Followers

Monday, March 22, 2010

Di hadapan kita , Islam dihina.

Tarikh : 1 MAC 2010
Masa : Mulai 9.oo malam
Tempat : Pusat Wanita PKR, Kota Lama Kiri,Kuala Kangsar
Majlis : Ceramah ( Sebenarnya Pesta Menghina Melayu Islam )
Penghasut : Dr Lim Boon Chye (MP Gopeng)
Dr Chua Jui Meng
N Gopala Krishnan (MP Padang Serai)
Mustafa Kamil Ayub
Elias Zenun ( Calon kalah )
Zulkifli Ibrahim

Saya sentiasa percaya kepada perbezaan. Saya yakin bahawa pada masa tertentu kita berbeza pemikiran. Begitu juga dalam politik. Pembangkang yang bijak dan membina adalah aset kepada negara. Tetapi sejak pembangkang berpakat menjadi sebuah gerombolan saya nampak suasana politik negara menjadi amat dahsyat.

Program di atas saya hadiri. Terasa sedih sangat apabila isu kalimah ALLAH dikupas secara biadap oleh Dr Lim Boon Chye. Para ustaz, lebai, pimpinan masyarakat yang saya yakin kebanyakannya penyokong PAS begitu ghairah bertakbir.

Begitu yakin penghasut tersebut menyatakan bahawa Majlis Ulama Dunia membenarkan penggunaan kalimah ALLAH ini dan banyak negara mengamalkannya. Memang benarpun. Hanya Malaysia saja yang menetapkan orang Melayu wajib beragama Islam. Inilah bentuk penghinaan mereka terhadap orang Islam. Diperbodoh digelanggang sendiri.

Begitu juga Gobala Krishnan. Berulangkali mengatakan pemimpin PKR yang keluar parti , bangsat. Bertakbir juga para khalayak walaupun mereka tahu yang dikatakan bangsat itu adalah saudara seagama dan sebangsa dengan mereka. Malang sekali, para penceramah dan para khalayak yang hadir sama sama meraikan penghinaan yang dihidangkan di depan mata. Percayalah..kerana politik akhirnya umat melayu hilang maruah

Dr Yusuff Qardhawi pun manusia biasa

Anwar Ibrahim ni memang pakar manipulasi. Dia akan manipulasi semua orang untuk kepentingan sendiri. Tahun lalu semasa Dr Yusuff Qardhawi dijemput menerima anugerah oleh kerajaan Malaysia, dia pergi ziarah ulama tu di hotel. Kemudian ambil gambar. Tumjuk pada rakyat kononnya Dr Yusuff Qardhawi ziarah dia.

Kemudian atur wartawan buat temubual dengan Dr Yusuff. Rancang soalan supaya kelihatan macam Dr Yusuff menyebelahinya. Antara soalan yang ditanya ialah "Apa pandangan Dr tentang fitnah yang dikenakan kononnya Anwar Ibrahim meliwat ?"

Kata 'FITNAH "itulah yang dikupas oleh Dr Yusuff. Dirakam dan diedar serata alam. Biarlah orang kata Dr Yusuff pun menyokong Anwar. Dr Yusuff tak tahu cerita. Datang Malaysia dua tahun sekali. Inilah hakikat kemanusiaan Dr Yusuff. Dia tak tahu apa apa melainkan apa yang diberitahu.

Nik Aziz lagi pulak. Sekarang ni ada orang tengah kaji, tahap ilmu Nik Aziz. Benarkah Nik Aziz ni ulama atau sekadar orang yang belajar agama. Tak banyak buku atau jurnal yang ditulis. Tak pernah diundang membentang kertas kerja di peringkat antarabangsa. Rupanya ternama di Malaysia je. Kemudiannya dikesan mendapat jolokan "Tok Guru" hasil usaha Subki Latif. Sejak itulah Nik Aziz digambarkan betapa keramatnya Nik Aziz.

Takdir ALLAH, sejak akhir akhir ni, Nik Aziz mula menampakkan wajah sebenarnya. Rakyat Malaysia...berfikirlah.