Followers

Wednesday, March 17, 2010

Begitulah, Tuhan Menunjukkan...

Semalam 17 Mac 2010 Sidang Parlimen bermula. Seperti diduga wakil bebas telah meletupkan dewan yang mulia. Saya yakin rakyat tak terkejutpun dengan pendedahan tu.Semua kita tahu. Hari ini letupan itu jadi berita utama akhbar.
Semua ini petunjuk dari Tuhan. Selama mana gerombolan penipu ni nak membohongi rakyat. Dia boleh tipu semua orang tapi bukan pada semua masa. Semalam bekas panglima Anwar Ibrahim dalam satu majlis mendedahkan bahawa Karpal Singh, dalam bulan Oktober 2007 telah bangkitkan isu laporan polis di Parlimen. Apa lagi, liwatlah. Dia kata Anwar tak bermoral, tak layak jadi pemimpin. Hari ini Karpal Singh jadi ketua peguambela Anwar.( Karpal Singh ialah Pengerusi DAP )

Haji Hadi satu masa dulu tampil dengan fatwa Hadi. Kesannya, ramai orang bertaubat kerana termakan sembelihan orang UMNO. Banyak pasangan nikah semula kerana telah dinikahkan oleh jurunikah UMNO. Ramai orang berasa sangat malu sebab tiba tiba jadi anak haram, hasil pernikahan tak sah. Hadi kafirkan UMNO kerana berkawan dengan MCA dan MIC. Sekarang Hadi jadi sahabat Kit Siang. Malu alah kerana undi peluk Kit Siang untuk siaran akhbar. ( Hadi Awang ialah Presiden PAS, walaupun tak ada kuasa )

Anwar Iberahim memanglah. Semua tahu, bila bukak mulut yang keluar adalah penipuan. Bukan dia saja. Satu keluarga dopaksa jadi penipu. Tanya Wan Azizah. Tengok wajahnya. Tak bahagia tapi terpaksa tunjuk kasih pada Anwar. Percayalah. Kalau boleh lari, dah lama Wan Azizah cabut. Tapi apa nak buat. Dia dah kena takluk.Bapak dia dah larang. Jangan kahwin dengan Anwar, dia nak juga. ( Anwar Ibrahim adalah Penasihat PKR )

Saudara, kenapa saya sebut benda ni. Tiga tokoh ni adalah pemimpin pakatan pembangkang. Kalau kita biarkan mereka menguasai kerajaan dan negara, tunggulah kehancuran sebuah tamadun. Nak bina negara bukan mudah. Jadi janganlah kita pulak menghancurkannya hanya kerana tidak mahu berfikir.