Followers

Tuesday, October 19, 2010

SEKALI LAGI PAS HINA ISLAM


ISLAM TIDAK AKAN DIRUNTUHKAN OLEH ORANG KAFIR ATAU ORANG JAHIL

Memang benar pandangan ramai ulamak. Islam tidak mungkin dapat diruntuhkan oleh orang orang kafir atau orang Islam yang jahil. Sebaliknya imej dan maruah Islam akan calar kerana perbuatan orang Islam sendiri.

Hari ini berita yang amat memalukan tersiar dalam Harakahdaily. Sangat memeranjatkan apabila media yang mengaku lebih Islam daripada yang lain boleh menyiarkan BERITA HINA ini.

PAS Kelantan beli bangunan UMNO lebih empat juta ringgit!!!

Ya ALLAH, bayangkan jika orang bukan Islam membaca berita ini.

1. Bagaimana PAS yang bercakap tentang agama, menjadikan agama sebagai alat boleh membelanjakan lebih 4 juta ringgit untuk membeli sebuah bangunan sedangkan terlalu banyak perkara kebajikan rakyat tidak terbela.

2. Bagaimana setelah 20 tahun memerintah, membeli bangunan 4 juta ringgit boleh menjadi bahan berita. Sedangkan sepatutnya PAS telah ada bangunan sendiri lama dahulu untuk tujuan operasi.

3. Benarkah ada keperluan untuk PAS menambah bilangan bangunan sedangkan terlalu banyak bangunan dan markas telah wujud di Kelantan sehingga mengakibatkan surau dan masjid menjadi kosong.

Dari sudut mana sekalipun berita ini dinilai yang jelas ia adalah gambaran kegagalan PAS dalam mengurus dan mentadbir. PAS gagal melihat keutamaan. Benarlah pandangan ramai, PAS adalah parti politik biasa. tiada kaitan dengan agama pun kerana agama adalah amalan bukan slogan.

SELEPAS BAJET 2011


MAHFUZ HANYA DAPAT " SELUAR DALAM "

Semalam ( Isnin ) Anwar Ibrahim berbahas di Parlimen. Membahaskan bajet 2011. Sebelum itu selepas Perdana Menteri membentangkan Bajet 2011 , pemimpin pembangkang secara konsesus heboh mengatakan bajet ini adalah bajet PRU 13.

Nampak sangat jelas betapa ghairah dan bernafsunya pemimpin pembangkang dengan pilihanraya. Betapa ghairahnya mereka untuk berkuasa sehingga apa sahaja yang berlaku dianggap sebagai petanda pilihanraya. Atau mungkin juga mereka takut kerana terlalu banyak masalah yang belum mampu mereka tangani.

Inilah malangnya rakyat Malaysia. Kita tidak mendapat pembangkang yang jujur dan berkesan. Kita mendapat pembangkang yang hanya pandai membangkang.

Dalam pada mereka mengatakan bajet ini ialah rasuah pilihanraya, mereka dalam masa yang sama Anwar semalam menjanjikan bonus jika mereka dapat memerintah. Tidakkah ini rasuah ?

Mahfuz Omar pula mengatakan bajet ini adalah bajet seluar dalam. Terlalu banyak yang dibentangkan oleh PM, dan ianya pasti boleh dibahaskan. Tetapi ' seluar dalam' sahaja fokus Mahfuz Omar.

Inilah cara berfikir Mahfuz yang merupakan Naib Presiden PAS. Inilah mentaliti pemimpin Parti Islam.

Cuepacs masih mendesak bonus dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan sehingga PM terpaksa memberikan penjelasan secara terbuka. Tidak mustahil ketiadaan bonus ini akan mengakibatkan kerajaan hilang sokongan.

Inilah realitinya. Di atas segala galanya kita dapat melihat kerajaan yang ditunjangi UMNO wajib berubah. Menjadi lebih berani. Menjadi lebih nekad.
Contohi Singapura. Kadangkala kelihatan zalim tetapi kezaliman itu membolehkan PAP terus bertahan tanpa cabaran.

Atau kerajaan memilih untuk lebih toleran dan menanti masa untuk tumbang.Persoalannya, selepas itu apa akan berlaku?