Followers

Sunday, April 24, 2011

PARTI MELAYU BUMIPUTERA MALAYSIA

PARTI BARU UNTUK URUSKAN NEGARA.

Selepas PRN Sarawak, wajah sebenar sebahagian besar masyarakat Cina Malaysia telah terserlah. Sokongan mereka nampaknya solid kepada parti cauvinis rasis DAP dan dengan sendirinya membuktikan bahawa mereka tidak perlukan wakil dalam kerajaan.

Hakikat bahawa parti MCA dan Gerakan adalah parti yang gagal tidak dapat disangkal lagi khasnya selepas PRU 12. Menariknya pemimpin mereka tidak begitu 'resah 'dengan perkembangan ini berbanding UMNO.

Tindakan serta merta Koh Tsu Koon menyerahkan Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng menggambarkan betapa 'Cina ' tidak kehilangan apa apa pun walaupun MCA atau Gerakan kehilangan semua kerusi.

Semua petanda ini sewajarnya dibaca dengan jiwa besar oleh pemimpin dan ahli UMNO serta parti Bumiputera lain di dalam BN.

Saya melihat sudah sampai masanya untuk UMNO dan Bumiputera memiirkan kemungkinan mewujudkan gabungan baru yang 'seluruh jiwa raganya' tumpah di tanah tercinta ini.

Kesetian orang Melayu dan Bumiputera kepada BN sangat jelas walaupun ' kerajaan bertindak kurang bijak' dengan limpahan melampau terhadap masyarakat Cina.

Kita umumnya telah kalah teruk dalam bidang ekonomi. Sedang masyarakat Cina yang diwakili DAP ghairah merebut kuasa politik, mari kita mulakan langkah untuk menjadi kuasa tunggal. Adakah kita mampu ? PASTI KITA MAMPU DAN KITA WAJIB MULAKAN LANGKAH SEKARANG JUGA.