.

KITA BAYANGKAN APA AKAN BERLAKU JIKA ANAK ANAK KITA YANG SEPATUTNYA BERTUNGKUS LUMUS BELAJAR DI MENARA GADING DENGAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN, TIBA TIBA BERASA MEREKA LEBIH WAJAR BERADA DI JALANAN DENGAN SEBAB YANG MEREKA SENDIRI TIDAK JELAS.

Saya melihat bahawa sudah cukuplah kita ' berkompromi'. Sudah berpadalah kita menunjukkan budaya budiman. Cukuplah, atau kita akan menyaksikan anak bangsa hidup dalam keadaan serba tidak pasti.

Saya percaya kita mempunyai undang undang yang mencukupi untuk dikuatkuasakan. Usah berfikir untuk begitu terbuka. Jadikan Singapura sebagai panduan.

Singapura menjadi begitu maju kerana kerajaannya berani bertindak. Jangan percaya bahawa negara memerlukan pembangkang. Pembangkang kita tidak pernah membina.

Kita ada sedikit masa lagi sebelum PRU 13. Jika masa yang sedikit ini tidak digunakan sebaik baiknya, maka bersedialah untuk tumbang tanpa kubur.

Kerajaan perlu yakin bahawa buat masa ini lebih ramai rakyat inginkan keamanan berbanding kekacauan.