Followers

Saturday, December 18, 2010

BERSILA DI BUKIT BINTANG

" LAMBANG KETINGGIAN AKAL BUDI "


ZAMAN POLITIK ELIT SUDAH BERLALU

Malam tadi DS Najib bersama rakyat menonton perlawanan bola sepak di Bukit Bintang. Tiada kawalan keselamatan, tiada protokol.

Penonton yang lain, kebanyakannya anak muda mulanya tergamam.Perdana Menteri berada bersama mereka meraikan kejayaan Malaysia membenam Vietnam 2-0.

Inilah yang rakyat nantikan. Najib bahkan mengumumkan bahawa ' tiada tembok pemisah antara pemimpin dan rakyat '. Najib tidak berlakon. Najib bersorak bersama penonton yang lain. Najib ceria sepanjang perlawanan.

Di Perak, Dr Zambry juga amat humble dan merendah diri. Zambry tidak ghairah menjamu selera di meja khas sebaliknya Zambry menceduk sendiri makanan secara buffet. Zambry juga tidak dihimpit oleh pengawal peribadi.

Zambry boleh ditemui oleh rakyat tanpa syarat. Kerendahan hati Zambry sebenarnya senjata yang menggagalkan pembangkang. Hasutan mereka supaya rakyat bangkit sewaktu peralihan kuasa tidak bersambut.

Sebahagiannya kerana Zambry. Personaliti yang amat rakyat senangi.

Malangnya Najib dan Zambry tidak boleh bertemu semua rakyat. Tidak mungkin. Di sinilah peranan Ahli Parlimen, ADUN dan pimpinan UMNO/BN sepenuhnya.

AP dan ADUN perlu turun ke bawah. Bertemu rakyat. Memahami mereka. Tiada protokol kerana protokollah yang menyebabkan kita hilang lima negeri ( salah satu faktor ).

Kempen pembangunan tidak lagi relevan. Rakyat telah mendapat segala yang mereka inginkan. Yang mereka perlukan sekarang ialah pemimpin yang mahu mendengar dan memahami.


ANWAR DI HUJUNG NYAWA

" SEBENARNYA ANWAR TAHU AKAN SAMPAI MASA DAP MENCAMPAKNYA
KE DALAM LUBANG YANG HINA "


KIT SIANG BAKAL MENGAMBIL ALIH

Para penyokong pakatan dari semasa ke semasa didedahkan dengan ' kematian demokrasi' di Malaysia. Itulah intipati sebenar Konvensyen Pakatan yang berlangsung di Pulau Pinang. Para pesert akan dipaksa menyangka bahawa masanya telah tiba untuk Pakatan merampas Putrajaya.

Para penyokong Pakatan akan tidur malam dengan niat untuk bekerja keras memenangkan Pakatan. Mereka bangun pagi dengan rasa seorang pejuang yang menyubur kebenaran dan menghapuskan kezaliman.

Yang paling ghairah di antara mereka ialah penyokong PAS kerana mereka yang paling lemah berbanding DAP dan PKR. Bilangan kerusi yang mereka miliki dan kedudukan kewangan mereka paling rendah berbanding yang lain.

Benarkah ada ada kebangkitan Pakatan selepas ini ? Sebenarnya tidak kerana yang akan bangkit adalah DAP. PAS dan PKR adalah pihak yang berusaha melonjakkan mereka. Hakikatnya DAP telah bermula dengan cukup licin dan lancar

1. Pendedahan WIKILEAKS adalah atas inisiatif DAP yang mendapat pertolongan Singapura. Telah timbul ' pemikiran baru' dalam kalangan rakyat bahawa Anwar tidak layak kerana KETAGIHANNYA. Pimpinan UMNO/BN pula diukur sebagai tidak cekap dan tidak berwibawa.

2. Melalui tipu muslihat Karpal Singh, Anwar telah digantung selama 6 bulan daripada Parlimen. Walaupun Karpal digantung sama namun ia tetap tidak mengapa kerana yang ingin mereka tonjolkan ialah Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.

3. Perbicaraan Anwar meliwat Saiful akan disambung selepas ini.Selaku peguam utama Karpal akan sedaya upaya menjadikan sisa perbicaraan ini sebagai medan ' membuktikan kerajaan jahat'. Kebencian terhadap UMNO/BN akan cuba ditingkatkan.

4. Anwar tidak akan dibela. Anwar akhirnya akan didapati bersalah. Berjayalah Karpal melaksanakan tugasannya menghancurkan Anwar setelah rakyat berpecah belah.

PKR akan bercempera. PAS sebenarnya tidak pernah berada dalam ' peta Pakatan '. PAS adalah malukut yang akan dibuang.

Siapakah yang tinggal ? DAP. Mereka akan menjadi parti tunggal yang ' kelihatan' mampu dan layak memerintah negara.

Penyokong PKR tidak mungkin berpatah balik. Penyokong PAS pula akan kembali ' mengharapkan syurga ' yang dijanjikan kepada mereka.

UMNO/BN lah yang bertanggungjawab mempertahankan apa yang kita ada sekarang. Islam, Institusi Raja, Hak Istimewa Orang Melayu dan sebagainya.

Malangnya UMNO/BN tidak boleh menunggu. UMNO/BN kena bergerak sekarang. Sekali lagi, UMNO/BN tiada pilihan selain menambahkan pengundi dan mempertahankan pengundi sedia ada. Persoalannya adakah UMNO bergerak ?