Followers

Saturday, May 28, 2011

PAS SETARA MAT REMPIT

BERANI BERCAMPUR BODOH !

Presiden PAS yang sengaja dibiarkan menang tanpa bertanding, dengan bangga mengisytiharkan betapa beraninya PAS menjalankan pemilihan sedangkan mereka percaya PRU 13 sudah semakin hampir.

Asas kesombongan Haji Hadi ialah kerana tiada parti lain yang mengadakan pemilihan. Manakala PKR tidak boleh dikatakan melakukan pemilihan kerana mereka hanya melaksanakan kehendak Anwar Ibrahim.

Saya berpandangan bahawa Haji Hadi agak dangkal apabila menjangkakan hanya 'perpecahan' semata mata yang mereka khuatiri kesan pemilihan parti.

Haji Hadi dan mungkin juga pemimpin PAS yang lain terlepas pandang akan kemungkinan lain yang telah pun berlaku dan kesannya jauh lebih buruk lagi.

Rakyat sedang menilai betapa PAS sebenarnya tiada arah tuju yang jelas. Jika selama ini mereka mengatakan kekuatan mereka ialah kepimpinan Ulama, sekarang rakyat sedang melihat kepimpinan ulama sedang terhakis.

PAS juga jelas ketiadaan pelapis berwibawa dan diyakini. Bayangkan begitu ramai dicalonkan untuk jawatan tertinggi parti sehingga kelihatan ' TIADA SEORANGPUN ' yang ditunjuk secara konsensus.

Dewan Ulama yang jadi teras PAS jelas tidak dihormati kerana setedewan ini menyatakan sokongan bulat kepada Nasharuddin Mat Isa, ada lagi calon lain yang mahu mencabar.

Lebih besar daripada itu, ada suara dari dalam PAS sendiri yang mendakwa ada tangan ghaib sedang mencatur pemilihan PAS.
Pemuda PAS jelas menyatakan kebimbangan dengan perkembangan ini.

Kepada saya, di atas apa yang berlaku, keberanian yang Haji Hadi maksudkan samalah dengan keberanian Mat Rempit. Berani dan nekad, akhirnya tumbang menyembah bumi...





KEPALA ANWAR DALAM KAIN MAT SABU !




SURVIVAL ANWAR DI TANGAN MUSUH..

Sekiranya politik Anwar Ibrahim dan Mohd Sabu adalah politik yang jujur. Sekiranya mereka berdua meletakkan Islam sebagai panduan, sudah pasti kedua duanya tidak akan dapat bertentang mata dan tersenyum.

Ironinya mereka berdua diyakini dan dipercayai masing masing tidak pernah takut kepada dosa. Sejarah masa lalu masing masing adalah bukti nyata kepada perkiraan ini.

Tuhan selalu memberikan petunjuk bagi orang yang mahu berfikir. ALLAH telah satukan mereka dalam gelanggang kesesatan yang tak nampak tanda jalan pulang.

Mohd Sabu menjadi sangat hina bilamana diwajibkan membantu Anwar meneruskan cita cita menjadi Perdana Menteri walau dengan apa cara sekalipun.
Mohd Sabu tiada pilihan kerana kebanyakan perwakilan PAS dalam Muktamar akan datang adalah muka baru dalam PAS.

Kebanyakan mereka menyertai PAS selepas 1998 dan menjadi dominan kerana kemampuan ekonomi mereka. Mereka adalah kuasa baru dalam PAS.

Mahu tidak mahu Mohd Sabu terpaksa menampakkan sokongan kepada orang yang pernah digelarnya Al Juburi.

Dalam masa yang sama Anwar juga mahu Mohd Sabu menang sebagai Timbalan Presiden PAS. Jawatan ini akan membolehkan Mohd Sabu menyusun dan merencana ' Perhimpunan Bersih ' yang akan jadi garis mula pemberontakan rakyat.

Walaupun tidak semua rakyat gembira dengan pemberontakan, namun Mohd Sabu dan Anwar akan jadikannya semacam suara rakyat terbanyak. Harapan mereka biarlah kerajaan akan lemah dan runtuh.

Anwar dan Mohd Sabu sedar bahawa Anwar tidak mungkin jadi Perdana Menteri melalui kaedah biasa. Anwar telah terlajak jauh dan tiada tanda akan berpeluang kembali.

Mari kita melihat kepada tajuk. Jika Mohd Sabu mahu Anwar mati, Anwar akan mati dalam kainnya. Tetapi dalam masa yang sama Anwar juga berpeluang melukakan Mohd Sabu.