Followers

Monday, November 8, 2010

BENAR , DENYUT NADI NAJIB TERSEBAR LUAS

" NAJIB TELAH BUKTIKAN APA YANG DIUCAPKANNYA "


RAKYAT MULA RASAKAN PERBEZAANNYA

Alhamdulillah. Doa kita rakyat Malaysia ALLAH kabulkan. DS Najib telah pulih sepenuhnya dan kembali bersama sama rakyat seluruhnya. Seorang sahabat menghubungi saya dari Makah Al Mukarramah menyatakan rakyat Malaysia sepakat bersama berdoa di hadapan Kaabah semoga PM kita segera pulih.

Sewaktu Najib mula bercakap tentang derita rakyat, denyut nadi rakyat sebahagian daripada kita agak keliru dan tidak pasti. Pembangkang sudah pasti sinis dan menjadikannya sebagai lawak politik.

Akuilah, kini rakyat dapat merasainya. Mangsa banjir yang derita tidak sekadar dibantu semasa banjir tetapi selepas banjir. Pengumuman TS Muhyiddin tentang JK Pasca Banjir menyentuh hati kita. Muhyiddin menghayati keperihatinan Najib dan lantas melaksanakannya.

Sekarang ini di seluruh negara sedang berjalan ' Program Satu Keluarga Satu Komputer'. Bersama dengan ' internet'. Pengguna hanya perlu membayar 25 ringgit sebulan selama setahun untuk perkhidmatan ini manakala komputer riba diberikan percuma.

Anak kampung tidak ada sebab untuk kurang maklumat berbanding anak anak kita di bandar. Belajarlah. Hanya melalui pendidikan nasib bangsa dapat diubah.

Mulai tahun hadapan pula, bantuan pakaian sukan akan diberikan kepada pelajar yang secara relatif susah. Bersukanlah. Melalui sukan jati diri dapat dibina. Membangunlah sebagai manusia cemerlang seperti yang Najib harapkan.

Inilah denyut nadi. Suara sinis sudah semakin kurang kedengaran. Pembangkang kehilangan langkah. Syarat Najib dalam membantu ialah TANPA SYARAT POLITIK, TANPA SYARAT BANGSA DAN AGAMA. NAJIB SEDANG MEMBINA RAKYAT MALAYSIA.

MARI KITA BERSYUKUR. MARI KITA BERSAMA. NEGARA BANGSA INI MILIK KITA BERSAMA.