Followers

Wednesday, December 30, 2009

Itulah sebenarnya..

Dengar beritanya Dr Rosli Tokoh Pemuda PAS berjaya larikan diri daripada kepungan bersama isteri sindiketnya. Tentu macam dalam filem bollywood. Inilah hidup. Saya simpati sangat sebenarnya. Maklumlah isteri. Cumanya jadi pengajaran kepada kita semua. Jangan langgar peraturan. Jangan rempuh undang undang.Saya yakin dah tentu Dr Rosli ada nas dan bukti agamanya.Kawan kawan dalam Dewan Ulama boleh tolong. Tapi di sebalik semua itu ia membuktikan banyak perkara.Perkara paling asas ialah PAS bukan agama. PAS bukan Islam. Islam sangat indah dan cantik. Islam sempurna sehingga tiada manusia dapat buktikan atau carikan cacat celanya.Sebab itu PAS kena insaf dia kena tarik balik dakwaan bahawa PAS itu Islam atau Islam itu PAS. Kalau tidak PAS jadi punca merosakkan dan mencemarkan Islam. Ini sebenarnya kerja orang kafir. Ini kerja musuh Islam.Banyak dah ALLAH tunjukkan onar penggerak dan pemimpin PAS ni. Percayalah segala yang berlaku ini bukan saja saja berlaku sebaliknya petanda dan peringatan kepada semua orang Melayu Islam bahawa PAS bukan saja telah merosakkan Melayu bahkan lebih bahaya lagi ia telah menjejaskan keindahan dan kemurnian Islam itu sendiri. Bertaubatlah.

Monday, December 28, 2009

Tahun Cemerlang

Beberapa hari lagi kita akan menghadapi tahun baru 2010. Malaysia berada dalam keadaan stabil walaupun dengar cerita macam nak pecah. Nuar Brahim tengah cari idea kenapa masih gagal memerintah walaupun janjinya dah tertangguh banyak kali.Kita nak ucap syabas kat Najib. Sangat jelas dan pantas. Terima hakikat kekurangan dan tak malu mengakuinya. Enjin hilang, ahli parlimen ponteng. Semua ini perkara besar. Boleh rahsia sebenarnya tapi Najib pilih untuk umumkan tanpa selindung. Inilah ketelusan namanya.
PAS yang mengaku hebat , ada masalah sembunyi. Tak boleh sembunyi, kata ianya konpirasi BN. Nuar Brahim samalah. Saiful sampai pencenle tak bicara.Guna segala macam ruang untuk tangguhkan bicara. Apa susah Karpal Singh sanggup jadi kuda walaupun pernah ngaku Nuar Brahim tak bermoral.

Apa makna semua ni. Maknanya UMNO kena jaga diri dan buat kerja. Rakyat nilai. Najib sorang tak mungkin dapat laksanakan kerja jaga rakyat. Ini kerja UMNO. Amat asas. Kalau UMNO dapat balik ke pangkal, insyaallah Tuhan tolong kita.

Kalau UMNO fikir nak rehat UMNO sebenarnya tak berhak . Dia belum mula apa apa pun. Tengok daftar pengundi baru. Berapa UMNO dah bawak masuk?Kosong. Jadi jadikan tahun 2009 ini kitab,guru,panduan. Yang sudah, sudahlah.Kita mulakan tahun 2010 dengan niat dan iltizam agama dan tanahair sekangkang kera ini tiada siapa nak pertahankan selain UMNO

Kuasa Tuhan

Berita hari ini menggambarkan bahawa akan ada perubahan dalam struktur kepegawaian Tok Guru Nik Aziz

Inilah mulanya

Hidup ni singkatje. Banyak benda kena buat dalam masa singkat ni. Kemudian kita akan mati. Menghadapi kehidupan yang kekal abadi. Masa itu kita tiada hak dan peluang untuk memilih sebaliknya menerima akibat daripada perbuatan kita di dunia.

Sebab itu kehidupan mesti dijadikan bermakna. Bermakna untuk agama, bangsa dan negara. Tak kan nak fikirkan diri sendiri saja. Bila kita mati tinggalkan nama buruk yang anak anak pun malu nak sebut. Mungkin bukan semua orang boleh jadi pejuang. Mungkin bukan semua orang boleh jadi tokoh. Tapi sekurang kurangnya elakkan daripada menjadi petualang dan pengkhianat.

Inilah asas mengapa saya memiliki dan memulakan blog. Saya perlu menjadi pejuang bagi menghadapi begitu ramai petualang. Nanti di masa lain saya detailkan benda ni