Followers

Thursday, March 31, 2011

GERSANG!!

PAS MENUNGGU MASA GUGUR

Tidak berapa lama lagi PAS akan mengadakan Muktamar Agung Tahunannya. Suatu ketika, Presiden PAS pernah menghebahkan bahawa PAS tidak perlu menangguhkan pemilihan parti kerana ahli parti mempunyai disiplin yang tingi.

Bagaimanapun jangkaan Haji Hadi sebenarnya tidak menyeluruh. Bahang pemilihan PAS nampaknya mula mendatangkan kesan yang tidak baik kepada parti itu.

Benar , tidak nampak jelas ada keghairahan untuk mana mana pemimpin untuk merebut jawatan atau mungkin belum masanya. Tetapi yang jelas PAS seakan tidak berminat untuk menyertai pilihanraya Sarawak dan hanya redha menerima peruntukan kerusi yang sangat kecil.

Namun begitu saya beranggapan pemilihan PAS yang dibuat dalam keadaan semua orang bercakap tentang pilihanraya ke 13 adalah satu kesilapan besar.

Nampak sangat ketara PAS tidak mempunyai pemimpin yang benar benar berwibawa. Untuk jawatan Timbalan Presiden, PAS masih belum dapat menampilkan calon yang benar benar layak.

Ini dibuktikan bilamana sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk jawatan no 2 tersebut. Mohd Sabu yang dikatakan calon kegemaran dilihat sebagai seorang yang pernah ditangkap berkhalwat isteri orang.

Sebaik sahaja nama Mohd Sabu disebut, wujud kegelisahan dalam kalangan pemimpin PAS khasnya yang berpendidikan tinggi sehingga menyebabkan dua orang tokoh yang sebenarnya tidak begitu berminat turut menawarkan diri iaitu Dr Mujahid dan Ustaz Azizan.

Saya percaya selepas ini akan ada lagi tokoh lain menawarkan diri termasuk bagi menandingi jawatan Presiden parti.

PAS menghadapi persiapan PRU 13 dengan wibawa yang tercalar. PAS tiada tokoh yang benar benar layak untuk ditawarkan kepada rakyat.

Rakyat termasuk ahli PAS sendiri sebenarnya dalam delima untuk menamakan ' seseorang' untuk memimpin PAS kerana mereka hakikatnya ketandusan pemimpin.