Tarikh : 1 MAC 2010
Masa : Mulai 9.oo malam
Tempat : Pusat Wanita PKR, Kota Lama Kiri,Kuala Kangsar
Majlis : Ceramah ( Sebenarnya Pesta Menghina Melayu Islam )
Penghasut : Dr Lim Boon Chye (MP Gopeng)
Dr Chua Jui Meng
N Gopala Krishnan (MP Padang Serai)
Mustafa Kamil Ayub
Elias Zenun ( Calon kalah )
Zulkifli Ibrahim
Saya sentiasa percaya kepada perbezaan. Saya yakin bahawa pada masa tertentu kita berbeza pemikiran. Begitu juga dalam politik. Pembangkang yang bijak dan membina adalah aset kepada negara. Tetapi sejak pembangkang berpakat menjadi sebuah gerombolan saya nampak suasana politik negara menjadi amat dahsyat.
Program di atas saya hadiri. Terasa sedih sangat apabila isu kalimah ALLAH dikupas secara biadap oleh Dr Lim Boon Chye. Para ustaz, lebai, pimpinan masyarakat yang saya yakin kebanyakannya penyokong PAS begitu ghairah bertakbir.
Begitu yakin penghasut tersebut menyatakan bahawa Majlis Ulama Dunia membenarkan penggunaan kalimah ALLAH ini dan banyak negara mengamalkannya. Memang benarpun. Hanya Malaysia saja yang menetapkan orang Melayu wajib beragama Islam. Inilah bentuk penghinaan mereka terhadap orang Islam. Diperbodoh digelanggang sendiri.
Begitu juga Gobala Krishnan. Berulangkali mengatakan pemimpin PKR yang keluar parti , bangsat. Bertakbir juga para khalayak walaupun mereka tahu yang dikatakan bangsat itu adalah saudara seagama dan sebangsa dengan mereka. Malang sekali, para penceramah dan para khalayak yang hadir sama sama meraikan penghinaan yang dihidangkan di depan mata. Percayalah..kerana politik akhirnya umat melayu hilang maruah
1 comment:
Lawat blog saya : http://azzaferoz.blogspot.com/
Post a Comment