Followers

Friday, December 17, 2010

KENYATAAN YANG TAK JELAS

" BERTEGAS ATAU TERIMA KEMARAHAN RAKYAT ?"


MUHYIDDIN KENA TEGAS

KUALA LUMPUR 16 Disember - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak sekolah supaya tidak mengenakan bayaran tambahan yang tinggi kepada pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan pada 2 dan 3 Januari depan.

Tembalan Perdana Menteri berkata selaras dengan pekeliling yang telah dikeluarkan Kementerian Pelajaran, bayaran itu hanya boleh dikenakan setelah mendapat persetujuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri sebenarnya mempunyai makna yang sangat longgar. Inilah yang anehnya. Arahan sebenar tidak wujud.

Kementerian Pelajaran adalah Kementerian yang amat rapat dengan rakyat. Kejayaan atau kegagalannya berperanan dengan berkesan, akan memberi kesan yang amat besar terhadap kerajaan.

Setiap tahun isu ' yuran tambahan' sentiasa menjadi bahan perbualan rakyat. Hakikatnya tiada sesiapapun yang terkecuali daripada membayar yuran tambahan ini.

Seperti biasa ia akan jadi bahan kempen yang utama bagi pembangkang di awal tahun. Ini boleh dielakkan jika Kementerian Pelajaran membuat ketetapan yang jelas.

Memberi ruang kepada sekolah bermakna ' TIDAK MEMBUAT SEBARANG KETETAPAN '.

Saya mengesyorkan ' bayaran tambahan ini ' perlu diseragamkan dan ditentukan jumlahnya. Rakyat memang terbeban. Saya percaya Kementerian Pelajaran boleh menjadi contoh kepada Kementerian lain dalam ' mendahulukan rakyat '.

Tidak mungkin pencapaian sekolah akan merosot hanya kerana rendahnya bayaran tambahan.


No comments: