Followers

Thursday, November 25, 2010

PESAKIT MAKIN TENAT

KEGAGALAN MENGESAN PENYAKIT AKAN MENDATANGKAN BAHAYA YANG LEBIH BESAR - Gambar hiasan


DOKTOR TERSILAP UBAT

Inilah perbandingan yang dibuat oleh seorang Ketua UMNO Cawangan sewakatu minum pagi dengannya awal pagi tadi. Saya agak terpegun dan sedikit sebanyak berkongsi pemikiran yang sama dengannya.

Beliau telah 34 tahun menjadi Ketua Cawangan. Barangkali salah seorang Ketua Cawangan paling lama di Perak. Pengalaman PRU 12 katanya amat melukakan hatinya.
Tetapi ada banyak pengajaran yang boleh dikutip hasil peristiwa malang itu.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah pandangan Ketua Cawangan ini. Pada pandangan beliau usaha ikhtiar yang UMNO lakukan sekarang memang baik tetapi ada lagi perkara penting yang diabaikan.

Beliau mendengar pelbagai mesyuarat, seminar dan kursus telah dilaksanakan. Tetapi kebanyakan kumpulan sasarannya ialah Ketua Penerangan dan JK Bahagian. Ketua Cawangan yang menjadi ' kunci kemenangan sebenar ' nampaknya agak terbiar dan terabai.

Beliau percaya, kebanyakan Ketua Cawangan UMNO di Perak berumur 50 tahun ke atas. Telah lama bergelumang dengan UMNO semasa susah dan senang. Katanya sekarang ini Ketua Cawangan berasa macam PEKERJA PARTI SEMATA MATA.

Dahulu pemimpin tertinggi melayan Ketua Cawangan SEBAGAI PEMIMPIN YANG BEKERJA UNTUK PARTI. SEKARANG KETUA CAWANGAN HANYA PEKERJA SEMATA MATA.

Ketua Cawangan ini juga berpendapat bahawa orang yang paling rapat dengan pengundi adalah Ketua Cawangan dan Ketua Wanita. Sesekali libatkan golongan ini dalam program yang KELIHATAN MENGHARGAI MEREKA.

Kalau adapun program, ialah program arahan kerja sahaja. Sewaktu zaman awal UMNO katanya, Ketua Cawangan pernah dibawa berkursus selama dua hari satu malam bersama Menteri Besar dan semua Wakil Rakyat.

Pada masa itu, Ketua Cawangan rasa amat berbesar hati dan bangga. Terasa macam benar benar berada dalam satu keluarga yang besar dan bahagia. Sekarang katanya, macam kerja pejabat. Jumpa bos untuk dapatkan arahan dan buat kerja yang diarahkan.

Akhirnya beliau mengingatkan jika sesuatu tidak dibuat, beliu yakin kejayaan sebenar tak akan tercapai.

Saya adalah pencatat. Terserahlah kepada yang berhak melaksanakan. Menang kalah kita pada PRU 13 sebenarnya bergantung kepada kita sendiri.