Followers

Tuesday, March 1, 2011

MELAYAN GELORA ( 1 )

MENUJU PUNCAK...

Semalam saya menulis tentang gelora yang sedang membadai UMNO Perak. Ada yang mengatakan saya begitu teruja. Ada juga yang agak sinis.

Memang benar, ada beberapa emosi yang sangat signifikan dalam membantu kita mencapai impian atau cita cita besar.

Pelajar perlukan ' risau ' supaya kerisauan itu bertukar menjadi tenaga yang kuat yang boleh merangsang pelajar untuk lebih bersungguh sungguh dan tekun belajar.

Risau Rasullullah saw telah membolehkan kita menikmati Islam sebagai Ad din yang menyelamatkan kita daripada kejahilan dan azab api neraka.

Risau Tun Razak telah mengubah corak sosio budaya ekonomi umat Melayu sehingga bangsa yang dikatakan hanya tinggal di atas pokok ini telah muncul sebagai bangsa bermaruah.

Risau Tun Mahathir telah menjadikan umat Melayu dan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang dihormati dunia.

Dalam konteks UMNO Perak , risau dan ghairah telah menggantikan rasa rendah diri yang menghantui umat Melayu kesan ' penjajahan 11 bulan' Pakatan Pembangkang.

Umat Melayu tersentak apabila dewan dirampas dan dikunci. Anak anak kecil tidak dapat belajar dalam kelas Tabika Kemas kerana pusat asuhan telah disita.

Umat Melayu menjadi rendah diri apabila ada orang Cina dan India masuk ke kampung kampung mengibar ' bendera roket' DAP.

Ada orang tidak lagi selesa keluar minum minum di kedai kopi kerana terkesan dengan usikan dan sindiran.

Ada ahli IMNO membuka pelekat parti di kenderaan kerana malu dikenali sebagai ahli UMNO parti yang tewas. Takut juga kemungkinan kenderaan dirosakkan.

Tetapi semua ini telah terhakis. Kemuncaknya adalah program perasmian serentak yang diadakan baru baru ini. Ucapan Dr Zambry telah berjaya mencetuskan rasa ' risau kalah dan ghairah menang ini".

Tetapi rasa semata mata tidak cukup mempastikan kemenangan parti. Selepas ini saya akan huraikan bagaimana rasa gelora ini akan menghadirkan tindak ikut yang akan melonjakkan kita.