Followers

Wednesday, August 4, 2010

PERANAN STRATEGIK DAP MENJADI ?

Saya tidak terperanjat membaca laporan akhbar dan ulasan blogger tentang hasrat Kerajaan Selangor pimpinan DAP untuk memohon maaf kepada Raja Permaisuri Agung kerana kesilapan yang berlaku dalam satu majlis di Selangor.

Saya juga tidak terperanjat apabila laporan itu juga menyebut bahawa Sultan Selangor turut tidak dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP.

Semua yang berlaku ini adalah sesuatu yang dirancang dengan perancangan yang amat rapi. Majlis anjuran Kerajaan Negeri dengan jemputan Di Rajanya Raja Permaisuri Agung, adalah satu majlis yang amat istimewa dan besar maknanya.

Majlis yang pastinya disusun dan dipantau oleh pegawai protokol yang terlatih. Tidak mungkin akan berlaku kesilapan melainkan penganjur memang berniat untuk ' silap '.

Saya melihat peristiwa ini sebagai satu petanda bahawa Kerajaan Negeri Selangor pimpinan DAP memang sengaja kesilapan ini untuk menunjukkan penderhakaan mereka bukan kepada Raja Permaisuri Agung atau Sultan Selangor tetapi kepada Institusi Raja yang merupakan salah satu halangan bagi DAP untuk merealisasi ' Malaysian Malaysia '. Institusi Raja adalah salah satu komponen yang dipertahankan oleh perlembagaan.

Satu ketika ' penderhakaan ' yang sama pernah ditunjukkan oleh Pakatan Pembangkang pimpinan DAP di Perak. Orang Melayu Islam sampai tergamak menghalang kenderaan Sultan dan Raja Muda Perak.

Ironinya ia dirancang dan dilaksanakan di hadapan masjid selepas Solat Jumaat. Berganda penghinaan DAP sebenarnya. Di satu pihak menghina Raja manakala di pihak yang lain menghina Agama Islam dan penganutnya.

Pembaca saya harap tidak membaca berita berita ini hanya sebagai berita. Kita wajib membaca yang tersirat di sebalik berita itu. MELAYU ISLAM TERUS TERUSAN DIHINA.