Followers

Monday, November 29, 2010

NIK AZIZ, LIM KIT SIANG DAN ANWAR IBRAHIM DALAM SAF YANG SAMA

" DEMIKIANLAH ALLAH MENENTUKAN, ALLAH MEMBERI HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKI DAN MENARIK HIDAYAH DARIPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKI "

MEREKA MENDAHULUI CARTA MUSUH NEGARA

Selama ini khasnya sebelum PRU 12, ramai menyangka bahawa politik Malaysia adalah politik aman dan boleh dijadikan contoh teladan. Ramai menyangka bahawa politik Malaysia adalah politik pilihanraya yang hanya panas semasa musim pilihanraya sahaja.

Kerajaan dan rakyat ' selesa ' menjangkakan bahawa kita tiada lagi ancaman keselamatan seserius komunis. Kita yakin tidak mungkin akan berlaku lagi penjajahan dalam apa bentuk sekali pun.

Kerajaan telah melakukan kesilapan yang amat besar apabila salah dalam membuat jangkaan. Era pemerintahan Pak Lah adalah kemuncak kepada kesilapan kerajaan apabila membebaskan Anwar Ibrahim tanpa alasan yang kukuh.

Pak Lah telah mendapat nasihat yang salah ( saya yakin oleh penasihat yang berniat jahat )apabila membuat keputusan yang paling ' BAHAYA' dalam sejarah negara.

Membebaskan Anwar bukan sekadar ' seperti membebaskan anjing tersepit'. Anwar jauh lebih bahaya daripada anjing. Anjing hanya boleh menggigit seorang dalam satu masa, Anwar umpama racun yang dituang ke dalam loji minuman, membunuh secara serentak.

Kerajaan memahami Lim Kit Siang. Jiwa komunis Kit Siang tidak akan berubah. Ia telah sebati dan menjadi darah daging. Ia telah berakar umbi. Kit Siang adalah ancaman keselamatan negara yang jelas.

Tetapi pendirian jelasnya membolehkan kerajaan dan rakyat mengambil langkah berjaga jaga. Rakyat boleh memilih untuk tidak mendengar suaranya.

Paling bahaya sekarang ialah orang yang bertopengkan agama. Manusia akan kalah dengan agama. Manusia sejahat mana sekalipun tidak akan dapat menolak ' pesona agama'. Bahayanya ialah tidak ramai kita tahu ' benar salahnya' ayat yang dibaca. Kita tidak tahu ' benar salahnya' ayat ditafsir.

Ini bahaya Nik Aziz. Nik Aziz memahami agama. Malangnya kefahaman digunakan untuk menipu dan mengeliru. Kefahaman itu digunakan untuk jual beli politik kepartian sempit.

Rakyat keliru. Imej Nik Aziz ' telah berjaya dibina dengan cemerlang oleh pasukan khas yang dibentuk oleh PAS'. Nik Aziz diangkat begitu tinggi walaupun beliau hanyalah seorang ustaz biasa yang tidak layak digelar ulama.

Dunia Islam tidak mengenali Nik Aziz. Nik Aziz hanya ulamak PAS. Malang yang sangat besar ialah apabila NYATA SEKALI NIK AZIZ TIDAK TAKUT BERDOSA.SEAKAN AKAN NIK AZIZ TELAH DIBUTAKAN MATA HATINYA.

Kerajaan yang boleh bertindak. KERAJAAN BUKAN UMNO. Ini bukan lagi masa berhujah atau berdebat. Nik Aziz telah membawa ajaran sesat. Nik Aziz seperti Ayah Pin.

Kerajaan tidak boleh tersilap lagi. Padalah silap yang dilakukan oleh Pak Lah. Cukuplah, bertindaklah sekarang. Bertindaklah sebelum Umat Islam disesatkan lebih jauh lagi.