Followers

Sunday, March 28, 2010

Syabas Perkasa

Maka pada 27 Mac yang lalu Perkasapun bersidang. Petanda kehebatannya ialah apabila persidangan ini dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Semua orang akui perjuangan Melayu memang tak dapat dipisahkan dengan Tun. Serentak dengan itu banyak pihak terutama orang Cina mempertikai dan menghina Perkasa kerana Perkasa memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam.

Sejak dulu lagi, orang Cina ni memang tidak selesa apabila ada orang bercakap tentang hak orang Melayu. Bahkan Utusan Malaysia dikatakan menghasut dan perkauman kerana perkara yang sama. Sebaliknya orang Cina sendiri ada ribuan pertubuhan dan persatuan yang tidak berjuang perkara lain selain hak sama rata.

Hebat orang Cina ni, orang lain buat salah , dia buat betul. Kita harap Perkasa akan teruskan perjuangan. Percayalah, yang hadir 10 ribu orang tetapi yang menyokong dan bergantung harap jutaan lagi umat Melayu. Selamat berjuang.

No comments: