Followers

Friday, June 3, 2011

MUKTAMAR PAS, ALLAH TURUNKAN RAHMAT KEPADA UMNO !!

BARISAN KEPIMPINAN PALING LEMAH DALAM SEJARAH !

Ada dua perkara besar akan berlaku selepas ini berikutan keputusan pemilihan PAS yang baru sahaja diumumkan keputusannya sebentar tadi.

1. DAP akan berbelanja besar bagi menjayakan pemberontakan besar besaran yang akan dipimpin oleh Mohd Sabu selepas ini. Pemberontakan atas nama perhimpunan BERSIH 2 ini saya jangka akan memberikan kesan besar terhadap ketenteraman negara.

Pemberontakan ini akan jadi titik mula keruntuhan PAS apabila rakyat melihat hanya ahli dan penyokong PAS sahaja terkedepan manakala ahli dan pemimpin DAP memantau dan menyokong daripada jauh.

Kerajaan UMNO tidak ada pilihan selain menangkap pemimpin utama mereka dan pengikut akan terbiar tanpa pimpinan.

Golongan peniaga yang dimonopoli oleh orang Cina DAP akan terjejas teruk kerana pemberontakan ini dan mengambil langkah mengalih semula sokongan mereka kepada UMNO/BN.


2. Golongan ulama akan kehilangan kuku mereka di dalam PAS dan sebahagian besar mereka akan mengambil pendekatan beransur ansur meninggalkan PAS.

Selepas ini, ISLAM tidak lagi menjadi bahan ceramah melainkan di kampung kampung terpencil yang tiada audien Cina atau India sama sekali.

Haji Hadi sama sekali akan menjadi patung yang patuh dan mengikut kata. Saya percaya ini adalah penggal terakhir beliau menjadi Presiden PAS.

Jangkaan saya juga , Nik Aziz akan menguatkan penguasaan dengan membuat keputusan autokratik yang akhirnya mengakibatkan PAS berpecah teruk.

Percayalah, segala yang berlaku ini adalah rahmat kepada UMNO. Isu moral dan akhlak tidak lagi akan jadi bahan PAS kerana mereka sendiri dipimpin oleh orang orang yang tidak berakhlak.